Smartwatch Harga Bawah RM1000 2021

Pengenalan

Semua barangan pada hari ini telahpun bertukar menjadi canggih dan bersinar. Daripada barangan kecil sehingga besar seperti peti sejuk. Hal ini kerana peti sejuk sekarang pun dah boleh layari internet, siap boleh pasang muzik video Youtube lagi sambil memasak. Walau bagaimanapun, topik hari ini adalah mengenai barangan yang kecil dan boleh dibawa kemana sahaja asalkan anda ingat untuk membawanya. Tak lain dan tak bukan, ia adalah smartwatch! Boleh terima pemberitahuan daripada smartphone dan juga dapat memantau degupan jantung dengan mudah. Smartwatch telah menjadi popular sejak akhir – akhir ini.

Dibawah adalah senarai smartwatch yang berharga bawah daripada RM1000.

Apple Watch Series 3 (42mm) RM999

smartwatch

Jenama Apple adalah jenama yang paling terkemuka dan setiap orang mahu membelinya walaupun ramai dah tahu betapa mahalnya harga untuk satu smartphone. Tapi itu adalah smartphone. Untuk smartwatch pula anda boleh pilih saiz samada 42mm (RM999) ataupun 38mm (RM849) untuk sama dengan ukuran pergelangan tangan anda. Anda boleh pilih daripada 2 warna yang ada iaitu Silver dan Space Gray. Lengkap dengan GPS dan juga barometer untuk mencatat sejauh mana jarak anda telah pergi.

Watch Series 3 mempunyai ruangan sebanyak 8GB dan dikuasai oleh dual-core prosesor serta W2 Apple cip tanpa wayar.

Ciri:

  • Optical Heart Sensor
  • Accelerometer
  • Gyroscope
  • Wi – Fi 2.4Ghz & Bluetooth 4.2
  • Rintangan air sedalam 50m

Garmin Venu SQ RM930

smartwatch

Garmin Venu Sq ini mempunyai banyak kelebihan daripada anda sangka pada harga yang rendah daripada anda sangka. Sq bermakna petak (square) kerana ada satu lagi model Venu yang dikeluarkan dalam bentuk bulat. Untuk model ini menampilkan paparan skrin warna terang lagi jelas dan Music Edition GPS menggabungkan gaya harian dan senarai main muzik dengan pemantauan kesihatan dan ciri kecergasan yang memberi inspirasi kepada anda untuk terus bergerak.

Tambahan pula, paparan skrin diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 3 dan terdapat banyak fungsi pemantauan pada dalam peranti ini. Garmin Venu Sq ini pilihan terbaik untuk anda jika anda seorang peminat bersukan.

Ciri:

  • Pemantauan : Tenaga badan, oksigen dalam darah, tekanan (stress), menstrual cycle, hydrasi, respirasi dan juga masa tidur
  • Garmin Coach, pelatih sukan tersendiri dan anda boleh membuat list workout tersendiri
  • Music, muat turun lagu dari Spotify, Deezer atau Amazon Muzik
  • Connect IQ Store

Huawei Watch GT2 RM799

smartwatch

HUAWEI WATCH GT series sentiasa meneroka had jangka hayat bateri bagi smartwatch. Dengan cip boleh pakai HUAWEI yang direka sendiri, Kirin A1, reka bentuk dwi-cip dan teknologi penjimatan kuasa yang hebat, ia mampu melayani anda siang dan malam sehingga 2 minggu!

Huawei mendapat sumber inspirasi daripada reka bentuk estetik minimalis untuk mereka bentuk HUAWEI WATCH GT 2 ini. Smartwatch ini menggunakan kecanggihan permukaan kaca 3D yang berkualiti tinggi untuk mewujudkan penglihatan tanpa bezel. Rekabentuk yang bagus diceritakan dengan terperinci dari casing jam tangan dan juga gaya reka bentuk klasiknya.

Ciri:

  • TruSeen, boleh menjejak atau memantau keadaan anda semasa bersenam dengan lebih terperinci
  • Pembantu peribadi harian anda
  • 46mm mempunyai panggilan Bluetooth
  • Pemantauan kesihatan yang terbaik,

Huawei Watch GT2e RM599

smartwatch

Canggih dan bergaya. Itulah ungkapan paling sesuai untuk Watch GT2e ini. Rangka keluli tahan karat dan juga tahan lama HUAWEI WATCH GT 2e dipasang dengan tali yang berwarna-warni, untuk cengkaman yang selesa. Paparan AMOLED HD 1.39″ dan skrin yang berwarna – warni, menjadikan anda dekat dengan dunia anda.

Kalau itu tidak meyakinkan anda, smartwatch ini juga anda boleh meletakkan 85 workout tersendiri seperti mendaki gunung, parkour, menari, main skateboard dan apa – apa sahaja yang boleh menggerakkan tubuh badan anda, semuanya ditangan anda!

Ciri:

  • Semua maklumat kesihatan anda tersimpan dalam smartwatch ini,
  • Pelbagai jenis mode untuk membantu anda menjadi sihat sepanjang hari, SpO2, Tekanan, dan juga Masa Tidur
  • Quick Shot, angkat pergelangan tangan anda dan ambil gambar dengan timer pre – set 5saat.

realme Watch S Pro RM599

smartwatch

realme Watch S Pro ini mempunyai banyak pilihan warna daripada tali jam kepada paparan skrinnya. Tali jam yang tersedia ada 4 pilihan iaitu hitam, merah, biru dan juga hijau manakala paparan skrin boleh dipilih daripada 12 paparan yang menakjubkan. Smartwatch ini juga dilengkapi dengan pembantu kesihatan tersendiri yang bersedia untuk memimpin anda ke jalan yang sihat untuk 24/7.

Tambahan pula, smartwatch ini membolehkan anda mengawal Smart Home dengan hebatnya. Daripada realme Buds Air, Smart Speaker, Smart Air Purifier, Smart TV, Smart Lamp, dan lain – lain lagi yang mempunyai bluetooh.

Ciri:

  • realme Link, aplikasi terhebat realme untuk berhubung antara smartwatch dan smartphone.
  • Rintangan Air IP68
  • Kawal muzik dan kamera menggunakan Watch S Pro
  • Smart Control Life
  • Pemantauan paras oksigen darah dan juga degupan jantung

Lain – lain:

Teruskan bacaan anda disini.