Smart Band Harga Bawah RM500

Pengenalan

Smart band adalah sama seperti smartwatch. Ia hanya berbeza pada saiz dan kebolehannya yang dihadkan. Walaupun ia terhad, peranti kecil ini tetap ada peminat mereka tersendiri. Dibawah adalah 5 peranti yang berharga bawah daripada RM500.

Samsung Galaxy Fit RM369

samsung band

Peranti terkini dengan rekaan yang ringan dan ketahanan peringkat askar. Galaxy Fit adalah peranti yang anda carikan selama ini. Direka dengan standard peringkat askar dan rintangan air 5ATM. Anda boleh teruskan bersenam dalam hujan atau ribut petir tanpa rasa risau terhadap peranti ini kecuali nyawa anda.

Galaxy Fit boleh merekodkan 6 aktiviti secara automatik untuk anda fokus pada latihan dengan baik. Anda juga boleh pilih daripada 90 senaman yang disimpan dalam aplikasi Samsung Health dengan hanya tekan sekali sahaja.

Ciri:

  • Pemantauan degupan jantung. tekanan dan tidur
  • Accelerometer, gyro sensor dan HR sensor
  • Tahan lasak dan teramat ringan

Xiaomi Mi Band 4 Rm300

xiaomi band

Xiaomi turut mengambil kesempatan untuk mengeluarkan smart band tersendiri dan peranti ini mempunyai paparan skrin AMOLED yang warna menyeluruh dan dilengkapi dengan 5 pengikat berwarna – warni yang anda boleh pilih.

Dengan adanya peranti kecil ini, anda boleh mengubah cara hidup anda dengan pemantauan 24/7 degupan jantung dan juga pemberitahuan jika anda tidak bergerak terlalu lama.

Ciri:

  • Pemantauan tidur, dan degupan jantung.
  • Alarm dan boleh bersambung dengan smartphone melalui Mi Apps.
  • Boleh mengangkat panggilan, membalas mesej, dan mainkan lagu.
  • 6 mod bersenam termasuk berenang.
  • Stopwatch, timer, ramalan cuaca, dan kalendar.

Xiaomi Mi Band 5 RM259

xiaomi band

Mi Band 5 mempunyai paparan skrin sebesar 1.1″ yang berwarna dinamik. pada paparan skrin tersebut, anda boleh melakukan apa sahaja daripada mengangkat panggilan, terima mesej dan juga melihat langkah berjalan. 1.1″ ini dihiasi oleh 6 pilihan straps yang berwarna – warni. Ia direka untuk kedua – dua sukan indoor dan juga outdoor untuk satu tujuan sahaja iaitu menjaga kesihatan anda lebih – lebih lagi menguruskan badan anda.

Peranti kecil ini mempunyai 11 mod sukan untuk dipilih dan setiap satu akan merekodkan dengan terperinci. Tambahan pula, segala jenis pemantauan akan dilakukan secara serentak daripada degupan jantung, keadaan fizikal anda dan juga masa tidur anda.

Ciri:

  • Tekan sekali sahaja untuk mengambil gambar.
  • Kalendar.
  • Ramalan Cuaca.
  • Pemantauan 24 jam pada degupan jantung, tidur dan juga keadaan fizikal anda.
  • 11 mod sukan

Samsung Galaxy Fit2 Rm179

samsung band

Direka secara menipis untuk keselesaan sepenuhnya dan ringan supaya tidak menjadi halangan kepada anda semasa bersenam. Galaxy Fit2 boleh membantu anda dalam kehidupan harian anda yang aktif. Dengan adanya peranti kecil yang berskrin AMOLED 1.1″ warna yang menyeluruh ini, anda akan dapat mengetahui semua maklumat yang anda perlukan.

Direka tahan lasak dengan rintangan air sedalam 50m membolehkan anda berenang dengan senang hati. Maksimum hayat bateri boleh hidup sampai 21 hari dan boleh hidup sehingga 15 hari sahaja dengan penggunaan yang menyeluruh. Penggunaan seperti pemantauan degupan jantung dan tidur anda amat berguna.

Ciri:

  • 5 latihan yang boleh dikesan secara automatik dan 90 mod bersenam yang anda boleh pilih
  • Pemantauan degupan jantung, tekanan dan tidur
  • Boleh mainkan muzik, terima panggilan dan membalas mesej

Huawei Band 4 RM139

huawei band

Akhir sekali, peranti kecil ini boleh didapati dalam dua warna sahaja Sakura Pink dan juga Graphite Black. Walaupun mempunyai dua warna sahaja, anda boleh menukar paparan skrin kepada beratus pilihan dalam HUAWEI Watch Face Store daripada gaya sukan, kartun, teknologi dan juga gaya simple. Banda 4 menggunakan built-in USB untuk cas pada mana – mana pengecas USB. Satu cas yang penuh boleh bertahan sampai 6 hari.

Ia juga boleh membantu anda dalam menjaga kesihatan anda dengan rekodkan degupan jantung dan juga masa tidur anda. Anda tidak perlu lagi musykil bagaimana prestasi anda pada hari ini kerana anda telah mempunyai pembantu peribadi di pergelangan tangan anda.

Ciri:

  • Pemantauan Ketumpatan Oksigen Darah (SpO2), degupan jantung dan tidur.
  • 9 mod sukan yang boleh rekodkan prestasi anda.
  • Terima panggilan, balas mesej dan juga alarm.

Lain – lain:

Anda boleh tekan disini untuk meneruskan bacaan anda tentang pelbagai fakta haiwan dan makanan yang menarik.