Sarapan Pagi yang Sihat dan Mudah

Pengenalan

Adakah pagi anda terlalu sibuk? Bukan anda sahaja tetapi majoriti rakyat Malaysia amat sibuk di awal pagi. Antaranya adalah kerana bersiap untuk pergi kerja, menghantar anak ke sekolah dan bangun lewat. Di dalam kesibukan ini, sarapan pagi kerap ditinggalkan. 10 sarapan sihat yang terbaik disenaraikan untuk anda.

Roti bakar (Telur dengan avocado)

Sarapan Pagi Roti Bakar Campur Telur dan Avocado

Resepi ini hanya memerlukan dua bahan sahaja dan kedua2 ini terdapat di pasaraya terdekat dengan anda. Ia memerlukan satu keeping roti bakar (wholemeal ataupon wheat grain gardenia lagi elok) diratakan dengan avocado yang hancur. Selepas itu, letakkan bahan terakhir ialah 2 telur mata atau telur goyang, ikut kesukaan masing2. 2 biji telur ini kaya dengan protein serta roti bakar kaya dengan karbohidrat. Manakala avocado pula kaya dengan lemak yang baik. Jadi anda akan mendapat khasiat yang seimbang pada waktu pagi. Cubalah makan dulu, anda pasti akan buat lagi.

Roti bakar (Pisang dan kacang)

Sarapan Pagi Roti Campur Pisang dan Kacang

Anda juga boleh mencuba resepi ini. Bahan yang diperlukan adalah bijih Chia (Chia seeds), mentega kacang dan satu buah pisang. Roti bakar yang diratakan dengan mentega kacang ini, anda perlu tambah pisang yang dikerat secara kecilan dan ditaburkan bijih Chia diatasnya. Itu sahaja mudahkan.

Oats buah buahan

Sarapan Pagi Oats buah buahan

Sarapan pagi ini cukup mudah buat anda yang malas berfikir atau tengah berkejaran masuk kerja. Hanya memerlukan oat (Quaker Oats, Heinz atau mana2 brand yang anda nak) dan juga buah. Buah-buahan seperti pisang, strawberi ataupun bluberi adalah kebiasaannya diletak dalam oat bagi menambah perisa dan juga tambah nutrisi dalam sarapan pagi ini. Makan sahaja tak cukup kan, kenakan dengan minuman susu atau kopi untuk mengaktifkan diri anda sepanjang hari.

Oats kopi

Sarapan Pagi Oats Coffee

Jika anda rushing sangat sehingga tiada masa untuk membuat makanan dan minuman pagi, anda boleh gabung dua tu menjadi satu sarapan yang unik dan enak untuk dimakan. Oats kopi (Coffee Oats) ini menjadi terkenal pada tahun lepas kerana penjimatan masa dan juga rasa yang unik. Dibawah dinyatakan salah satu resepi yang anda boleh buat untuk menambah perisa oat kopi:

  • ½ cawan oat
  • ¾ cawan susu
  • ¼ cawan kopi panas
  • Secubit garam
  • Satu sudu madu
  • Satu sudu perisa vanilla

Campurkan oat, susu, kopi dan garam di dalam ceper dan tutupkan. Panaskan ceper pada paras sederhana, kacau sehingga oat menebal dalam 5 minit. Tambahkan susu atau air jika oat anda lembut sampai anda tercapai konsistensi yang dingini.

        Selepas itu, tambah madu dan perisa vanilla serta kacau sampai kesedapannya terserlah. Tutup api dan masukkan oat itu dalam mangkuk yang comel. Oat yang panas serta berbau kopi sudah siap didepan anda dalam masa 5 minit sahaja. Hanya tunggu untuk dimakan oleh anda.

Yogurt buah buahan

Sarapan Yogurt Buah buahan

Sesiapa penggemar yogurt mungkin akan minat atau dah tahu tentang resepi mudah ini. Ia memerlukan yogurt tanpa perisa atau Greek Yogurt sebagai bahan asas. Bahan topping pula adalah buah strawberi dan bluberi. Kedua2 buah ini senang sahaja untuk dicari di pasaraya dan juga pasar pagi. Masukkan buah-buahan dan yogurt ke dalam pengisar dan kisar sampai buah itu hancur. Masukkan ke dalam botol minuman anda dan siap. Anda boleh menikmatinya di tempat kerja anda.

Smoothie (Pisang dan kacang)

Sarapan Pagi Smoothie Pisang + Kacang

Selain itu, anda juga boleh buat smoothie berperisa. Untuk membuat smoothie kaya dengan protein. Antara bahan yang diperlukan adalah susu, buah pisang dan juga kacang tanah. Ketiga2 bahan ini kaya dengan protein setiap satu. Masukkan bahan2 ini kedalam pengisar dan kisar sehingga buah dan kacang hancur. Tuangkan smoothie ke dalam botol minuman anda dan siap. Mudahkan resepi ini.

Sandwic Telur Dan Ayam/Daging

Sarapan Sandwic Telur dan Ayam

Sandwic yang dijual di kedai atau gerai jalanan ini amat murah dibeli. Anda juga mampu buat sandwich sendiri dengan resepi tersendiri. Antara sandwich yang senang untuk dibuat adalah sandwich telur dan daging/ayam. Sekeping roti diletakkan telur hancur atau telur goreng dan juga kepingan daging dan dikapit dengan kepingan roti yang lain. Anda juga boleh letak tomato dan sos bagi menambah perisa.

Chocolate Quinoa Breakfast Bowl

Sarapan Quinoa Coklat

Resepi ini memerlukan satu mangkuk quinoa. Seterusnya satu gelas susu panas dan 3-4 keping dark chocolate campur ke dalam quinoa. Anda juga boleh letak buah-buahan atau kacang ke dalam bagi menambah perisa

Southwest Tofu Scramble

Sarapan Southwest Tofu Scramble

 Nak resepi lagi mudah? Southwest Tofu Scramble ini memerlukan tofu (jika tiada telur hancur pon boleh) dan sayur (lada bel atau kangkung). Panaskan bahan2 ini dalam ceper selama 5 minit. Jika ia nampak ringan, anda boleh letak ubi rebus untuk nutrisi yang seimbang.

Waffle Peanut Butter & Jelly

Sarapan Waffle PB & J

Resepi ini cukup senang dan mengambil masa yang singkat. Anda perlu menyediakan bahan waffle pada malam sebelum supaya tidak kelam-kabut pada awal pagi. Semasa waffle tengah dipanaskan, anda boleh mencari bahan kedua iaitu Peanut Butter (Skippy amat disyorkan) dan Jelly (perisa strawberi disyorkan). Lepas waffle siap anda hanya perlu ratakan PB&J ini seluruh waffle. Senangkan resepi sarapan pagi ini

Akhir kata, semua resepi di atas hanya memerlukan dalam masa 15 minit sahaja untuk disediakan. Walaupun kecil saiz hidangan ini tetapi ia banyak manfaat kepada badan anda. Anda juga dinasihatkan jangan tinggalkan sarapan pagi kerana badan anda perlu makanan untuk membekalkan tenaga. Diet yang sihat akan memberi manfaat secara fizikal dan mental. Diet seperti hanya makan sikit dan sekali sehari ini tidak disyorkan kerana ia memudaratkan badan anda. Klik disini untuk dapatkan diet yang terbaik untuk turunkan berat badan dan klik disini untuk 50 idea sarapan pagi yang sihat.