Recipe Traditional

Resepi Risoles Isi Ayam

Resepi Risoles Isi Ayam Padat Berkeju Paling Ranggup

Jika memerlukan idea untuk membuat bekalan ke tempat kerja anda atau untuk anak-anak bawa ke sekolah, bolehlah anda untuk mencuba resepi Risoles Isi Ayam ini. Ia bukanlah makanan ringan sepenuhnya tetapi juga boleh dijadikan makanan utama di petang hari kerana padat dengan isi ayam yang mampu mengenyangkan perut anda. Bahkan, boleh juga dijadikan bekalan semasa berkelah bersama keluarga. Rasanya sudah tidak asing lagi makanan ini di seluruh Malaysia yang aslinya resepi berasal dari negara jiran kita, Indonesia. Cemilan risoles ini seakan-akan kuih gulung ataupun kuih dadar yang berintikan ayam, daging atau kentang mengikut selera masing-masing. Ia seperti karipap dan popia yang mempunyai perlagai jenis inti yang berbeza. Tetapi gerenti, resepi risoles ini lebih menyelerakan!

Bahan – bahan

Bahan Kulit

  • 150 gram tepung tinggi protein
  • 350 ml susu cair
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega cair
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Isi

  • 200 gram daging ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 200 ml susu cair
  • 1 labu bawang Holland (bawang besar putih)
  • 100 gram tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil kiub pati ayam
  • 50 gram lobak merah
  • 50 gram ubi kentang
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil gula
  • 50 gram serbuk keju

Bahan Celupan

  • 2 biji putih telur
  • 150 gram serbuk roti

Cara Penyediaan

  1. Langkah pertama, untuk membuat kulitnya. Pukul telur dan susu sampai rata. Tuang sikit-sikit ke dalam campuran tepung dan garam sambil di aduk sehingga ke semua campuran menjadi rata.
  2. Setelah itu, tambahkan mentega cair ke dalam campuran tadi. Ratakan adunan tersebut. Kemudian dadarkan nipis adunan tepung di atas kuali ‘non-stick’. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Langkah seterusnya, untuk membuat isinya pula. Panaskan mentega, kemudian masukkan bawang Holland yang telah di cincang halus. Tumis sampai harum dan naik bau wanginya, warnanya juga bertukar menjadi kekuning-kuningan. Selepas itu, masukkan tepung gandum, gaulkan sehingga sebati.
  4. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau sebati. Masukkan daging ayam yang telah di rebus dan lobak merah yang telah di potong kecil dan di rebus terlebih dahulu. Masukkan, keju, garam, serbuk lada putih, sedikit gula dan juga kentang yang telah di potong kecil dan di rebus terlebih dahulu tadi. Sebatikan rasa ke semuanya. Apabila sudah cukup sebati, padamkan api dan sejukkannya.
  5. Ambil sekeping kulit tadi, letakkan isi ayam di atasnya. Gulung kemas.
  6. Kemudian, celupkan di dalam bancuhan telur putih dan golekkan di atas serbuk roti. Simpan selama satu jam di dalam peti sejuk.
  7. Langkah terakhir, panaskan minyak masak, goreng sehingga kekuning-kuningan dan ranggup. Angkat dan tuskan minyaknya. Nikmati risoles semasa masih panas ini bersama dengan cili padi berapi, pasti mahu lagi!
risoles isi ayam

Tekan disini untuk melihat kepelbagaian resepi yang telah dikongsi.

Artikel lain: Resepi Sotong Kam Heong, Resepi Ikan Salmon Rangup, Resepi Kurma Ayam, Resepi Ayam Ros Merah, Resepi Daging Masak Hitam, Resepi Laksam Putih