Resepi Tumis Asparagus Dengan Tofu Telur

Resepi Asparagus Tumis Bersama Tofu Telur

Masakan sayur ringkas ini ternyata sangat sedap walaupun di ratah / di makan begitu sahaja walaupun tanpa memakannya dengan nasi. Selalunya sayur asparagus ini agak kurang mendapat tempat di hati masyarakat kita, mungkin kerana ramai yang kurang tahu bagaimana untuk menggayakan resepinya. Tetapi ternyata, rasa asparagus itu sendiri yang berlemak, sangatlah sesuai di masak secara tumis, seperti Resepi Tumis Asparagus Dengan Tofu Telur yang mudah ini. Tofu telur dan isi ayam yang di tambah di dalam masakan ini justeru menjadi pelengkap kepada asparagus ini.

Bahan – bahan

Bahan A

  • 200 gram asparagus

Bahan B

  • 1 sudu besar sos ikan / kicap ikan
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ kiub ayam
  • ½ cawan air
  • ½ sudu kecil minyak bijan

Bahan C

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai cili merah besar
  • ½ tangkai lada benggala hijau
  • ½ tangkai lada benggala kuning
  • Sedikit minyak masak

Bahan D

  • 50 gram isi ayam
  • 1 kiub tofu telur
  • Tepung jagung secukupnya
  • Air masak sedikit
  • Minyak masak secukupnya

Bahan E

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ¼ cawan air masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Campurkan ke semua Bahan B iaitu bahan-bahan untuk membuat sos. Bahan-bahan itu ialah sos ikan / kicap ikan, sos cili, sos tiram, kiub ayam dan minyak bijan. Pastikan kiub ayam di larutkan dahulu dengan air masak. Campurkan dan kacau sehingga sebati ke semua bahan tersebut ke dalam sebuah mangkuk dan ketepikan seketika.
  2. Sementara itu, untuk Bahan D, golekkan isi ayam yang telah di potong nipis dan tofu telur yang telah di potong sepanjang 3 cm di dalam tepung jagung. Renjiskan sedikit air masak untuk memudahkan bahan-bahan tadi melekat dan tersalut dengan tepung jagung. Setelah itu, goreng ke semuanya sebentar dengan minyak masak yang telah cukup panas di dalam kuali. Angkat dan ketepikan dahulu seketika.
  3. Di dalam kuali yang lain, masukkan sedikit minyak masak untuk tujuan menumis Bahan C. Tumiskan dahulu bahan-bahan yang telah di cincang halus iaitu bawang putih dan halia sehingga wangi. Selepas itu, masukkan juga bahan-bahan lain yang telah di hiris nipis kepada kepingan saiz yang sama seperti cili merah besar, lada benggala hijau dan lada benggala kuning sebagai penyeri warna di dalam masakan ini.
  4. Langkah seterusnya, masukkan pula Bahan A iaitu asparagus yang telah di potong sepanjang satu inci bersama-sama dengan Bahan B iaitu bahan-bahan campuran sos tadi. Kacau sehingga ke semuanya rata. Apabila sudah sebati dan asparagus telah menjadi lembut sedikit, masukkan pula Bahan D iaitu tofu telur dan isi ayam yang telah di goreng tadi. Lalu gaul secara perlahan-lahan agar tofu telur tidak pecah.
  5. Kemudian, pekatkan kuah dengan Bahan E dengan memasukkan tepung jagung yang telah di larutkan dengan air masak sambil di kacau seketika sehingga rata dan sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan pastikan tepung jagung tidak berketul di dalam kuah tersebut.
  6. Langkah terakhir, bila sayur telah masak dengan sempurna, matikan api dapur dan bolehlah di hidangkan segera dengan nasi panas.
Tumis Asparagus Dengan Tofu Telur

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain: Resepi Tumis Kacang Panjang Telur Masin, Resepi Tenggiri Panggang Keledek, Resepi Kari Udang Belimbing Buluh, Resepi Lemak Ketam Buah Munggai, Resepi Risoles Isi Ayam