smartphone

8 Tips Menjaga Smartphone

smartphone

Smartphone merupakan suatu kehendak bagi rakyat Malaysia dan bukan sekadar keperluan pada 5 tahun dahulu. Tetapi sekarang memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa smartphone sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian kita, sama ada untuk kegunaan sendiri atau kerja.

Smartphone bukan lagi barangan yang mahal untuk dimiliki. Anda boleh mendapat smartphone dengan harga semurah RM399, jika anda tidak kisah akan jenama seperti huawei, oppo atau realme dan juga semestinya spesifikasi yang hanya asas, sekadar guna untuk whatsapp, dan juga telefon orang.

Anda juga jangan terkejut kerana anda juga boleh jumpa harga semurah RM299. Walaupun peranti ini boleh dibeli dengan harga yang murah dan mampu milik, kita juga perlu tahu akan tanggungjawab untuk terus menjaga kualiti smartphone agar tidak cepat rosak dan mendatangkan masalah. Berikut adalah tips atau cara untuk anda menjaga smartphone anda agar tidak cepat rosak atau bermasalah.

Elakkan meletakkan atau mendedahkan smartphone anda di tempat yang bersuhu panas atau dibawah cahaya matahari

Isu ini amat senang untuk diingat kerana lagi tinggi haba lagi cepat untuk menjadi rosak. Hal ini disebabkan kesemua barangan elektronik, terutamanya Cip Pemprosesan (CPU) dan juga bateri mepunyai rintangan haba yang lemah.

Isu ini sama juga bagi setiap smartphone yang anda gunakan. Anda hanya perlu elakkan tempat yang panas seperti atas TV, atas dashboard kereta pada waktu tengah hari, di atas meja yang berada ditepi tingkap dan juga letak berdekatan dengan dapur yang panas.

Elakkan cas bateri sambil menggunakan smartphone

Kecanggihan teknologi bateri tidak banyak berubah sejak beberapa tahun yang lalu. Bateri mempunyai jangka hayatnya tersendiri yang perlu anda ambil tahu. Sebagai contoh kapasiti bateri adalah 5000mAh. Apabila anda pertama kali menggunakan smartphone anda, bateri adalah dalam keadaan 100% bersamaan dengan 5000mAh. Akan tetapi selepas setahun penggunaannya, keadaan itu mungkin berubah dengan penurunan kepada 4000mAh. Maka penggunaan smartphone sambil cas bateri amat tidak disarankan kerana ia akan menurunkan lagi jangka hayat bateri tersebut.

Elakkan cas bateri terlalu lama

Sama seperti kenyataan diatas, jika terlebih cas, jangka hayat bateri jugak akan cepat berkurangan. Anda juga disarankan untuk elakkan bateri mencecah 0% atau mati dahulu kerana berkemungkinan jangka hayat bateri juga akan turut terjejas. Anda dinasihatkan untuk mengecas peranti anda pada 20% dan berhenti cas sebelum 90%. Setiap peranti yang dalam keadaan hidup perlu dielakkan letak terus ke dalam poket seluar.

Ini untuk mengelakkan membuat panggilan secara tidak sengaja dan juga elakkan bateri cepat habis.

Elakkan letak di tempat yang terdedah pada air

Barangan elektronik dengan air juga merupakan pasangan yang tidak sesuai. Anda boleh bertanya pada setiap pembaiki peranti elektronik atau smartphone tentang pembaikan fon anda jika termasuk air. Kebanyakkan pembaiki akan memberi nasihat untuk anda membeli yang baru. Hal ini kerana, isu bukan kerana paparan skrin yang malap tetapi jika motherboard anda yang rosak kerana air ini tidak akan menjamin yang fon anda akan hidup balik seperti keadaan normal.

Membuang aplikasi yang tidak diperlukan.

Aplikasi yang berat atau banyak juga boleh menjadi isu. Jika ruangan dalaman sudah hampi mencecah 95%, smartphone anda akan menjadi sangat lambat. Aplikasi yang tidak digunakan lagi perlu dibuangkan kerana bukan sahaja ia memakan ruang tetapi ia juga memakan bateri anda tanpa anda ketahui.

Guna pengecas serta kabel original

Pengecas original yang diberikan sudah diukur kuasa yang optimum untuk fon anda. Penggunaan ini juga boleh menjaga jangka hayat bateri dengan lebih lama lagi. Jika kabel original terkoyak, anda boleh tanya pada penjual tentang kabel yang sama spesifikasi.

Elakkan letak di dalam poket belakang seluar.

Terdapat banyak kes dimana skrin tercabut disebabkan terduduk atas phone. Alangkah baiknya, untuk baiki masalah ini amat murah sahaja. Tetapi jika badan menjadi bengkok, perkataan murah itu boleh berubah dengan cepat.

Artikel lain: Laptop Gaming Terbaik, Tips Membeli Smart TV,

Anda sudah berada di penghujung artikel, tekan disini untuk teruskan membaca tentang pelbagai fakta haiwan dan makanan yang menarik.