Animal Dog Profile

Shiba Inu, Tentang Baka Anjing Anda

Pengenalan

Dibawa ke Amerika dari Jepun sejak 60 tahun yang lalu, Shiba semakin popular di negara Barat dan ia sudah menjadi baka paling popular di tanah air mereka, Jepun. Corak putih pada badannya digabungkan dengan warna badan seperti oren, hitam – putih, atau hitam – coklat. Ia mempunyai reaksi muak yang berjaga-jaga dan langkah berjalan yang nampak seakan terapung di awan menjadikannya hampir sama seperti seekor musang. Shiba adalah seekor berbadan yang tegap oleh kerana sentiasa aktif bermain dan berlatih dengan keperibadian yang berani dan peramah sebagai tambahan.

Sejarah

Shiba Inu adalah seekor baka Jepun yang kuno. Pada awalnya digunakan untuk memeranjatkan burung supaya berterbangan di udara untuk pemburunya tembak dan menjadikannya hidangan. Selain itu, perkataan Shiba membawa maksud ‘Brushwood’ dalam bahasa Jepun, dan juga kerana mereka dinamakan sama dengan tugas mereka untuk mengeluarkan burung – burung kecil daripada sarang, atau ia kerana kot bulu berwarna merah mereka menyerupai warna semak – samun pada musim gugur.

Pada era Yamato di Jepun iaitu pada abad ke-7 Masihi, Kerajaan Maharaja yang berkuasa menubuhkan pejabat penjaga anjing. Pejabat tersebut perlu memastikan bahawa Shiba dan baka asli lain menjadi sebahagian penting dan terpelihara dalam budaya Jepun. Akan tetapi, Perang Dunia II tercetus dan telah menyebabkan baka ini hampir pupus oleh kerana gabungan pengeboman nuklear dan kemudian penyakit anjing Distemper.

Selepas peperangan berakhir, Shiba yang tinggal di luar bandar Jepun dibawa ke kota untuk dibiakkan balik melalui program pembiakan. Baka makmal inilah yang bertanggungjawab mewujudkan banyak baka Shiba Inu yang kita kenal sekarang.

Shiba yang pertama diimport ke Amerika Syarikat adalah pada tahun 1954. Anak anjing pertama yang didokumentasikan tidak dilahirkan di sana sehingga tahun 1979. The American Kennel Club merasmikannya pada tahun 1993.

Shiba Inu merupakan baka yang paling popular di Jepun, dan sekarang mempunyai penggemar yang semakin berkembang di Amerika Syarikat dan negara lain di dunia.

Penampilan

shiba inu

Penampilannya sama seperti Musang Merah (Red Fox). Warna klasik bagi Shiba Inu adalah berwarna merah oren. Shibas juga terdapat dalam warna hitam dan coklat, dan krim. “Urajiro” adalah istilah Jepun yang unik yang menggambarkan tanda warna putih yang dimiliki oleh Shiba di dada, pipi, perut, telinga, dan kaki. Matanya berwarna coklat gelap sesuai dengan keperibadian mereka yang berkeyakinan tinggi.

Jantan dan betina amat berbeza sama sekali kerana mereka mempunyai kualiti yang berbeza dari segi fizikal dan emosi. Pertama sekali, jantan boleh mencapai ketinggian 42 cm dan berat sekitar 12 kg manakala betina bermula sekitar 34 cm dan berat 9 kg. Seekor jantan memiliki wajah yang lebih lebar, sementara betina mempunyai wajah yang lebih runcing. Tidak kira jantina, Shiba Inu adalah pemburu yang hebat. Cepat dan tangkas, dengan sikap berani gabungan terhebat dalam darah baka ini. Dibawah adalah ringkasan bagi baka Shiba Inu:

  • Berat: 8 – 12 kg
  • Hayat: 13 – 16 tahun
  • Bulu gugur: Sederhana
  • Jenis bulu: Lapisan luar kasar dan lurus manakala lapisan dalam lembut dan tebal
  • Kot bulu: Sederhana
  • Warna bulu: Oren – putih, hitam – putih, hitam – coklat terang

Sikap dan Perangai

shiba inu

Perangai anjing mana pun bergantung pada beberapa faktor termasuk baka dan penjagaan, tetapi secara umumnya seekor betina Shiba lebih suka menyendiri daripada seekor jantan. Betina akan berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Selain itu, ia memang mempunyai tahap kecerdasan yang sangat tinggi dan mungkin lebih mudah untuk dilatih daripada anda. Jantan pula lebih aktif dan peramah dengan orang termasuk orang asing, tetapi ia juga boleh bersikap agresif dengan anjing jantan yang lain. Jantan suka menanda kawasannya hampir di mana sahaja, jadi ini memerlukan usaha yang lebih untuk melatih dan melakukan pembersihan secara berkala.

Kedua-dua jantina sangat pintar, tetapi setiap seekor perlu mengikut rentak masing – masing untuk belajar. Mereka akan faham bahawa anda mahu mereka duduk, tinggal, atau berguling, tetapi mereka akan melakukannya apabila mereka merasa untu berbuat sedemikian. Jika anda seorang yang tegas, lagi mudah untuk melatih anjing ini. Ia juga mempunyai sifat nakalnya. Oleh itu Shiba Inu memerlukan seseorang yang bersikap tegas, namun boleh bersabar, dengan perangai peliknya dari masa ke semasa. Dibawa adalah ringkasan bagi sikap dan perangai baka ini:

  • Perangai: Ceria, peramah
  • Kepintaran: Tinggi
  • Aktif: Tinggi, suka bermain
  • Vokal: Sederhana, hanya bila perlu

Penjagaan dan Rawatan

Amat penting untuk anda mencari penternak yang rasmi dimana mereka telah melakukan pemeriksaan kesihatan pada baka anjing. Beberapa penyakit yang harus anda ketahui termasuk:

  • Luxating Patella: Ia adalah ketika penutup lutut tergelincir dari tempatnya.
  • Displasia Pinggul: Ini adalah ketika salah satu atau kedua – dua sendi pinggul terbentuk secara tidak normal, dan boleh memberi kesan kepada pergerakan dan tahap keselesaan anjing.
  • Alergi: Shibas terkenal dengan alahannya daripada beberapa keturunan terhadap makanan dan persekitaran.
  • Masalah Mata: Glaukoma, Katarak dan Progresif Retina Atrofi (PRA).

Anda seronok membaca tentang baka anjing ini? Teruskan bacaan anda disini.

Artikel lain: Golden Retriever, Anjing Jerman Shepherd, Anjing Gunung Bernese, Anjing Husky