Exercise

Senaman Berjalan atau Berlari: Yang Mana Lagi Baik?

Pengenalan

Berjalan dan berlari adalah suatu bentuk senaman kardiovaskular yang amat baik. Pilihan yang terbaik untuk anda bergantung sepenuhnya kepada tujuan kecergasan dan kesihatan anda. Sekiranya anda ingin membakar lebih banyak kalori atau menurunkan berat badan dengan pantas, berlari adalah pilihan yang lebih baik. Tetapi berjalan kaki juga dapat memberikan banyak manfaat untuk kesihatan anda, termasuk membantu anda menjaga berat badan yang sihat. Untuk kira berat badan ideal anda, tekan disini.

Senaman Larian

Faedah senaman kardio

Kedua – dua aktiviti ini adalah senaman kardiovaskular aerobik, atau dalam singkatannya adalah “kardio”. Antara faedah kesihatan kardio termasuk:

  • Menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang sihat
  • Meningkatkan stamina
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu mencegah atau menguruskan keadaan kronik
  • Menguatkan hati anda
  • Memanjangkan umur anda

Aktiviti ini amat bagus untuk kesihatan mental anda. Menurut kajian, 30 minit dilakukan selama 3 kali seminggu boleh menurunkan kemurungan dan keresahan. Selain itu, ia juga meningkatkan mood dan keyakinan diri anda.

Anda juga boleh dapat manfaat yang sama dengan berjalan selama 10 minit 3 kali sehari.

Senaman Berjalan

Senaman Berjalan vs Berlari secara Mendaki

Berjalan menaik boleh membakar kalori sama seperti berlari. Anda boleh mendapat hasil yang lebih baik dengan berjalan menaik daripada berjalan seperti biasa. Caranya amat senang, anda hanya perlukan treadmill dirumah atau mencari bukit yang boleh dibuat senaman aerobik.

Untuk mendapat hasil yang lebih efektif, anda boleh berjalan secara laju atau pace training. berjalan secara laju boleh membakar kalori sama dengan berlari.

Konklusi

Kedua – dua senaman kardio ini adalah baik untuk anda. Anda hanya perlu meluangkan masa selama 2 – 3 jam untuk senaman kardio satu minggu untuk kebaikan kesihatan anda. Berjalan adalah pilihan terbaik jika anda masih baru nak mula. Jika anda mahukan hasil yang cepat dan bakar lebih kalori, anda boleh cuba berlari. Seterusnya, anda boleh tukar – tukar kardio ini secara selang – seli jika tidak larat. Ia boleh menaikkan kadar degupan jantung, menaikkan keyakinan diri dan juga prestasi senaman anda. Selain daripada melakukan aktiviti fizikal, anda juga perlu menjaga pemakanan anda terutamanya pengambilan gula. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut tentang sebab – sebab perlunya elakkan pengambilan gula

Comments are closed.