Resepi Roti Lobak (Carrotbread)

Roti lobak

Warna merahnya yang lembut lebih enak daripada yang kelihatan. Roti ini nampak padat, tapi sangat lembut dan berperisa dengan gula perang, kayu manis, halia, dan nutmeg. Tidak kira bagaimana anda menghidangkannya, makanan ini akan cepat habis jika letak di atas meja anda. Pada dasarnya adalah kek lobak merah dalam loyang. Sekiranya anda tidak menggunakan frosting dan kurangkan gula, anda masih ada rasa yang sedikit manis. Jika anda nak tahu macam mana nak buat kek cawa yang sedap, klik disini.

Masa Penyediaan: 15 minitMasa Memasak: 1 jam sahaja
Jumlah Hidangan: 1 buku rotiJumlah Masa: 4 – 5 jam

Bahan – bahan

  • 1 dan 1/2 cawan (190 gram) tepung serbaguna yang diratakan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3/4 sudu baking soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh nutmeg hancur
  • 1 sudu teh kayu manis hancur
  • 1/2 sudu teh halia hancur
  • 1/2 cawan (120ml) minyak sayuran/minyak canola/minyak kelapa cair
  • 2 biji telur besar pada suhu bilik
  • 1 cawan (200 gram) gula perang
  • 1/3 cawan (80 gram) sos epal tanpa gula atau yogurt pada suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanila tulen
  • 1 dan 1/2 cawan (200 gram) lobak merah dikisar (kira-kira 3 lobak besar)

Cara Penyediaan

  • Panaskan oven sehingga 177°C. Griskan loyang roti anda.
  • Gaulkan tepung, serbuk penaik, baking soda, garam, kayu manis, halia, dan nutmeg dengan menggunakan senduk dalam mangkuk besar sehingga sebati.
  • Seterusnya gaul minyak, telur, gula merah, sos epal, vanila, dan lobak merah dalam mangkuk sederhana sehingga sebati. Tuangkan bahan basah ini ke dalam mangkuk besar. Gaul perlahan sehingga sebati. doh akan menjadi separa tebal.
  • Lebarkan adunan ke dalam loyang yang sudah siap. Bakar selama 55 – 65 minit. (tutup roti dengan aluminium foil secara longgar tidak terlalu ketat sampai separuh sahaja untuk mengelakkan hangus kecoklatan yang berat di permukaan atasnya.)
  • Gunakan pencungkil gigi dan tusukkan di tengah – tengah roti. Jika pencungkil gigi keluar dengan bersih tanpa adunan mentah, maka roti anda sudah siap. Keluarkannya dari oven dan sejukkan di atas pinggan atau wire rack.
Roti Lobak

Untuk mengetahui kebaikan lobak merah ini, anda boleh tekan disini.