Resepi Soto Ayam

Soto Ayam Warisan Johor

Soto ayam sangat terkenal di negeri Johor. Ia merupakan makanan tradisi masyarakat Johor yang ringkas tetapi sangat menyelerakan. Ia merupakan nasi himpit atau ketupat yang dimakan bersama kuah sup ayam yang dimasak bersama rempah soto. Kuahnya agak pekat dan tidak seperti kuah sup ayam yang jernih.

Selain itu, soto ini dihidangkan bersama bahan – bahan lain seperti taugeh,bergedil,soo hoon goreng,kacang tanah goreng dan bawang goreng. Hirisan daun sup/daun bawang serta sambal kicap pelengkap rasa.

Ayam yang direbus untuk mendapatkan kuah soto akan dikeluarkan dari air rebusan. Isi ayam akan dicarik halus untuk dimakan bersama soto. Hidangan ini sememangnya enak dan boleh dimakan pada bila – bila masa sahaja.

Bahan – bahan

Bahan Tumis Kuah Soto

  • 3 biji bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan Kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Bahan Kuah

  • 1/2 senduk minyak masak
  • 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 jug air

Bahan Hidangan

  • 3 – 4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
  • 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
  • bawang goreng
  • suhun, goreng hingga garing
  • isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
  • daun sup, hiris kecil
  • daun bawang, hiris kecil
  • cili merah, hiris nipis
  • kacang tanah, goreng dalam minyak

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis tadi (bunga lawang, kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, jintan putih dan juga serbuk lada putih / lada sulah) dan kacau sehingga naik bau.
  • Seterusnya, masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, serai, halia dan juga kunyit hidup) bersama bahan tumis. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
  • Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit.
  • Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika.
  • Masukkan santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
  • Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya.
resepi soto ayam

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Kuih Tepung Pelita, Resepi Asam Pedas Johor