Resepi Tenggiri Panggang Keledek Dengan Salsa Dan Sos BBQ

Resepi Ikan Tenggiri + Ubi Keledek Merah + Salsa + Sos Barbeku

Masakan ikan tenggiri memang menjadi salah satu pilihan masyarakat kita dengan pelbagai aneka masakan kerana ia memiliki rasa yang sangat enak dan lazat. Banyak cara serta jenis dalam memilih masakan dari ikan tenggiri ini, baik di masak dengan cara di goreng, di panggang ataupun di buat sup. Selain ikan gelama, ikan tenggiri adalah antara ikan yang popular sebagai lauk di kalangan wanita dalam pantang kerana isi ikannya putih dan tidak gatal. Istimewanya kali ini, di bawakan Resepi Ikan Tenggiri Panggang Bersama Ubi Keledek Merah Dengan Salsa dan Sos Barbeku. Ubi keledek antara makanan mewah ketika zaman darurat dahulu kala. Ketika anda menikmati masakan ini, pasti anda berpuas hati kerana gabungan rasa makanan barat dan timur di dalam satu masakan!

Bahan – bahan

Bahan Salsa

  • ½ batang timun
  • 1 biji buah tomato
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar bawang merah

Bahan Sos

  • ½ cawan sos barbeku
  • 1 ½ sudu besar krim masam
  • ½ cawan air masak
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak masak
  • Secubit lada putih
  • Sedikit garam

Bahan Lain

  • 200 gram ubi keledek merah
  • 150 gram keju cheddar
  • 3 keping ikan tenggiri
  • 1 ½ sudu kecil serbuk kari
  • Sedikit minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

Untuk Ikan

  • Bersihkan ikan tenggiri, kemudian gaulkan dengan serbuk kari dan garam secukup rasa. Selepas itu, goreng ikan di dalam kuali yang telah dipanaskan dengan minyak masak, goreng ikan tersebut secara separuh masak sahaja dan ketepikan.
  • Kemudian, rebus ubi keledek merah sehingga empuk dan lenyekkan ke semuanya. Campurkan 100 gram keju cheddar yang telah di parut terlebih dahulu ataupun apa-apa sahaja jenis keju yang anda suka. Gaulkan keju tersebut dengan ubi keledek tadi sehingga sebati. Akhir sekali, taburkan lagi di atas campuran adunan tadi dengan 50 gram lebihan keju yang juga telah di parut.
  • Seterusnya, bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 10 hingga 12 minit. Ataupun sehingga keju bertukar warna menjadi keperang-perangan.

Untuk Sos

  • Panaskan sedikit minyak untuk tujuan menumis. Lalu tumis bawang besar dan bawang putih yang kedua bahan-bahannya telah di cincang halus terlebih dahulu sehingga naik bau wangi dan bertukar warna menjadi kekuning-kuningan.
  • Kemudian masukkan sos barbeku dan air masak. Biarkan ia mendidih sebentar. Selepas itu, tambahkan garam secukup rasa.
  • Sesudah api di tutup, gaulkan sos tadi dengan krim masakan. Taburkan juga dengan serbuk cili di atas sos bersama sedikit sahaja lada putih.

Untuk Salsa

  • Satukan ke semua bahan-bahan untuk salsa yang telah di potong dadu kecil – kecil iaitu timun dan buah tomato. Campurkan juga dengan bawang besar yang telah di cincang halus berserta madu. Gaul hingga rata dan sesuaikan rasa ke semua bahan-bahan tadi.
  • Akhir sekali, hidangkan semuanya ikan tenggiri panggang bersama ubi keledek merah, sos barbeku dan salsa di atas pinggan yang sama. Sedia untuk dimakan!

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain: Resepi Kari Udang Belimbing Buluh, Resepi Lemak Ketam Buah Munggai, Resepi Risoles Isi Ayam, Resepi Sotong Kam Heong