Teknologi

Smartwatch Harga Bawah RM500 2021

Pengenalan

Dalam kalangan rakyat malaysia pada harini suka memakai jam tangan. Akan tetapi bagi sesetengah orang, jam tangan sahaja tidak mencukupi. Di situlah smartwatch berkembang. Dengan setiap jenis aplikasi yang ada pada smartphone (kebanyakan!), smartwatch telah menjadi satu alat yang penting bagi setiap orang yang rajin bekerja. Berikut adalah 5 smartwatch bajet yang berharga bawah RM500 pada 2021!

Terdapat beberapa jenis fungsi seperti menjawab panggilan dan memainkan muzik. Yang berharga bajet murah tapi berkualiti memang ada. Berikut adalah smartwatch berharga rm500 ke bawah.

Huawei Watch Fit RM499

smartwatch

Pertama sekali dalam senarai ini adalah Huawei Watch Fit. Jam ini mempunyai dua warna dipasaran iaitu Graphite Black dan Sakura Pink. Hitam bagi lelaki yang hensem, pink bagi perempuan yang cantik, sesuai kan? Jam ini hanya seberat 21 gram sahaja dan boleh hidup selama 10 hari dengan bateri 180 mAh ini serta anda tidak perlu menunggu lama untuk cas semula kerana ia hanya ambil masa 5 minit sahaja.

Mempunyai pelbagai ciri yang menarik seperti pemantauan dengupan jantung anda selama 24 jam dan juga pengesanan ketumpatan oksigen dalam diri anda.

Ciri:

  • Smart Workout Partner (Advanced Metrics)
  • Pemantauan dengupan jantung 24 jam
  • Pengesanan ketumpatan oksigen
  • Pemantauan masa tidur anda
  • Pemantauan tekanan
  • Instant message reminder
  • Penasihat peribadi di tangan anda

Honor Watch Magic RM499

smartwatch

Dibuat dengan teliti menggunakan keluli tahan karat 316L yang ringan dan selesa, HONOR WATCH adalah salah satu jam tangan pintar paling tipis di pasaran dan mempunyai dua warna sahaja dipasaran iaitu hitam dan perak. Anda juga boleh menukarkan tali jam kepada pelbagai warna, corak dan juga materialnya.

Anda suka berlari, atau berjoging jarak jauh? Honor Watch Magic boleh memberikan lokasi anda dengan lebih tepat lagi kerana menggunakan 3 sistem kedudukan satelit iaitu GPS, GLONASS dan GALILEO.

Ciri:

  • Pemantauan Dengupan Jantung 24 jam
  • Profesional Mentor Kesihatan
  • TruSleep, Pemantuan tabiat tidur yang diiktiraf oleh CDB di Harvard Medical School
  • Smart Notification, segala pemberitahuan daripada smartphone anda akan masuk ke dalam jam tangan ini

Xiaomi Mi Watch RM398

smartwatch

3 pilihan warna diberi untuk anda, hitam, biru navy dan juga beige. Setiap satu diperkukuhkan dengan frame poliamida gentian kaca yang tahan lasak. Seperti Honor Watch Magic, realme Mi Watch ini juga menggunakan 3 sistem kedudukan satelit untuk memberikan lokasi anda secara terperinci ke smartphone serta smartwatch anda.

Mi Watch ini hanya seberat 32g sahaja dan anda boleh pilih 100 lebih muka jam. Semuanya perlu sama daripada baju, seluar sehingga ke tali jam anda, terdapat 6 warna terbaru realme keluarkan khas untuk model Mi Watch ini. Sekarang anda bolehlah pakai setiap satu untuk hari yang berlainan kecuali hari cuti. Hari cuti adalah dimana anda bersenam atau bersukan dan Mi Watch boleh menjadi penasihat anda dengan menggunakan workout mode dimana ia mempunyai 117 pilihan untuk mengesan pergerakan, masa dan pembakaran kalori.

Ciri:

  • Pemantauan dengupan jantung
  • Pengesan oksigen dalam darah
  • Pengesanan senaman secara automatik
  • Pemantauan tabiat tidur
  • Pemantauan tekanan (stress)

realme Watch S RM369

smartwatch

Xiaomi juga tidak ketinggalan dengan jenama – jenama lain dengan binaan jam yang menakjubkan ini, Watch S. Anda boleh tukarkan display jam yang asal kepada 100 lebih gambar yang samada statik ataupun bergerak. Untuk melihatnya dengan jelas, jam ini lengkap dengan sentuhan cahaya automatik dan juga boleh tahan dalam air sedalam 1.5m selama 30 minit (IP68).

Selain itu, Watch S mempunyai ciri Smart Control dimana anda boleh mainkan muzik, tukar lagu tanpa melihat smartphone anda. Dengan jam ini juga, anda boleh mengambil gambar sambil mengawal smartphone daripada Watch S ini.

Ciri:

  • Pemantauan dengupan jantung 24 jam
  • Laporan Kesihatan Seharian, daripada Watch S kepada smartphone akan pantau semua aktiviti anda
  • Pengesanan masa tidur
  • Pengesanan langkah berjalan anda dalam seharian
  • Smart Control, boleh mengawal smartphone anda dengan smartwatch
  • Smart Notification, tengok jam anda dengan mengankat pergelangan tangan anda untuk mendapat pemberitahuan daripada smartphone

realme Watch RM299

smartwatch

Pilih daripada 12 built-in muka jam yang telah dimuat turun di dalam Watch. Sebelum teruja dengan penukaran pada muka jam, anda juga boleh pilih gabungan samada dua atau empat warna untuk sama dengan penampilan anda iaitu hitam, merah, biru dan juga hijau.

Seperti jam diatas, Watch juga lengkap dengan penasihat kesihatan anda tersendiri yang memantau paras oksigen dalam darah, dengupan jantung, dan juga langkah berjalan.

Ciri:

  • Penasihat Kesihatan tersendiri
  • Pemantauan dengupan jantung 24 jam
  • Pemantauan oksigen dalam darah
  • Smart Control Center, sekarang anda boleh kawal smart air purifier, smart lamp, headphone dan macam – macam lagi
  • Music & Camera Control, kawal muzik dan kamera fon anda dengan realme Watch sahaja
  • Smart Notifications
  • IP68 water resistant (1.5m untuk 30min)

Artikel lain: Headphone Bawah RM500, Smartphone Bawah RM500

Teruskan bacaan anda disini.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: