Smart TV Bawah Harga RM1000 2021

Pengenalan

Semakin hari semakin banyak jenama elektronik mengeluarkan Smart TV. Oleh kerana Smart TV semakin mendapat nama dipasaran masa kini. Apa yang berbeza dengan TV sebelum ini adalah versi Smart ini membolehkan kita layari internet serta jenis – jenis hiburan lain yang kita selalu dapat di desktop atau laptop.

Kebiasaannya kita melihat video Youtube di laptop tapi dengan smart ini, anda boleh melayan video pada resolusi yang tinggi. Setinggi2 resolusi, harga juga akan melonjak naik. Jadi disini telah disenaraikan jenis- jenis Smart TV yang harga mampu milik iaitu bawah RM1000!

Sharp AQUOS 32″ HD Ready TV RM999

Jika anda minat menonton TV lebih daripada benda lain, ini kemungkinan pilihan yang terbaik untuk anda. Dengan bersaiz 32″ inci, model ini juga mempunyai resolusi HD. Dikuasai dengan cip pemprosesan X2 Master Engine Pro, model ini akan meningkatkan lagi pengalaman menonton anda dan tambah pula dengan 2 x 5W speaker yang mempunyai sistem surround.

Hisense 32″ HD Smart TV A5600F RM999

Skrin TV yang beresolusi Full HD ini mampu menghantar gambar atau video yang jelas dan terperinci dimana ia boleh menggelamkan resolusi HD yang biasa. Lengkap dengan natural colour enhancer dan juga panel yang contrast tinggi. Natural colour enhancer ini adalah untuk mengoptimumkan penghasilan warna menggunakan teknologi terkini manakala contrast yang tinggi membolehkan anda melihat lebih bercahaya dan hitam yang lebih gelap serta mendalam lagi.

Ciri:

  • USB Media, ada usb port di tepi
  • Wifi Built – in
  • One touch access, tekan sahaja butang netflix untuk layan cerita bersiri atau movie kesukaan anda secara streaming
  • Dibina dengan speaker audio Dolby.

realme 32″ Smart TV RM899

Selalunya kita dengar realme pada smartphone sahaja tetapi jenama ini turut mengeluarkan pelbagai produk elektronik lain seperti 32″ Smart TV ini. Ia menggunakan FHD yang bermakna HD secara penuh. Dikuasai dengan cip pemprosesan 64 – bit quad core dan 1.5GB RAM 8GB ROM untuk menyimpan lebih banyak aplikasi dalam storage dalaman anda.

Selain itu, ia juga lengkap dengan Dolby + DTS dan juga 2 5W stereo speaker untuk anda menikmati bunyi atau suara daripada cerita kegemaran anda dengan lebih menghayati.

Ciri:

  • Voice activated bluetooth remote control
  • Google assistant, Android TV datang dengan Google assistant
  • Smart Home Control, hanya gunakan suara anda untuk tukar siaran atau kawal video
  • Chromecast, sekarang anda boleh menghantar siaran smartphone anda ke TV
  • USB Port, mempunyai LAN, USB x 2, HDMI x 3, Headphones dan juga AV Input
  • Bluetooth 4.2 dan WiFI support 2.4GHz & 5GHz

Panasonic 32″ H410 LED TV TH-32H410K RM799

Direka khas dengan skrin digital pro yang jelas. Hal ini kerana untuk meningkatkan pengalaman anda melihat dengan warna kulit semula jadi lebih jelas, penambahbaikkan cahaya dan imej detail yang jelas sekali. Anda tidak akan kepuasan dengan mempunyai model sebesar ini dirumah anda. Layan semasa cuti adalah perkara yang terbaik bagi seseorang introvert.

Selain itu, media player juga tidak ketinggalan untuk anda melayan cerita kegemaran atau video muzik yang anda minat.

Ciri:

  • VIVID Digital Pro
  • Hdmi Input Port x 2
  • Media Player tersedia

Xiaomi Mi LED TV 4A 32″ RM799

Smart TV dari Xiaomi ini direka khas dengan HD LED Display yang penuh. Display ini mampu mengeluarkan gambar yang lebih cerah dan warna terang. Ianya mempunyai 1GB RAM, 8GB ROM dan processor 64-bit quad-core. Tak cukup dengan itu, ia juga lengkap dengan stereo speaker 20W yang kuat. Secara tak langsung anda boleh mendengar cerita kegemaran anda lebih kuat dan jelas sekali.

Model ini juga mempunyai built-in Ethernet dan Wifi yang support 2.4G dan juga 5G WiFi serta 100Mbps Ethernet! Tiada lagi masalah lagging atau buffering, anda boleh bermain game dengan lancar tanpa gangguan.

Ciri:

  • Full HD LED Display
  • Powerful 20W Stereo Speaker
  • Built – in WiFi and Ethernet
  • Bluetooth 4.2, boleh sambung keyboard, speaker dan lain – lain lagi
  • Smart Control, boleh dikawal dengan hanya menggunakan Android smartphone anda

Artikel lain: Smartwatch Bawah RM500, Headphone Bawah RM500, Smartphone Bawah RM500

Teruskan bacaan anda disini.