Resepi Wafel Whole Wheat Buat Anda Seisi Keluarga

Wafel Whole Wheat

Nak diet tapi teringin nak makan makanan yang sedap? Semua orang juga seperti anda. Makan buah dan sayur hari – hari boleh jemuh kalau tidak kuat. Cabaran untuk kuruskan diri itu memang kuat. Tetapi untuk kali ini, anda tidak payah risau lagi. Resepi kali ni menggabungkan kelazatan dan juga kesihatan dalam satu makanan. Jika anda terlepas dengan resepi sebelum ini iait resepi cheesecake original, klik disini.

Masa Penyediaan: 5 minitMasa Masakan: 10 minit
Jumlah Hidangan: 4 – 8 keping (Bergantung kepada mesin pembuat wafel anda) Jumlah Masa: 15 minit sahaja

Bahan – bahan

  • 2 cawan (260 gram) tepung gandum diratakan
  • 6 sudu besar (85 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 3 sudu teh atau 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh kayu manis
  • 2 biji telur besar pada suhu bilik
  • 1 dan 3/4 cawan (420ml) buttermilk
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila tulen

Cara Penyediaan

  • Panaskan dahulu pembuat wafel pada suhu sederhana
  • Gunakan senduk untuk gaul tepung, serbuk penaik, kayu manis, dan garam dalam mangkuk besar sehingga sebati.
  • Gaul bahan – bahan yang lain dalam mangkuk kedua hingga sebati. Tuangkan ke dalam bahan tadi dan gaul sehingga sebati dan pastikan tiada gumpalan besar.
  • Tuangkan adunan ke dalam pembuat wafel dan tutup. Bakarkan ia sehingga coklat keemasan dan garing selama 5 – 6 minit.
  • Hidangkan wafel anda dengan topping yang anda suka. Pastikan makan semasa panas, nanti sejuk tak sedap!

Untuk mendapat resepi yang sama seperti dikedai, anda boleh tekan disini.