Smartphone 2021 Harga Bawah RM1500

Smartphone Harga Bawah RM1500 2021

Smartphone bawah RM500 telah disenaraikan dan kali ini kita teruskan senarai untuk model yang berharga bawah RM1500 pula. Bagi model berharga RM1500 ini, spesifikasinya lagi canggih daripada yang berharga RM500 dan lagi berbaloi untuk dibeli jika anda seorang yang memerlukan smartphone untuk mengambil gambar atau membuat kerja yang selain daripada menggunakan media sosial.

[Dikemaskini pada 31hb May 2021]

1. Samsung Galaxy A52 (RM1499)

Release Date30 April 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 750G 5G
Memory + RAM256GB + 8GB RAM / 128GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera64 + 12 + 5 + 5 MP / 32 MP
Screen ResolutionSuper AMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4500 mAh non removable
ChargingFast Charging 25W / 50% in 30 min
CiriFingerprint (Bawah Display), IP67 Dust/Water Resistant, Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Samsung Galaxy A52 adalah mid-spec smartphone dengan Snapdragon 750G 5G, RAM sehingga 8GB, dan storage sehingga 256 GB. Telefon ini mempunyai 6.5 ″ Super AMOLED display dengan resolusi FHD + dan pembaca cap jari di bawah display.

Smartphone ini juga mempunyai Quadcamera di bahagian belakang dengan kamera utama 64MP, lens ultrawide 12MP, sensor kedalaman 5MP, dan macro camera 5MP. Untuk selfie, ia menggunakan lens 32MP.

Samsung Galaxy A52 boleh didapati dari harga RM1499 untuk model 4G manakala RM1899 untuk model 5G. Smartphone ini dikeluarkan pada 30 April 2021.

2. Realme 7 Pro (RM1499)

Release Date29 September 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 720G
Memory + RAM128GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera64 + 8 + 2 + 2 MP / 32 MP
Screen ResolutionSuper AMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4500 mAh non removable
ChargingFast Charging 65W / 50% in 12 min, 100% in 34 min
CiriFingerprint (Bawah Display), Water-Repellent Coating, Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Realme 7 Pro kali ini agak menarik kerana model ini boleh dikatakan satu ‘upgrade’ dan juga ‘downgrade’ daripada Realme 6 Pro pada awal tahun 2020. Antara penambahbaikan yang dilakukan dalam siri Pro kali ini adalah penggunaan panel Super AMOLED berbanding dengan IPS LCD pada siri Realme 6 Pro. Namun refresh rate pada kali ini hanyalah 60hz berbanding 90Hz pada Realme 7 serta 6 Pro. Telephoto lens juga tidak disertakan sekali pada siri 7 Pro kali ini.

SuperDart Charging juga diperkenalkan pada 7 Pro kali ini, iaitu 65W charging hanya mengambil masa 30 min sahaja untuk 0-80%. Stereo speaker juga diperkenalkan pada 7 Pro untuk menjadikan pengalaman menonton kandungan Youtube lebih luar biasa. Realme 7 Pro boleh didapati dari harga RM1499. Smartphone ini dikeluarkan pada 29 September 2020.

3. vivo V20 (RM1499)

Release Date20 September 2020
ChipsetQualcomm Snapdragon 720G
Memory + RAM256GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera64 + 8 + 2 MP / 44 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4000 mAh non removable
ChargingFast Charging 33W
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Pada tahun 2020 yang lalu, Vivo telah melancarkan siri V mereka iaitu V20 dan V20 Pro, dan kami memilih V20 untuk pada range harga RM1500 ke bawah, kerana V20 memiliki spesifikasi yang lengkap bagi sebuah midrange. Warna – warna pada model V20 ini juga agak menarik seperti Sunset Melody, Midnight Jazz dan Moonlight Sonata.

V20 ini juga merupakan smartphone pertama di Malaysia yang menggunakan sedia ada Android 11 dalam OS mereka. Jarang sekali model Vivo mendapat update yang paling latest Android sebelum dijual pada pengguna.

V20 menggunakan cip pemprosesan daripada Qualcomm iaitu Qualcomm Snapdragon 720G yang berasaskan 8nm. Kebiasaannya smartphone daripada Vivo ini hanya fokus pada kemampuan kameranya, namun kali ini mereka meletakkan gaming processor ini membuktikan juga mereka amat pentingkan penggunaan gaming. Secara keseluruhan, model ini boleh menjadi pilihan terbaik buat anda yang sedang mencari smartphone bawah RM1500.

4. Huawei Nova 7 SE (RM1499)

Release Date19 June 2020
ChipsetHiSilicon Kirin 820 5G
Memory + RAM256GB + 8GB / 128GB + 8GB
Camera64 + 8 + 2 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4000 mAh non removable
ChargingFast Charging 40W / 70% in 30 min / Reverse Charging 5W
CiriFingerprint (Sidi Mounted), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Sudah lama kita tidak dengar jenama Huawei ini menjadi satu bualan di mulut – mulut pengguna smartphone dalam pasaran tempatan ini. Huawei boleh dikatakan telah diketepikan oleh pengguna smartphone lain oleh kerana terpalit dalam pelbagai kontroversi. Hal ini telah menjatuhkan reputasi syarikat Huawei yang telah menjadi syarikat terkemuka di pasaran China.

Sudah setahun Huawei memasarkan smartphone mereka di pasaran dan teramat malang bagi mereka kerana tidak dapat kemasukan kepada Google Mobile Service atau secara ringkasnya GMS. Applikasi seperti Gmail, Google Maps, Youtube dan semua aplikasi Google tidak dapat di akses secara rasmi. Jadi solusi mereka, mereka menggunakan HMS (Huawei Mobile Services), di sini mereka juga dapat muat turun aplikasi yang biasa mereka muat turun melalui Play Store daripada Google.

5. Realme 8 Pro (RM1299)

Release Date1 May 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 720G
Memory + RAM128GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera108 + 8 + 2 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionSuper AMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4500 mAh non removable
ChargingFast Charging 50W / 50% in 17 min, 100% in 47 min
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Realme 8 Pro masih fresh lagi di pasaran Malaysia bahkan ia dikeluarkan pada 1 May 2021 yang lalu. Smartphone mid-range ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 720G (12nm) beserta dengan storage dalaman sebanyak 128GB.

Tidak cukup dengan itu, bateri Li-Po 4500 mAh boleh dicaskan selama 17 minit sahaja untuk capai 50%! Cepat kan?! Realme 8 Pro juga berjalan dengan Realme UI 2.0 terbaru berdasarkan Android 11. Anda boleh pilih daripada 2 warna yang ada; Infinite Blue dan Infinite Black.

6. Oppo A93 (RM1299)

Release Date7 October 2020
ChipsetMediatek Helio P95
Memory + RAM128GB + 8GB
Camera48 + 8 + 2 + 2 MP / 16 + 2 MP
Screen ResolutionSuper AMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4000 mAh non removable
ChargingFast Charging 18W
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Seperti midrange Oppo yang lain, model A93 juga turut menunjunkkan kecanggihannya pada lens kamera utama dan juga selfie kepada pengguna yang gemar mengambil gambar dan juga video. Selain daripada kamera, Oppo A93 turut menggunakan cip pemprosesan daripada Mediatek iaitu Helio P95 yang memfokuskan image processing dengan binaan 12nm. So peminat mobile gaming jangan gatal-gatal nak beli smartphone ini ya!

Beberapa ciri menarik dalam applikasi kamera A93 ini terdapat sama seperti di Reno 4 series. Antaranya adalah Night Flare Potrait dan AI Colour Potrait. Rekaan panel belakang A93 ini juga disertakan panel matte yang tidak memerangkap cap jari.

  • SIM: Dual SIM (nano SIM, dual standby)
  • STORAGE: 128GB 8GB RAM
  • BATERI: 4000 mAh non removable
  • CHARGING: 18W fast charging
  • CIRI: Fingerprint (bawah display & optical) accelerometer, gyro, proximity, compass

7. Realme 7 5G (RM1299)

Release DateDecember 2020
ChipsetMediaTek Dimensity 800U 5G
Memory + RAM128GB + 8GB / 128GB + 6GB
Camera48 + 8 + 2 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 5000 mAh non removable
ChargingFast Charging 30W / 100% in 65 min
CiriFingerprint (Bawah Display), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Senarai kali ini juga turut memasukkan model realme pada hujung tahun 2020 baru-baru ini iaitu Realme 7 5G. Walaupun mereka sudah pun membawa masuk siri realme 7 pada 2 bulan sebelum itu, mereka membuat kejutan dengan membawa masuk set 5G untuk pasaran tempatan.

Mungkin ada sesetengah pembeli realme 7 sebelum ini agak kecil hati kerana baru sahaja realme 7 versi LTE dilancarkan, namun mereka sebagai pengguna realme perlu tahu satu perkara yang penting tentang jenama realme ini iaitu mereka hamper setiap bulan akan keluarkan smartphone samada di pasaran tempatan mahupun di pasaran global.

8. Xiaomi Mi 11 Lite (RM1199)

Release Date6 April 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 732G
Memory + RAM128GB + 8GB / 128GB + 6GB / 64GB + 6GB
Camera64 + 8 + 5 MP / 16 MP
Screen ResolutionAMOLED Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4250 mAh non removable
ChargingFast Charging 33W
CiriFingerprint (Side Mounted), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Xiaomi Mi 11 Lite menggunakan chipset Snapdragon 732G dengan storage dalaman sehingga 128GB dan 8GB RAM. Telefon ini juga dilengkapi dengan AMOLED 6.55 “, resolusi FHD+ display, dan sokongan kadar penyegaran 90Hz. Ia mempunyai Corning Gorilla Glass 5 sebagai keselamatan.

Perkara terbaik mengenai telefon ini ialah, ia dilengkapi dengan lensa tiga di bahagian belakang dengan kamera utama 64MP, lensa ultrawide 8MP, dan lensa makro 5MP. Untuk selfie, ia menggunakan kamera selfie 16MP.

Smartphone ini menggunakan Android 11 dan dilengkapi dengan bateri Li-Po 4250 mAh dengan sokongan fast charging 33W.

9. OnePlus Nord N10 5G (RM1129)

Release Date27 March 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 690 5G
Memory + RAM128GB + 6GB
Camera48 + 8 + 2 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionIPS LCD Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 4300 mAh non removable
ChargingFast Charging 30W
CiriFingerprint (Rear Mounted), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

OnePlus Nord N10 5G adalah smartphone midrange dengan FHD+ 6,49 inci display dan kamera selfie 16MP di sudut skrin. Di bahagian belakang, telefon ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP yang digabungkan dengan lensa ultrawide 8MP, dan dua sensor 2MP untuk lensa kedalaman dan makro.

OnePlus Nord N10 5G menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 690 5G (8 nm) dengan storage dalaman 128GB dan RAM 6 GB. Ia juga berjalan dengan OxygenOS 10.5 berdasarkan platform Android 10.

10. Oppo A74 5G (RM1099)

Release Date28 April 2021
ChipsetQualcomm Snapdragon 480 5G
Memory + RAM128GB + 6GB
Camera48 + 8 + 2 + 2 MP / 16 MP
Screen ResolutionLTPS IPS LCD Display, 1080 x 2400 (FHD+)
SIMDual nano + microSDXC
BatteryLi-Po 5000 mAh non removable
ChargingFast Charging 18W
CiriFingerprint (Side Mounted), Accelerometer, Proximity, Compass, Gyro

Oppo A74 5G dilengkapi dengan FHD + IPS 6.5 inch display yang menyokong refresh rate 90Hz. Smartphone ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 480 5G, RAM 6GB, dan storan 128 GB.

Untuk kamera, ia menggabungkan sensor 48MP + 8MP + 2MP + 2MP untuk kamera belakang, sementara untuk selfie menggunakan kamera 16MP. Oppo juga melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Anda juga boleh mencari smartphone lain pada harga berpatutan:

Visit Our Instagram Page for daily Fun Facts!