Technology

Smartwatch Harga Bawah RM3000 2021

Pengenalan

Anda sudah lihat smartwatch harga bawah RM500 dan RM1000? Sekarang untuk minggu ini, kami bawakan yang lagi mahal daripada itu. Mahal kerana dua perkara. Pertama ialah produk terbaru bagi jenama tersebut dan kedua adalah kerana kelebihan yang ada pada setiap smartwatch ini. Kami bawakan 5 peranti daripada 4 jenama yang berharga bawah daripada RM3000!

Garmin Forerunner 945 RM2,870

smartwatch

Garmin adalah syarikat jam dari Amerika Syarikat yang telah bertapa dari 1989 lagi. Jenama Garmin tidak pernah ketinggalan untuk menambaikan produk jamnya. Ada yang jenis analog dan ada yang digital. Bagi Forerunner 945 ini adalah smartwatch versi sports dimana ia direka khas untuk peminat sukan lasak. Terdapat lebih daripada 23 sukan yang boleh direkodkan oleh jam ini dan salah satu sukan itu adalah berenang.

Harganya memang kena dengan fungsi yang berkepelbagaian ini. Tambahan pula, anda boleh simpan 1000 lagu di dalamnya dan jika anda seorang yang jenis suka menggunakan bluetooth, 945 ini boleh berhubung dengan Android dan juga iOS.

Ciri:

  • Smart Notification
  • Connect IQ
  • 1000 lagu boleh disimpan
  • Analisis kesihatan anda (degupan jantung, VO2 max, dan etc)

Suunto 9 Baro RM2,799

smartwatch

Suunto adalah syarikat daripada Finland dan dibina dari tahun 1936 lagi. Jenama ini hanya reka jam sports dan product selam. Kesemua peranti yang direka boleh bertahan pada keadaan yang lasak. Suunto 9 Baro ada edisi lain dan harga juga berlainan bagi setiap satu. Antaranya ialah Titanium Ambassador Edition dan Titanium Mercedes – Benz EQ Formula E Team Edition.

Suunto 9 ini mmepunyai 3 mode yang anda boleh guna, Performance, Endurance dan Ultra. Seiap mode menggunakan semua aplikasi sukan yang ada dan memendekkan hayat bateri dari 25 jam, 50 jam serta 120 jam dengan sewajarnya. Suunto 9 Baro dan Suunto 9 berbeza pada kelengkapan barometer dimana ia memberi data yang lebih terperinci seperti paras air laut dan alarm guruh / ribut petir.

Ciri:

  • Compass
  • Smart Notification
  • Boleh berhubung dengan komuniti sukan secara dalam talian seperti Strava, TrainingPeaks, Endomondo dan lain lagi
  • Boleh memantau aktiviti
  • Pemantauan tekanan dan tidur

Garmin fenix 5S plus RM2,599

smartwatch

Garmin fenix 5s plus adalah smartwatch bersaiz kecil yang mempunyai pelbagai mode sukan. Seperti Forerunner 945, smartwatch ini juga boleh simpan 500 lagu dan boleh hubung bluetooth headphone.

Aplikasi navigasi yang hebat dalam merangkumi kompas tiga paksi, gyroscope dan altimeter barometrik serta keupayaan rangkaian multisatelit (GPS, GLONASS dan Galileo) untuk mengesan di persekitaran yang lebih mencabar daripada GPS sahaja. Bagi prestasi bateri pula, anda mempunyai sehingga 6 hari dalam mod jam pintar dan 4 jam dalam mod GPS dengan muzik.

Ciri:

  • Smart Notification
  • Connect IQ
  • 500 lagu boleh disimpan
  • Analisis kesihatan

Apple Watch Series 6 44mm Aluminium RM1,899

smartwatch

Apple Watch Series 6 mempunyai 2 saiz yang berlainan harga. Harganya berlainan setiap satu kerana anda boleh ubah setiap cirinya untuk sama dengan personaliti anda. Apple Watch 6 menghadirkan paparan yang lebih cerah, prestasi yang lebih baik dan pemantauan oksigen darah (SpO2) ke pergelangan tangan pengguna, menjadikannya pesaing yang jelas untuk tajuk smartwatch terbaik. Apple Watch 3, sebaliknya, ketinggalan dari persaingan dari segi ciri dan kemampuan kesihatan.

Ciri:

  • Rinangan air sedalam 50m
  • Smart notification
  • Aplikasi sensor oksigen darah
  • Kapasiti 32GB

Samsung Galaxy Watch3 Bluetooth 44mm RM1,799

smartwatch

Smartwatch terbaru keluaran Samsung. Galaxy Watch3 menggabungkan produktiviti tahap smartphone dan teknologi kesihatan terkemuka dalam satu peranti premium dan klasik. Smartwatch Galaxy Watch3 membantu anda menguruskan kehidupan dan kesihatan anda dengan mudah. Satu-satunya jam pintar dengan bezel berputar yang tepat untuk navigasi aplikasi.

Seterusnya, anda boleh buat pilihan antara dua saiz iaitu 45mm atau 41mm. Masing – masing dengan wajah yang tidak akan anda lupakan. Terdapat dalam warna Mystic Black, Mystic Silver dan Mystic Bronze (Premium). Reka bentuk elegan direka dalam bezel berputar yang unik untuk penampilan yang berfungsi sepanjang masa. Galaxy Watch3 menggunakan LED merah dan sinar inframerah untuk menganggarkan tahap SpO2 anda, atau jumlah oksigen dalam aliran darah anda. Kerana peratusan oksigen ini secara langsung berkaitan dengan prestasi fizikal, anda boleh menggunakan Galaxy Watch3 untuk mendorong rutin anda ke tahap berikutnya.

Ciri:

  • Smart Notification
  • Pemantauan oksigen terperinci
  • 120 senaman diprogramkan
  • Mesej Bitmoji boleh dihantar melalui smartwatch

Lain – lain:

Teruskan bacaan anda disini.