Resepi Roti Jala

Makanan Jalanan Kegemaran Ramai

Roti jala adalah merupakan juadah yang boleh didapati rata – rata di Malaysia. Paling mudah untuk dibeli adalah di pasar malam atau pasar pagi. Hal ini kerana hidangan ini adalah makanan kegemaran ramai.

Hidangan terkenal ini mendapat nama kerana bentuknya yang seakan jala dan ia enak dimakan begitu saja! Nak sedap lagi perlu ada kuahnya. Anda boleh pilih daripada kuah kari ayam atau kari daging ataupun nak sedap lagi kari kambing. Keenakannya ibarat berada di puncak alam semesta!

Bahan – bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sdb tepung ubi (supya jalanya tidak mudah putus)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 sdb garam
  • Pewarna kuning
  • Air

Cara Penyediaan

  • Satukan tepung gandum, tepung ubi, telur, susu cair, minyak masak, garam, pewarna dan juga air ke pengisar dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan senduk ke dalam acuan terlebih dahulu. Sekiranya acuan keluar tak terputus maknanya anda boleh pergi ke langkah seterusnya. Jika tidak tambah sikit lagi air ke dalam acuan.
  • Selepas itu, anda boleh isikan acuan ke dalam sos dispenser untuk memudahkan langkah seterusnya.
  • Tuangkan ke atas kuali dan tunggu beberapa saat. Angkat dan gulung.
  • Ulangi langkah tiga dan empat untuk roti jala seterusnya.
  • Akhir sekali, hidangkan dengan kuah kari ayam atau daging atau kambing.
resepi roti jala

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Nasi Tomato, Nasi Ulam Kelantan