Resepi Sup Ikan Merah

Resepi Sup Ikan Merah Paling Ringkas

Masakan sup ikan merah ini sangat sesuai di makan oleh sesiapa sahaja dan juga boleh di hidangkan sebagai lauk dalam pantang bagi wanita yang berpantang selepas bersalin ataupun selepas mengalami keguguran. Ikan merah ini boleh di masak dengan apa cara masakan sekali pun. Tetapi jika di masak berkuah, sangatlah sesuai apabila anda sedang berkumpul bersama dengan kaum kerabat, teman sekerja mahupun saudara mara anda. Dengan cara membuat masakan Sup Ikan Merah ini, tentunya kekeluargaan semakin erat. Resepi yang Ringkas dan Mudah ini pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja dengan aroma ikan merahnya. Jika anda mencuba resepi ini, pasti anda tidak akan menghadapi masalah bau hanyir ikan. Sup memang sedap di nikmati pada bila-bila masa sahaja terutamanya ketika waktu hujan. Selain di makan dengan nasi putih, sup ini boleh juga di cicah dengan roti gebu ataupun di hirup begitu sahaja!

Bahan – bahan

Bahan A

  • 3 keping isi ikan merah
  • 3 biji ubi kentang
  • ¼ batang lobak merah
  • Air masak secukupnya

Bahan B

  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili padi
  • Sedikit minyak masak

Bahan C

  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah / lada putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos / kicap sotong atau ikan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan D

  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 biji buah tomato
  • Sedikit jus limau nipis

Cara Penyediaan

  1. Kita mulakan dengan bahan untuk menumis iaitu Bahan B. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih dan cili padi di dalam minyak yang benar-benar panas. Pastikan hiris dahulu halia, bawang merah dan bawang putih sebelum di tumis. Manakala ke semua cili padi di belah dua dahulu. Kacau sehingga sedikit garing dan ia bertukar warna menjadi keperang-perangan.
  2. Seterusnya, masukkan Bahan A pula di dalam periuk yang sama. Mula-mula masukkan air masak secukupnya dan renehkannya sehingga kuah betul-betul mendidih. Kemudian, masukkan pula ubi kentang yang telah di potong empat dan masak sehingga kentang menjadi lembut. Ubi kentang di masukkan dahulu kerana ia mengambil masa yang agak lama sedikit untuk benar-benar masak dan lembut. Masukkan juga lobak merah yang telah di hiris secara nipis. Selepas itu, barulah masukkan isi ikan merah segar yang telah di bersihkan satu persatu ke dalam kuah sup tersebut. Pastikan ke semua isi ikan tersebut di tenggelami dengan kuah sup.
  3. Langkah seterusnya, setelah kuah mendidih dan isi ikan merah mulai nampak sudah masak, campurkan Bahan C pula ke dalam masakan. Antara bahan-bahan untuk sos ialah sos tiram, sos / kicap sotong atau ikan dan serbuk lada sulah / lada putih. Kacau sebati kuah sup tersebut perlahan-lahan bagi mengelakkan isi ikan merah terlerai atau hancur. Kemudian, sesuaikan rasanya dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Langkah terakhir, jika telah berpuas hati dengan rasa kuah sup tadi, matikan api dapur. Bagi bahan terakhir iaitu Bahan D, jika anda sukakan sup yang ada rasa sedikit masam-masam, bolehlah letakkan jus limau nipis sebanyak mana yang anda mahukan mengikut citarasa masing-masing. Tambahkan juga buah tomato yang telah di belah empat. Hidangkannya dengan menabur daun bawang, daun sup dan daun ketumbar yang ke semuanya telah di hiris terlebih dahulu secara kasar di atas kuah sup ikan merah ini.
sup ikan merah

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain: Resepi Paprik Ayam, Resepi Kari Ikan Sembilang