Technology

Smartphone Harga Bawah RM500 2021

Pengenalan

Pada zaman ini, smartphone telah menjadi sebahagian daripada hidup kita malah kita menghadap depan skrin lebih daripada separuh hari. Samada untuk bermain game, membuat kerja, bersosial di Facebook, Instagram atau Twitter semua ini adalah perkara harian kita tidak kira muda atau tua. Akan tetapi semakin hari semakin cinggih smartphone yang dihasilkan. Tidak lari juga harganya yang juga turut naik dan ada dalam kalangan kita tidak dapat untuk membelinya. Jadi dibawah ini adalah antara smartphone terkini harga bawah RM500.

[Dikemaskini 31 May 2021]

Realme C21 (RM499)

realme C21
ChipsetMediaTek Helio G35
Memory + RAM64GB + 4GB RAM / 32GB + 3GB RAM
Camera13 + 2 + 2 MP / 5 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1600 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Po 5000 mAh
ChargingFast Charging 10W
CiriFingerprint (Belakang), Accelerometer, Proximity, Compass

Realme C21 adalah smartphone yang berpatutan dengan skrin IPS 6.5 “dan resolusi HD+. Ia dikeluarkan pada 5 Mac 2021 yang lalu dan dilengkapi dengan bateri 5000 mAh, fast charging 10W, dan platform Android 10 dengan Realme UI 1.0.

Di dalamnya pula tidak ketinggalan dengan chipset MediaTek Helio G35 (12 nm) dengan RAM hingga 4 GB dan storan dalaman sehingga 64 GB. Kamera mempunyai tetapan tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor 13MP + 2MP + 2MP dan sensor 5MP untuk selfie. Model Realme C21 tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Biru dan dijangka tersedia di Malaysia sekitar RM499.

vivo Y12s (RM499)

vivo-Y12s
ChipsetMediaTek Helio P35
Memory + RAM32GB + 3GB / 32GB + 4GB / 128GB + 4GB
Camera13 + 2 MP / 8 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1600 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Po 5000 mAh
ChargingFast Charging 10W
CiriFingerprint (Sisi), Accelerometer, Proximity, Compass

Jenama vivo telah menjadi sebutan mulut sejak beberapa tahun ini kerana kameranya yang boleh menangkap dengan jelas sekali. Model Y12s ini hadir dengan bateri berkapasiti yang agak besar, namun untuk smartphone jenis entry level, bateri berkapasiti 5000mAH menjadi suatu kebiasaan pada tahun ini. Mungkin ada antara pembeli entry level mahu jadikannya sebagai phone kedua dalam list.

Vivo Y12s menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio P35. CPU ini amat sesuai dengan model ini yang menggunakan dual kamera untuk menghasilkan gambar yang ‘tidak pecah’ dan HD resolution.

Xiaomi Redmi 9 (RM499)

Xiaomi Redmi 9
ChipsetMediaTek Helio G80
Memory + RAM64GB + 4GB / 32GB + 3GB
Camera13 + 8 + 5 + 2 MP / 8 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 1080 x 2340 pixels (FHD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Po 5020 mAh
ChargingFast Charging 18W
CiriFingerprint (Belakang), Accelerometer, Proximity, Compass

Smartphone ini dikatakan ‘midrange killer’ sebelum POCO M3 dilancarkan. Mengikut spesifikasi ia boleh dikatakan setaraf dengan smartphone ‘midrange’ masa kini. Rekaan Redmi 9 ini menyerupai model Redmi K30 namun model itu tidak dijual di Malaysia. Ini membuka pintu kepada Redmi 9 untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia yang mahukan smartphone yang hebat pada harga yang bawah RM500.

Menurut feedback orang ramai, spesifikasi yang menarik perhatian pelanggan tetap Xiaomi ini adalah skrin. Xiaomi telah letakkan skrin FHD+ dimana anda boleh menikmati video seperti di Youtube dengan resolusi yang tinggi pada 1080p. Smartphone ini dilengkapi dengan cip pemprosesan gaming daripada MediaTek iaitu Helio G80 yang berasaskan 12nm.

realme C3 (RM499)

realme-C3
ChipsetMediaTek Helio G70
Memory + RAM64GB + 4GB / 32GB + 3GB / 32GB + 2GB
Camera13 + 8 + 5 + 2 MP / 8 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1560 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Po 5000 mAh
ChargingBasic 10W
CiriFingerprint (Belakang), Accelerometer, Proximity, Compass

Dikeluarkan pada 3 Mac 2020 dan telah menjadi rebutan ramai oleh kerana harganya yang berpatutan pada kualitinya. Dilengkapi dengan dua kamera dibelakang iaitu 12MP (Wide) dan juga 2MP (Depth) dan tidak dilupakan juga kamera selfie 5MP (Wide) yang mempunyai ciri panorama dan juga HDR.

Smartphone ini boleh didapati dalam dua warna Blazing Red dan Frozen Blue dan boleh didapati di pasaran tempatan mulai sekitar RM499.

Xiaomi Redmi 8 (RM499)

Xiaomi-Redmi-8
ChipsetQualcomm Snapdragon 439
Memory + RAM64GB + 4GB
Camera12 + 2 MP / 8 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1520 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Po 5000 mAh
ChargingFast Charging 18W
CiriFingerprint (Belakang), Accelerometer, Proximity, Compass

Untuk lebih baik atau lebih buruk, dalaman Redmi 8 sama dengan Redmi 8A. Chipset Snapdragon 439 telah dibawa dari telefon tahap asas, tetapi Redmi 8 dihantar dengan RAM minimum 3GB. Anda juga boleh meningkatkan varian dengan RAM 4GB.

Redmi 8 mengambil dua langkah ke depan dan satu langkah ke belakang. Reka bentuk dan jangka hayat bateri turut ditingkatkan lebih – lebih lagi dengan dua kamera utama, 12MP dan 2MP (Depth). Walaupun spesifikasinya lebih maju daripada model Redmi 7 yang lalu, anda tidak dapat bermain banyak game dalam Redmi 8 ini.

Huawei Y5 2019 (RM459)

Huawei-Y5-2019
ChipsetMediatek Helio A22
Memory + RAM32GB + 2GB / 16GB + 2GB
Camera13 MP / 5 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1520 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Ion 3020 mAh
ChargingBasic 10W
CiriAccelerometer, Proximity

Huawei Best Wey! Ya sememang betul ungkapan ini dikeluarkan pada khalayak ramai. Dengan harga yang murah, anda boleh menggunakan smartphone yang berkualiti hebat bagi entry level. Huawei Y5 dibina dengan panel belakang yang dan juga frame plastik. Skrin bersaiz 5.71″ HD+ ini, anda boleh melayani video 720p dengan sepuasnya.

Samsung Galaxy A01 (RM449)

Samsung-Galaxy-A01
ChipsetQualcomm Snapdragon 439
Memory + RAM32GB + 2GB / 16GB + 2GB
Camera13 + 2 MP / 5 MP
Screen ResolutionIPS Display, 720 x 1560 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Ion 3000 mAh
ChargingBasic 10W
CiriAccelerometer, Proximity

Siapa sahaja yang tak kenal Samsung. Setiap 3 – 6 bulan mesti akan keluar model terbaru nak A series atau S series. Ia juga mempunyai M series yang dibina untuk negara India dan juga Z series untuk siapa yang mahukan spesifikasi yang paling maju dan mempunyai keunikan. Akan tetapi pada bulan Januari 2020, Samsung telah melancarkan Galaxy A01 sebagai salah satu model daripada keluarga A series.

Ia mempunyai cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 439 dan ini adalah dikira bagus untuk entry level smartphone. Tambahan pula dengan kamera utama 13MP (Wide) dan juga 2MP (Depth) serta kamera selfie 5MP.

realme C11 (RM429)

ChipsetMediaTek Helio G35
Memory + RAM32GB + 2GB
Camera13 + 2 MP / 5 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1560 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Ion 5000 mAh
ChargingBasic 10W
CiriAccelerometer, Proximity, Compass

Smartphone ini diperkenalkan sekitar pada bulan Jun tahun ini, dan menjadi smartphone pertama realme dijanakan dengan cip pemprosesan gaming terbaru daripada Mediatek iaitu MediaTek Helio G35 berasaskan binaan 12nm (nanometer).

Selain itu, model ini adalah ahli terbaru dalam series C dalam keluarga Realme ini dan untuk pengetahuan korang semua, series C ini kebiasaannya dikelaskan pada entry level.

Bermula dengan Realme C11 ini, syarikat Realme mengambil langkah untuk memperkenalkan design panel belakang yang unik dan juga menarik untuk memastikan setiap satu masih relevan pada tahun 2021 ini. Panel belakang smartphone ini juga diperbuat daripada plastik dilengkapi dengan matte finish untuk mengelakkan cap jari pengguna melekat di panel belakang.

Xiaomi Redmi 9C (RM429)

Xiaomi Redmi 9C
ChipsetMediaTek Helio G35
Memory + RAM32GB + 2GB
Camera13 + 2 MP / 5 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1600 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Ion 5000 mAh
ChargingBasic 10W
CiriAccelerometer, Proximity, Compass

Model ini masih lagi baru di pasaran kerana ia baru sahaja keluar pada 12 Ogos 2020. Lengkap dengan skrin HD+ dan anda boleh menonton video pada resolusi 720p. Model ini juga tidak ketinggalan dengan OS terkini iaitu android 10 atau MIUI 12.

Tambahan pula, smartphone ini dengan berbangganya menayangkan tiga kamera utama 13MP (WIde), 2MP (macro), dan 2MP (depth). Anda juga boleh membuat video beresolusi 1080p dengan menggunakan kamera utama dan juga kamera selfie.

Honor 8S 2020 (RM429)

Honor 8S 2020
ChipsetMediatek Helio A22
Memory + RAM64GB + 3GB
Camera13 MP / 5 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 720 x 1520 pixels (HD+)
SIMDual Nano SIM + microSDXC
BatteryLi-Ion 3020 mAh
ChargingBasic 10W
CiriAccelerometer, Proximity

Akhir sekali, Honor tidak ketinggalan juga untuk memberikan anda wajah terbarunya iaitu 8S. Model ini adalah versi terbaru bagi model 8S yang 2019 dengan pembesaran pada storage dalaman sahaja. Ciri yang lain masih lagi dikekalkan seperti kamera utama hanya satu sahaja iaitu 13MP dan juga kamera selfie 5MP.

Anda juga boleh mencari smartphone lain pada harga berpatutan:

Visit Our Instagram Page for daily Fun Facts!