Xiaomi Mi Smart Projector Compact

A Mini High Definition Cinema Around You

Dengan reka bentuk yang ringkas, ciri-ciri pintar yang terpasang, dan sokongan penuh untuk HDR10, mini projector ini mempunyai banyak kebolehan. Ia direka sangat simple dan hanya perlu dipasang pada tripod sahaja. Ini merupakan sentuhan yang hebat, lebih – lebih lagi apabila ditambah dengan TV Android.

Yang paling penting, ia menawarkan imej yang lawa dengan prestasi HDR yang baik. Tetapi adakah ciri-ciri itu boleh menjadi pengalaman yang bagus untuk para peminat movie dan TV siri?

Reka Bentuk Mi Compact Projector

Projektor Mi Smart Compact mempunyai ruang bunyi yang disesuaikan secara terperinci dan bersama dengan aparture yang sepadan mampu memberikan kesan akustik terbaik di ruang ini.

Tambahan pula, bunyi frekuensi rendah sehingga 90Hz. Ini bermakna projektor ini mampu memberi anda pengalaman bass lebih hebat daripada projektor biasa yang mempunyai frekuensi 150–200Hz.

Projektor hanya boleh didapati dalam warna putih sahaja, kecuali pada bahagian depan iaitu warna hitam, dengan lens yang besar di bahagian kanan atas. Di bahagian atas, anda dapat lihat butang kuasa, sementara di bahagian belakang terdapat port kuasa, lubang fon kepala, port USB, dan satu port HDMI.

Reka bentuk remote juga simple sahaja, dan cukup mudah untuk digunakan. Remote ini hanya mempunyai butang kuasa, dan kemudian kawalan perisian asas untuk TV Android termasuk butang mikrofon untuk panggil Google Assistant. Kedudukan butang senang untuk diingati malah dengan mikrofon pada remote menjadikan voice command lebih mudah digunakan. Alat kawalan jauh sangat ringan, dan dikuasakan oleh dua bateri AAA.

Prestasi Mi Compact Projector

Kualiti gambar pada projektor ini mampu mengejutkan anda kerana untuk projektor dalam harga ini, ia boleh tawarkan banyak benda.

Antaranya adalah projektor ini menawarkan resolusi dan sokongan 1080p untuk HDR10, dan hasilnya adalah gambar yang cukup menakjubkan. Anda akan dapati terdapat enam mod gambar secara keseluruhan, termasuk Standard, Movie, Vivid, Sports, Child Mode dan User Mode. Ini adalah salah satu ciri yang paling baik, walaupun dengan hanya Standard Mode sahaja paparan skrin sudah kelihatan jelas lagi nyata pada mata manusia. Sekiranya anda seorang penggemar movie atau TV siri, anda mungkin boleh mencuba setiap mod sehingga anda jumpai yang lebih anda gemari.

Dalam HDR, projektor dapat menampilkan warna yang lebih mendalam, tetapi paparan HDR bagi projektor ini nampak tidak jauh beza dengan paparan SDR. Tambahan pula, bunyi kipas pada projektor ini agak sunyi dan kurang bunyi daripada projektor lain. Bukan itu sahaja, tetapi sebaik sahaja anda mula memainkan movie kegemaran anda, kandungan itu dengan mudah menggelamkan bunyi kipas yang ada.

Ciri Mi Compact Projector

Projektor ini bergantung pada Android TV, dan Android TV ini menjadikannya sangat mudah untuk mengatur kandungan cerita yang anda gemari. Anda hanya akan log masuk ke akaun Google anda, memuat turun aplikasi yang ingin anda gunakan, dan anda hanya perlu goyang kaki, rehat sambil menonton TV dengan senang hati.

Selain daripada itu, Mi Compact Projector juga mudah untuk dipasang secara fizikal. Projektor mini ini mempunyai teknologi fokus secara automatik yang terpasang di dalamnya. Ini bermakna anda tidak perlu menyusahkan diri sendiri untuk menangani fokus gambar secara manual. Bahkan anda perlu menyesuaikan keystone, tetapi biasanya sangat mudah dilakukan.

Android TV juga mempunyai barisan aplikasi dan kandungan yang hebat dan dapat anda akses dengan mudah. Ia ditambah pula dengan banyak aplikasi streaming yang tersedia untuk platform. Semua aplikasi kegemaran anda boleh didapati di sini, termasuklah siaran Disney+ yang terbaru. Jika anda nak tahu ini merupakan projektor TV Android pertama yang menyokong Netflix, menjadikan penggunaan projektor dengan Android TV jauh lebih hebat berbanding dengan projektor lain.

Jika anda mencari projektor sekali dengan pakej lengkap sistem operasi pintar terbina dalamnya, kualiti audio yang baik, dan reka bentuk yang padat, maka projektor ini adalah jalan terbaik.

Artikel lain: Xiaomi Mi Automatic Soap Dispenser, Xiaomi Mi Air Purifier 3H

Tekan disini untuk melihat pin haiwan & makanan kami.