Smartphone 2021 Harga Bawah RM3000

Smartphone Harga Bawah RM3000 2021

Pengenalan

Adakah anda mempunyai simpanan yang banyak? Lebih – lebih lagi mempunyai bajet untuk smartphone anda sekitar RM2700, RM2800 atau RM3000 ? Kini lebih mudah untuk memilih dan membeli telefon pintar terbaik sesuai dengan anggaran anda. Berikut adalah senarai smartphone yang terbaik di bawah RM3000. Semua peranti ini telah tersedia di pasaran Malaysia sekarang.

Peranti pada harga mewah ini sememangnya berkualiti tinggi daripada kamera sehingga ke paparan skrin.

[Dikemaskini 31 May 2021]

1. Asus ROG 5 RM2999

Release Date11 March 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 888 5G
Memory + RAM256GB + 16GB / 256GB + 12GB / 128GB + 8GB
Camera64 + 13 + 5 MP / 24 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2448 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 6000 mAh
ChargingFast Charging 65W / 70% in 30 min, 100% in 52 min
CiriFingerprint (Bawah Display), RGB Light Panel, Gaming Triggers, DTS:X Stereo Speakers, Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Asus ROG Phone 5 dikeluarkan pada 11 Mac lalu ini dikuasi oleh cip Snapdragon 888 dengan pilihan memori dari 8GB RAM atau 16GB RAM dan storage dalaman hingga 512GB. Untuk bateri, peranti ini menggunakan dual-cell 3000mAh yang berjumlah 6000mAh dengan sokongan fast charging 65W. Ia hanya mengambil masa 30 minit untuk mencapai 70% kapasiti dan 52 minit sahaja untuk penuh!

Untuk paparan, smartphone tersedia dengan paparan AMOLED FHD + 144Hz 6,78 inci dan menyokong kadar sentuhan HDR10 + dan 300Hz. Untuk kamera, telefon ini menggunakan pengaturan tri-kamera 64MP + 13MP + 5MP dengan teknologi Quad Bayer dan kamera selfie 24MP.

Smartphone ini menggunakan Android 11 dan boleh didapati di Malaysia bermula dari RM2999 untuk model 8GB / 128GB manakala RM3799 untuk model 16GB / 256GB.

2. Xiaomi Mi 11 RM2999

Release Date25 February 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 888
Memory + RAM256GB + 12GB / 256GB + 8GB / 128GB + 8GB
Camera108 + 13 + 5 MP / 20 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1440 x 3200 pixels (QHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4600 mAh
ChargingFast Charging 55W / 100% in 45 min / Fast wireless charging 50W / Reverse wireless charging 10W / Quick Charge 4+
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Xiaomi Mi 11 adalah smartphone high spec yang terkini. Ia baru sahaja dikeluarkan pada 25 Februari lalu. Dilengkapi dengan FHD+ AMOLED 6,81 inch display, Refresh Rate 120Hz, dan sokongan HDR10+.

Untuk prestasi pula, Xiaomi Mi 11 adalah telefon pertama yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 888 (5 nm) dengan RAM hingga 12GB dan ruang dalaman hingga 256 GB. Untuk kamera, ia dilengkapi dengan tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 13MP, dan sensor makro 5MP. Untuk selfie, peranti ini tersedia dengan kamera 20MP.

Xiaomi Mi 11 dilengkapi dengan bateri Li-Po 4600 mAh dengan sokongan fast charging 55W. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini dijangka bermula sekitar RM2799 untuk model 8GB/128GB manakala RM2999 untuk model 8GB/256GB.

3. Asus ROG Phone 3 Strix Edition RM2999

Release Date5 September 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 865
Memory + RAM256GB + 8GB / 128GB + 12GB / 128GB + 8GB
Camera64 + 13 + 5 MP / 24 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2340 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 6000 mAh
ChargingFast Charging 30W / Reverse wireless charging 10W / Quick Charge 4.0
CiriFingerprint (Bawah Display), DTS:X Stereo Speakers, Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Jenama Asus tidak segan untuk mengeluarkan smartphonenya sendiri. ROG Phone 3 Strix Edition menggunakan AMOLED 6.59″ FHD+ untuk paparan yang terang dan jelas. Bagi melajukan lagi pemprosesan data, ia telah dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 865.

Tambahan pula, anda boleh pilih daripada 2 versi ROG Phone 3 Strix Edition ini yang berkapasiti 128GB 8GB atau 12GB RAM atau 256GB 8GB RAM. Baterinya juga tidak kurang hebat, 6000 mAh serta boleh menggunakan fast-charging 30W.

  • Bateri: 6000 mAh, fast – charging 30W & reverse charging 10W
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 128GB 8GB RAM / 128GB 12GB RAM / 256GB 8GB RAM
  • Sensor: Fingerprint (bawah skrin), accelerometer, compass, gyro

4. realme X50 Pro 5G RM2999

Release Date7 July 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 865
Memory + RAM256GB + 12GB / 128GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera64 + 12 + 2 MP / 32 + 8 MP
Screen ResolutionSuper AMOLED Display, 1080 x 2400 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4200 mAh
ChargingFast Battery Charging 65W / SuperDart Flash Charge
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Realme X50 Pro 5G adalah telefon mewah yang membawa Qualcomm Snapdragon 865 dengan RAM hingga 12GB dan kapasiti sehingga 256GB. Model ini hanya datang dengan 2 warna sahaja iaitu Moss Green dan juga Rust Red. Telefon ini juga tersedia dengan empat kamera di belakang termasuk kamera utama 64MP, lens ultrawide 8MP, telefoto 12MP, dan sensor kedalaman 2MP. Untuk selfie, telefon ini menggunakan dual kamera 32MP dan 8MP.

Realme X50 Pro 5G juga membawakan paparan Super AMOLED 6,44″ dengan nisbah 20: 9 dan resolusi 1080 x 2400 pixel FHD+. Paparan juga menyokong Sensor Sentuh HDR10 + dan 180Hz serta kadar penyegaran 90 Hz. Ini bermakna anda dapat skrol skrin dengan lancar. Penggunaan bateri adalah Li-Po 4200 mAh dengan sokongan fast – charging 65W (SuperDart Flash Charge).

  • Bateri: 4200 mAh, fast charging 65W (Superdart Flash Charge)
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 128GB 6GB RAM / 128GB 8GB RAM / 256GB 12GB RAM
  • Ciri: Fingerprint (sisi), accelerometer, proximity, compass, gyro

5. Huawei Mate 20 Pro RM2999

Release Date2020
ChipsetHiSilicon Kirin 980
Memory + RAM256GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera40 + 20 + 8 MP / 24 + 8 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1440 x 3120 pixels (QHD+)
SIMDual Nano + NM card (256GB max)
BatteryLi-Po 4200 mAh
ChargingFast Battery Charging 65W / SuperDart Flash Charge
CiriFingerprint (Bawah Display), Face ID, Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro, Barometer

Huawei Mate 20 Pro adalah telefon utama dengan ci pemproses HiSilicon Kirin 980 dan RAM hingga 8GB, berkapasiti sehingga 256 GB. Telefon tersedia dengan Paparan AMOLED 6,39″ dengan resolusi 1440 x 3120 pixel QHD+. Untuk kamera, ia menggunakan sensor tiga untuk kamera utama dengan kamera 40 MP, 20 MP, dan 8 MP. Sementara untuk selfie telefon menggunakan kamera 24 MP. Telefon ini juga dilengkapi dengan bateri Li-Po 4200 mAh dan menyokong fast charging 40W. Ciri terbaik yang lain terdapat pada model Mate 20 Pro termasuk fingerprint di bawah paparan dan pangkalan EMUI 9.0 terkini pada Android 9.0 (Pie)

  • Bateri: 4200mAh, fast charging 40W
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 128GB 6GB RAM / 256GB 8GB RAM
  • Ciri: Fingerprint (bawah paparan), accelerometer, proximity, compass, gyro, barometer

6. OnePlus 8 RM2899

Release Date24 April 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 865
Memory + RAM256GB + 12GB / 128GB + 8GB
Camera48 + 16 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionFluid AMOLED Display, 1080 x 2400 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4300 mAh
ChargingFast Battery Charging 30W / 50% In 22 Min
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

OnePlus 8 mempunyai paparan 6.55″ beresolusi 1080p dengan kadar 90Hz dan menyokong HDR10. OnePlus 8 ini dikeluarkan pada 24 April tahun lalu dan boleh dibeli melalui kedai telefon atau secara dalam talian. Dari segi kamera pula, ia tidak ketinggalan untuk menunjukkan tiga kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, ultrawide 16MP, dan makro-camera 2MP manakala kamera selfie pula menggunakan lens 16MP.

  • Bateri: 4300 mAh, fast charging 30W (50% dalam masa 22 minit)
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 128GB 8GB RAM / 256GB 12GB RAM
  • Ciri: Fingerprint (bawah paparan), accelerometer, proximity, compass, gyro

7. Xiaomi Black Shark 3 RM2799

Release Date30 April 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 865
Memory + RAM256GB + 12GB / 128GB + 12GB / 128GB + 8GB
Camera64 + 13 + 5 MP / 20 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2400 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4720 mAh
ChargingFast Charging 65W
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Xiaomi Gaming Smartphone Black Shark 3 menawarkan 3 warna untuk anda pilih iaitu Lightning Black, Armor Gray dan juga Star Silver. Ia juga dilengkapi dengan bateri 4,720 mAH dengan pengecas 65W.

Di dalam penampilan moden ini, smartphone ini disokong dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 865, sokongan 5G dan WiFi 6. Untuk kamera, Black Shark 3 juga ada hebatnya dengan mempunyai tiga kamera belakang dengan kamera utama 64 MP, lens ultrawide 13 MP dan in-depth camera 5 MP. Untuk selfie, peranti ini menggunakan 20 MP.

  • Bateri: 4720 mAh, fast charging 65W
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 128GB 8GB RAM / 128GB 12GB RAM / 256GB 12GB RAM
  • Ciri: Fingerprint (bawah paparan), accelerometer, gyro, proximity, compass

8. Xiaomi Mi 10 5G RM2799

Release Date22 April 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 865
Memory + RAM256GB + 8GB / 128GB + 6GB / 64GB + 6GB
Camera108 + 13 + 2 + 2 MP / 20 MP
Screen ResolutionSuper AMOLED Display, 1080 x 2340 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4780 mAh
ChargingFast Charging 30W / Fast Wireless Charging 30W
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Seterusnya, Xiaomi Mi 10 juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan kehebatannya pada harga RM2799. Dilengkapi dengan paparan FHD+ 6.67″ dengan panel Super AMOLED melengkung dan refresh rate 90Hz! Ia juga dikuasakan oleh Qualcomm SD 865 dengan modem X55 yang menyokong rangkaian 5G SA / NSA.

Tambahan pula, smartphone ini dilengkapi dengan sistem penyejukan! Plat penyejuk cecair 3000mm² (liquid cooling system) dan berjalan pada Android 10 melalui MIUI 11. Xiaomi Mi 10 menawarkan bateri Li-Po 4780 mAh dengan pengecas 30W.

Untuk kamera, Xiaomi Mi 10 membawa empat lens dengan yang utama dan paling besar ialah 108 MP, lens ultrawide 13 MP, kamera makro 2 MP, dan depth sensor 2 MP. Untuk selfie pula 20 MP digunakan seperti smartphone yang lain dalam senarai ini.

  • Bateri: 4780 mAh, fast charging 30W
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 64GB 6GB RAM / 128GB 6GB RAM / 256 8GB RAM
  • Ciri: Fingerprint (bawah paparan), accelerometer, gyro, compass, proximity, barometer

9. OnePlus 8T RM2699

Release Date28 October 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 865
Memory + RAM256GB + 12GB / 128GB + 8GB
Camera48 + 16 + 5 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionFluid AMOLED Display, 1080 x 2400 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4500 mAh
ChargingFast Charging 65W / 100% in 39 min
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Pada harga RM2699, OnePlus 8T menawarkan paparan FHD + Fluid AMOLED 6,55 inci dengan sokongan refresh rate 120Hz, kadar pengambilan sentuhan 240Hz, dan sokongan HDR10 +. Telefon ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865 dengan modem 5G X55 yang menyokong NSA serta SA untuk sambungan 5G.

Untuk kamera, Empat kamera belakang ditawarkan dengan kamera utama 48MP dengan sensor Sony IMX586, kamera ultra lebar 16MP, kamera makro 5MP, dan lens monokrom 2MP. Beberapa ciri kamera termasuk pemandangan malam video, potret video, dan penjejakan video. Untuk kamera depan dilengkapi dengan lens 16MP.

OnePlus 8T membekalkan bateri berkapasiti 4500mAh dan pengecasan Warp Charge 65W yang dapat mengecas sepenuhnya telefon hanya dalam masa 39 minit. OnePlus 8T hadir dalam Aquamarine Green dan Lunar Silver.

  • Bateri: 4,500 mAH, fast charging 65W (100% dalam masa 39 minit)
  • SIM: Dual Nano SIM
  • Memori: 128GB 8GB RAM / 256GB 12GB RAM
  • Ciri: Fingerprint (bawah paparan), accelerometer, compass, gyro, barometer

10. Oppo Reno5 Pro 5G RM2599

Oppo Reno5 Pro 5G
Release Date18 January 2021
ChipsetMediatek Dimensity 1000+
Memory + RAM256GB + 12GB / 128GB + 8GB
Camera64 + 8 + 2 + 2 MP / 32 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2448 pixels (FHD+)
SIMDual Nano
BatteryLi-Po 4350 mAh
ChargingFast Charging 65W / Reverse charging / SuperVOOC 2.0
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Oppo Reno5 Pro 5G adalah smartphone 5G midrange dengan spesifikasi premium. Ia membawakan AMOLED 6.5″ inch display dengan pengimbas cap jari di bawah paparan. Untuk kaki selfie pula, ia tersedia dengan kamera selfie 32 MP di bahagian atas. Sementara di bahagian belakang, ia dilengkapi dengan persediaan empat lensa dengan kombinasi sensor kamera 64MP, 8MP, 2MP, dan 2MP.

Oppo Reno5 Pro 5G tersedia dengan platform Android 11 terbaru dan membawa bateri Li-Po 4350 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Telefon ini dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 1000+ (7nm) dan menggunakan memori dalaman sehingga 256GB dan RAM sehingga 12 GB.

Harga Oppo Reno5 Pro 5G di Malaysia adalah sekitar RM2599 untuk model 12GB / 256GB. Ia tersedia dalam empat warna termasuk Starry Night, Aurora Blue, Moonlight Black, dan Star Wish Red.

Anda juga boleh mencari smartphone lain pada harga berpatutan:

Visit Our Instagram Page for daily Fun Facts!