Samsung POWERbot Robot Vacuum, Soft Action Brush 20W

Self cleaning Bot for Every Home!

Penat cuci rumah setiap hari? Tiada pembantu yang menolong anda? Jangan risau, kini anda boleh ada pembantu rumah anda tersendiri yang tidak perlu dibayar gaji malah tidak perlu memberi makan, minum dan juga tempat tidur. Samsung memperkenalkan POWERbot robot vacuum! Vakum yang mempunyai minda tersendiri malah akan menurut perintah anda untuk mencuci satu rumah tanpa ada alasan.

Pembersih Diri, Soft Action Brush

Robot Vacuum ini boleh membersihkan jenis lantai apa sahaja dengan cekap dan bersinar. Soft Action Brush Pembersih Diri ini membawa maksud yang ia diperbuat daripada 1.5 juta fiber halus, dibuat dengan tekstil tenunan yang sangat lembut, dan termasuk anti-statik silver.

Ini membolehkan ia mengambil habuk halus di lantai yang keras, membersihkan celah-celah dalaman lantai / kayu dan mengurangkan jumlah rambut kusut (termasuk daripada haiwan peliharaan anda).

Pengisar Pembersihan Diri

POWERbot mampu mencegah debu dan rambut tersumbat dari berusnya. Macam mana? Pengisar pembersihan diri di tengah dan sisi sikat akan mengisar rambut manusia dan juga haiwan peliharaan yang akan terikat di sekitar bulu. Bulu atau rambut yang lebih kecil kemudiannya dapat disedut dengan mudah, jadi anda tidak perlu risau mengeluarkannya dengan tangan.

Mampu membersihkan kawasan yang sukar dengan hebat

Direka dengan badan yang lebih langsing diganding dengan penyedut yang sangat kuat. Vakum ini mampu membersihkan walaupun tempat yang paling sukar untuk anda mencuci dengan lebih kuat.

Tingginya hanya 97mm, 28% lebih kecil berbanding dengan robot konvensional, sehingga boleh masuk ke kawasan rendah, seperti di bawah katil. Ia juga mempunyai daya sedutan 40x lebih banyak daripada vakum robot konvensional, menjadikannya sekuat vakum tongkat.

Mampu imbas ruang dan membersihkan setiap sudut

Dengan kelengkapan FullView Sensor 2.0 ini, anda boleh bertenang dan berhenti risau akan POWERbot Robot Vacuum ini tersekat atau meninggalkan sudut kotor. Hal ini kerana FullView Sensor 2.0 dengan tepat mengimbas kawasan yang luas, sehingga ia tahu dengan tepat ke mana harus pergi dan mengelakkan jurang yang sangat sempit dan halangan kecil. Ia juga berulang kali membersihkan sudut bilik dengan daya sedutan 10% lebih banyak.

Anda boleh menggunakan Wi-Fi untuk kawal robot vacuum ini dari jauh dengan menggunakan Aplikasi SmartThings Samsung. Antara kawalan yang anda boleh buat adalah mula, henti, ubah tahap penyedut, tetapkan beberapa jadual pembersihan, dan juga periksa di mana ia sudah dibersihkan. Anda juga boleh menetapkan masa ketika vakum tidak melakukan pembersihan.

POWERbot ini juga tidak akan melepas habuk – habuk di tepi dinding dengan semudahnya. Sebaliknya ia memastikan tiada sebarang habuk yang tertinggal di sepanjang tepi dinding. Edge Clean Master direka untuk membersihkan bahagian tepi bilik dengan lebih teliti. Berus bulu sangat dekat dengan bahagian depan pembersih. Auto Shutter turun secara automatik untuk membuat penghalang yang membantu mengumpulkan lebih banyak habuk.

Untuk lebih terperinci mencuci lantai rumah, Robot Vacuum ini turut menggunakan pemberus yang lebar. Dengan ini, POWERbot ini dapat bersihkan kawasan yang lebih besar dengan lebih cepat dan cekap dengan adanya Wide Brush. Wide Brush mempunyai lebar 278mm, yang melebihi 35% lebih besar daripada berus konvensional 204mm. Oleh itu, ia mempercepat proses pembersihan dengan menutupi kawasan yang lebih luas.

Sentiasa berjalan walaupun pada permukaan yang berbeza

Pembersihan pada pelbagai jenis lantai dengan daya sedutan yang optimum untuk memastikan ia dibersihkan dengan sempurna. Intelligent Power Control dengan jayanya dapat mengesan jika habuk ada pada permaidani atau lantai keras dan secara automatik POWERbot menghasilkan daya sedutan yang paling berkesan. Oleh itu, ia menggunakan lebih banyak tenaga untuk menyedut habuk yang tertanam di permaidani.

POWERbot ini juga turut dilengkapi dengan Point Cleaning. Gerakkan Robot Vacuum anda bila – bila masa dan di mana sahaja yang anda mahukan dengan lebih mudah. Sistem Point Cleaning ini menghasilkan lampu panduan yang dapat anda gunakan untuk memimpinnya membersihkan kawasan tertentu. Dengan hanya mengarahkan lampu di depan mesin dan lampu itu akan mengikuti sinar dan bersihkan kawasan tersebut semasa ia bergerak di sepanjang jalan.

Artikel lain: Samsung Monitor Odyssey G9, Samsung Smart Fridge 660L, Smart TV Bawah RM2500, Smartwatch Bawah RM1000, Headphone bawah RM1500

Anda boleh teruskan bacaan anda disini.