Resepi Stiu Daging

Resepi Stiu Daging & Kentang / Daging Masak Stew

Hidangan stiu atau stew ini sememangnya sangat sedap dan tersangatlah mudah dan cepat untuk di masak! Resepi ini amat sesuai dengan mereka yang sibuk dan bekerjaya, yang tidak punya waktu yang banyak untuk menyediakan masakan kepada ahli keluarga. Lauk ini boleh di katakan sebagai hidangan lengkap kerana mempunyai sumber protein seperti daging atau ayam, bersama beraneka sayur-sayuran yang boleh di masukkan di dalam masakan ini.

Jadi, jika andai kata anda tidak sempat untuk memasak beraneka jenis masakan ataupun lauk, bolehlah mencuba Resepi Stiu Daging yang mudah ini! Pasti boleh lebih menjimatkan masa anda di mana anda boleh melakukan perkara lain sementara stew di masak. Sebenarnya, satu perkara yang menarik berkenaan stiu / stew ialah fleksibiliti kerana apa-apa sahaja bahan yang anda ada di rumah, anda boleh di gunakan di dalam masakan stew ini.

Bahan – bahan

Bahan A

  • 500 gram daging lembu / kambing
  • 1 sudu besar rempah sup / sup bunjut
  • 1 sudu besar serbuk kasar lada hitam
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan B

  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 helai daun bay
  • 1 labu bawang besar putih / bawang Holland

Bahan C

  • 4 biji ubi kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 batang saderi
  • 4 biji buah tomato
  • Air masak secukupnya

Bahan D

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ cawan air masak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Sediakan periuk lalu panaskan minyak masak. Setelah minyak cukup panas, tumiskan ke semua Bahan A iaitu daging yang telah di potong kiub, rempah sup / sup bunjut dan serbuk kasar lada hitam yang telah di gaul semuanya terlebih dahulu sebelum di goreng. Kacau semua bahan sehingga rata dan ke semua daging bertukar warna menjadi keperang-perangan. Seterusnya, angkat serta ketepikan daging seketika.
  2. Di periuk yang sama, tumiskan pula Bahan B yang telah di hiris halus semuanya. Bahan-bahannya adalah halia, bawang putih, bawang besar putih / bawang Holland dan daun bay Tumiskan sehingga berbau wangi dan bawang-bawang tadi bertukar warna menjadi kekuning-kuningan.
  3. Langkah seterusnya, masukkan semula daging yang telah di goreng terlebih dahulu tadi bersama Bahan C seperti ubi kentang, lobak merah, batang saderi, buah tomato dan air masak secukupnya. Pastikan ubi kentang, lobak merah dan buah tomato di potong secara dadu semuanya. Manakala batang saderi di potong secara pendek. Masak sehingga semua bahan dan sayuran menjadi lembut. Jika mahukan kuah yang banyak, tambah lagi sedikit air mengikut citarasa masing-masing.
  4. Kemudian, masukkan pula bahan-bahan ter akhir iaitu Bahan D. Tepung jagung haruslah di bancuh dahulu dengan air masak sebelum di campurkan di dalam kuah tersebut. Biarkan direneh sebentar dan kuah yang mendidih itu menjadi pekat.
  5. Langkah terakhir, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika semuanya telah selesai, matikan api dapur. Stiu daging sedia untuk di hidangkan bersama nasi putih ataupun roti Perancis.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain: Resepi Gulai Batang Pisang, Resepi Tumis Asparagus, Resepi Tumis Kacang Panjang Telur Masin, Resepi Tenggiri Panggang Keledek