Samsung Smart Fridge 660L Side by Side With Family Hub

Smarter Fridge For Your Family

Pada zaman sekarang tidak pelik untuk kita ada smartphone, smartwatch dan juga smart TV. dari hari ke hari, setiap peranti yang kite guna akan ditambah baikkan menjadi lebih canggih. Peti sejuk di rumah anda tidak terkecuali juga. Dulu anda hanya buka pintu ambil makanan dan tutup kembali. Sekarang peti sejuk ibarat rumah kecil bagi anda dengan kecanggihan yang ditawarkannya. Samsung memperkenalkan 660L Side by Side Smart Fridge with Family Hub. Jadikan Family Hub sebagai pusat rumah anda. Ia menyediakan cara yang menyeronokkan untuk berkongsi mesej, foto, video, maklumat dan jadual.

Lihat apa yang ada di dalam peti sejuk anda di mana sahaja

Anda boleh lihat apa yang ada di dalam peti sejuk anda bila – bila sahaja dan juga di mana sahaja dengan hanya melihat melalui smartphone anda. Anda juga boleh akses ‘Lihat Di Dalam’ pada skrin utama di peti sejuk dengan menyeret jari anda ke bawah sahaja.

Kamera dalaman View Inside akan menunjukkan makanan apa yang anda ada. Tambahan pula, kamera ini juga menandakan tarikh luput makanan (jika ada). Skrin ini juga memberi kemudahan kepada anda untuk membuat senarai belanja, memo makanan atau peringatan.

Samsung Smart Fridge 660L Side by Side With Family Hub

Menyediakan resepi makanan kegemaran keluarga anda dengan mudah

Dah bosan dengan menu yang sama? tak tahu nak masak ape? Jangan risau kerana smart fridge ini boleh selamatkan hari anda. Hal ini kerana anda boleh masak makanan yang disukai keluarga anda dengan semudah ABC. Dengan menggunakan Artificial Intelligence (A.I) dan pembuatan profil makanan ini, Aplikasi Resipi yang telah dimuat turun menyediakan resipi yang lazat dengan petunjuk yang mudah. Perancang Makanan Mingguan mencadangkan makanan untuk dimasak setiap hari, berdasarkan makanan apa yang anda suka dan ada di dalam peti sejuk. A.I yang digunakan pada smart fridge ini adalah Whisk.

Whisk adalah platform makanan pintar di dunia yang menghubungkan resipi dan produk dengan membeli – belah dan juga memasak. Whisk telah bekerjasama dengan peruncit, penerbit, jenama CPG dan syarikat kesihatan terbesar di dunia untuk melibatkan pengguna bagi mencipta pengalaman makanan yang bermakna dan mendorong pertumbuhan pada setiap langkah perjalanan makanan daripada merancang hingga ke pinggan.

Samsung Smart Fridge 660L Side by Side With Family Hub

Berbelanja dengan lebih cekap dan mengurangkan sisa

Seperti yang dinyata diatas, Whisk boleh merancang pembelian makanan dan makanan dengan mudah dengan Aplikasi Shopping List. Masukkan bahan – bahan yang anda mahu ke dalam senarai beli-belah dengan hanya sentuhan atau suara sahaja.

Sentiasa memberi maklumat dan peringatan

Apa sahaja yang ada pada smartphone dan juga smartwatch sekarang ada pada smart fridge. Antaranya adalah Cuaca, Peringatan Makanan, Kalendar, dan Berita. Ikuti perkembangan terkini dengan maklumat penting. The Morning Brief memaparkan ramalan cuaca, peringatan makanan dan kalendar anda di skrin peti sejuk. Dengan menggunakan pengecaman suara New Bixby, ia akan mengenal pasti siapa yang bercakap dan menunjukkan maklumat yang relevan.

Tambahan pula, smart fridge memperkayakan kehidupan keluarga anda dengan berkongsi berita, mesej, dan juga video di Family Board. Cukup gunakan skrin utama atau telefon pintar untuk menunjukkan foto dan klip video, stickers atau emoji, melukis gambar, menaip atau menulis nota tangan, berkongsi jadual dan pautan laman web atau menambah pemain muzik.

Aplikasi Kalendar memastikan anda tidak pernah terlepas acara keluarga. Kalendar membolehkan anda berkongsi dan memeriksa jadual ahli keluarga sekilas. Anda boleh mengemas kini jadual di peti sejuk atau dari telefon pintar dan menyegerakkan jadual dengan kalendar Google dan Microsoft 365. Jadi anda tidak akan lupa tarikh penting.

Tonton Movie atau TV Siri anda dan terus memasak

Tonton program TV atau akses video streaming dengan mudah. Dengan menggunakan widget, anda dengan mudah melancarkan aplikasi streaming video atau media sosial yang popular. Aplikasi SmartView juga dapat menampilkan apa yang ditayangkan di Samsung Smart TV. Tidak ketinggalan juga dengan kebolehan untuk mengendalikan jutaan Aplikasi yang tersedia di telefon pintar anda.

Samsung Smart Fridge 660L Side by Side With Family Hub

Artikel lain: Smart TV Bawah RM2500, Smartwatch Bawah RM1000, Headphone bawah RM1500, Smartphone Bawah RM1500

Anda boleh teruskan bacaan anda disini.