Recipe

Russian Blue, Tentang Baka Kucing Anda

Pengenalan

Russian Blue adalah seekor kucing yang datang dalam warna yang berbeza-beza daripada kelabu perak yang berkilauan kepada kelabu gelap tetapi baka ini hanya mempunyai satu warna yang utama sahaja iaitu kelabu. Kot bulunya yang pendek dan padat telah menjadi satu keunikan dalam baka Rusia ini selama lebih dari satu abad.

Walaupun tidak ada tarikh yang tepat bila baka ini muncul, ia adalah baka yang tertua dan merupakan salah satu baka kucing yang pertama kali dikenali oleh persatuan kucing. Baka ini terkenal dengan sikap suka bermain permainan tangkap bola atau barang lain. Kebanyakan pemilik mengatakan yang Russian Blue ini merupakan haiwan peliharaan yang hebat kerana ia dapat bergaul dengan binatang peliharaan lain dengan mudah. Antaranya adalah anjing, kucing dan ia juga baik dengan anak – anak kecil.

Sejarah

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, asal usul baka Rusia ini tidak diketahui dengan lebih terperinci. Walau bagaimanapun, kucing – kucing kelabu ini mempunyai gelaran sebelum ini yang disebut sebagai kucing Archangel. Hal ini kerana mereka datang daripada kapal yang bertolak dari Pulau Archangel Rusia atau Arkhangelsk.Selain itu, kucing ini digemari oleh golongan bangsawan dan paling menariknya ia lebih disukai oleh raja Rusia.

Baka Rusia ini dihantar ke banyak tempat di Eropah dan membiak dengan pesat. Jika anda nak tahu ia adalah antara peserta pertunjukan kucing yang pertama diadakan di England pada tahun 1880-an. Di Amerika Syarikat pula Russian Blue telah diiktiraf oleh Cat Fanciers ‘Association dan The International Cat Association.

Penampilan

russian blue

Russian Blue adalah kucing bersaiz sederhana dengan bulu pendek dan tebal dan penampilan ini menjadikannya kelihatan lebih besar. Selain daripada itu, lapisan kot bulunya pula amat lembut ibarat sutera dan mempunyai warna kelabu arang berwarna gelap yang dihiasi dengan kelabu terang yang berkilauan. Oleh kerana lapisan kot bulu kucing ini ringan dan mempunyai tahap alergen yang lebih rendah, ramai pemilik kucing peliharaan menganggapnya sebagai salah satu baka hypoallergenic.

Salah satu aspek yang paling menarik dalam penampilan Russian Blue adalah matanya yang berubah warna dari kuning ke hijau dari masa ke semasa. Anda boleh tengok perubahan yang berlaku pada anak kucing yang dilahirkan dengan mata kuning muda atau emas dan apabila anak kucing ini berusia 4 bulan, kedua – dua matanya menjadi kuning dengan cincin hijau membentuk sekitar retina. Akhirnya, warna itu akan berubah sekali lagi menjadi hijau terang sepenuhnya pada masa dewasa. Dibawah adalah ringkasan bagi baka Russian Blue:

  • Berat: 3 – 6 kg
  • Hayat: 15 – 20 tahun
  • Bulu gugur: Rendah, kurang
  • Jenis bulu:
  • Kot bulu: Pendek
  • Warna bulu: Kelabu dan mata berwarna hijau

Sikap dan Perangai

russian blue

Baka kelabu ini mendapat perhatian khalayak ramai kerana ia adalah kucing yang manja dan setia mengikuti pemiliknya ke mana – mana. Yang paling menariknye Russian Blue akan menyambut anda di pintu ketika anda pulang dari kerja. Baka ini juga terkenal dengan sikap berhati-hati dan pemalu, tetapi ia akan mula tunjuk kasih sayang setelah berkenalan. Apabila ia berasa yakin dan selesa di kediaman baru, ia menjadi haiwan kesayangan yang suka bermain.

Seterusnya, ia amat mudah untuk bergaul dengan anak – anak kecil dan juga haiwan peliharaan lain. Jika mereka terasa dah cukup dapat perhatian daripada semua orang, ia akan menarik diri dan sambung buat halnya sendiri. Ia juga pandai larikan dirinya daripada sekitar orang yang tidak dikenali.

Suara baka ini boleh menjadi sangat lantang, tetapi pada umumnya ia akan bercakap dengan suara lembut untuk memberitahu anda yang ia memerlukan makanan, air, atau perhatian. Dibawah adalah ringkasa bagi sikap dan perangai baka Rusia ini:

  • Perangai: Pemalu, lemah – lembut dan
  • Kepintaran: Tinggi
  • Aktif: Sederhana
  • Vokal: Tinggi

Penjagaan dan Rawatan

Walaupun sebilangan kucing baka tulen atau sejati terdedah kepada penyakit keturunan yang tertentu, Russian Blue berbeza dan ia sihat tanpa ada gangguan genetik yang diketahui.

Anda boleh menikmati asa yang ada dengan baka ini kerana ia mempunyai jangka hayat yang panjang. Anda disarankan berjumpa dengan doktor haiwan untuk memastikan kucing anda mendapat vaksinnya, pemeriksaan tahunan, ujian rutin, dan penjagaan gigi.

Anda seronok membaca tentang baka Russian Blue ini? Teruskan bacaan anda tentang fakta menarik tentang semua haiwan yang ada didunia ini.

Artikel lain: Kucing Ragdoll, Kucing Somali, Kucing Abyssinia, Kucing Manx