Technology

Smart TV Harga Bawah RM2500 2021

Pengenalan

Smart TV dengan cepatnya menjadi satu kepentingan di dalam semua rumah di Malaysia. Pada minggu lepas, senarai smart tv berharga bawah rm1000 telah dikeluarkan. Jika anda tidak membacanya lagi, anda boleh tekan disini.Sekarang pilihan kualiti tersedia untuk semua telah dipilih pada harga bawah RM2,500. Anda akan mendapati pelbagai pilihan di kedai jualan elektronik di pusat membeli-belah tempatan anda. Pilihan dalam talian juga tersedia dalam jumlah yang banyak tetapi sukar untuk dipilih.

Dibawah adalah antara 5 model yang kami telah mengumpulkan.

Sharp AQUOS 50″ Full HD TV RM2,499

smart tv

Sharp adalah pengeluar TV kelas atas dan peralatan video yang terkenal; mereka juga menawarkan senarai lengkap ciri khas untuk semua jenis kediaman. Salah satu faedah yang paling mengagumkan adalah teknologi Aquomotion peringkat seterusnya yang menawarkan senarai ciri yang panjang.

Ciri:

  • Teknologi Aquomotion
  • OS Android
  • Smart Connectivity

Dapatkan rakaman jernih penuh yang ditawarkan dengan resolusi 1080p yang boleh dibilang sebaik mana-mana sahaja yang anda akan dapati di pasaran. Selain itu, mereka telah menggunakan sistem suara yang mengagumkan dari Dolby Surround yang sentiasa memaksimumkan kualiti sinematik hiburan anda

Panasonic 50″ TH-50HX655K 4K HDR Android TV RM2,399

smart tv

Siap sedia kerana Smart’er’ TV ini menawarkan Google Assistant dan juga Chromecast untuk memudahkan anda bersantai seratus peratus. Semuanya pada jari anda dan juga suara anda. Android TV mempunyai 500,000+ movies dan cerita bersiri dari seluruh dunia untuk dilayani bersama ahli keluarga atau dengan pasangan tersayang atau seorang diri.

Tambahan pula, dengan menggunakan 4K Colour Engine, anda tidak akan rasa depan anda itu adalah sebuah tv tetapi satu dunia yang baru.

Ciri:

  • Chromecast & Google Assistant built-in
  • 4K Colour Engine
  • Narrow Bezel
  • Hexa Chroma Drive & 4K Colour Engine

LG UN72 Series 49″ Active HDR Smart UHD TV with AI ThinQ ( 2020) RM2,399

smart tv

LG UHD TV dibuat untuk menghibur dengan membawa semua yang anda tonton ke tahap yang baru. Sama ada movie, sukan, atau permainan, ia memberikan gambar 4K sebenar dengan warna yang jelas dan perincian yang baik. Nikmati gambar yang lebih realistik dalam resolusi Full HD empat kali ganda.

Perkayakan lagi cerita kegemaran anda dengan menggunakan Quad Core Processor 4K. Imej yang kabur ditambahbaikkan menjadi kualiti 4K. Tambahan pula, model ini lengkap dengan 4K Upscaling, Noise Reduction pada imej dan juga warna yang dinamik. Ketiga – tiga ini bergabung menjadikan paparan skrin terasa seperti melihat seperti tv itu realiti baru anda.

Ciri:

  • AI ThinQ, hanya guna suara anda untuk kawal smart tv ini
  • Pengalaman pawagam sebenar, anda boleh gunakan Filmmaker Mode untuk gambar lebih jelas
  • Ultra Surround System
  • Boleh layari siaran streaming samada AppleTV, Netflix ataupun LG Channel.
  • Realistik Gaming Experience
  • Bluetooth Surround Ready, LG UHD TV ini boleh sambung dengan peranti speaker bluetooth anda.
  • Sport Alert Notification

Hisense 55″ 4K UHD A7100F Series RM2,299

smart tv

Menawarkan paparan skrin 4k ultra HD dan ‘bezelless’. Hisense 4K UHD A7100F Series. Model ini lengkap dengan 4 4K iaitu 4K Resolution, 4K Upscaler, 4K Decoding dan juga 4K Streaming.

Apa itu 4K Upscaler? 4K Upscaler akan menganalisis setiap image dan akan ubah pixels secara terperinci dan mengoptimumkan bayang dan cahaya pada imej. Tambahan pula, smart tv ini mempunyai virtual surround sound untuk menyesuaikan dengan persekitaran ruang tv.

Ciri:

  • Virtual Surround Sound
  • Sports Mode, mod fokus kepada setiap pemain dengan jelas dan nyata
  • Gunakan RemoteNOW untuk kawal smart tv ini
  • Smooth Motion

Samsung 43″ TU8000 4K UHD Smart TV (2020) RM1,999

smart tv

Samsung Smart TV 43 inci ini memberikan pengalaman ultra HD dan pelbagai pilihan hiburan. Dengan menggunakan Cip Pemprosesan Crystal Processor 4K, ia menawarkan kualiti gambar yang amat mempersonakan, dengan warna, ratio kontras yang tinggi dan juga HDR. Anda juga boleh menyimpan gambar dalam tv ini dan secara automatik ia akan menyamai dengan warna dinding anda sebagai imej latarbelakang.

Jika anda seorang gamer, UHD Smart TV ini juga lengkap dengan Game Enhancer dimana anda akan mengalami lag lebih jarang atau tiada langsung.

Ciri:

  • Smart Hub & One Remote Control
  • Bixby sebagai pembantu peribadi anda
  • Mirroring Screen, anda boleh hantar video atau siaran dari smartphone kepada smart tv ini dengan hanya tekan sahaja.
  • AirPlay 2 built in, peranti Apple turut boleh berkongsi
  • Game Enhancer

Artikel lain: Smartwatch Bawah RM1000, Headphone bawah RM1500, Smartphone Bawah RM1500, realme N1 Electric Toothbrush

Anda boleh teruskan bacaan anda disini.