Resepi Puteri Mandi Terengganu

Kuih Puteri Mandi atau kepek hidung merupakan sejenis kuih manisan tradisional negeri Terengganu. Ia kelihatan sama seperti onde – onde, tetapi berbeza dari segi penyediaannya. Anda boleh menikmatinya dengan kuah gula yang berair dan rasa kuih ini sering kali dikatakan agak manis dan dijadikan hidangan pada waktu petang.

Terdapat dua versi kuih ini iaitu salah satunya berwarna warnii dan digaul bersama kelapa parut muda. Manakala versi lain pula menggunakan kelapa parut tua yang dicampur dengan gula Melaka. Kuih ini biasa didapati menjelang bulan Ramadhan dan dijadikan hidangan sampingan semasa berbuka puasa.

Bagi mengelakkan kuih puteri mandi ini menjadi kurang kenyal, ia tidak boleh direbus terlalu lama. Untuk yang tidak suka terlalu kenyal pula, tambah sedikit air jika doh terlalu keras.

Bahan – bahan

Bahan Utama

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Pewarna Hijau/Merah/Kuning*
  • Air Pandan, dikisar daripada 5 – 6 helai daun pandan

Bahan Inti Puteri Mandi

  • 1/2 biji kelapa putih
  • 1 cawan gula merah / gula melaka / gula perang
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara Penyediaan

  1. Pertama sekali, sediakan inti puteri mandi terlebih dahulu.
  2. Masukkan air bersama gula merah dan daun pandan di dalam kuali. Tunggu sehingga gula merah cair. Kemudian, barulah masukkan kelapa parut. Masak menggunakan api kecil dan sehingga sedikit kering serta sebati.
  3. Rasa dahulu dan tambah gula jika perlu. Tutup api dan ketepikan
  4. Seterusnya, menyediaakan kuih puteri mandi.
  5. Masukkan bahan – bahan utama tadi iaitu tepung pulut, tepung gandum, garam, dan juga pewarna. (Anda boleh sahaja menggunakan satu warna.)
  6. Tambahkan sedikit demi sedikit air pandannya sehingga membentuk doh dan tidak melekat ditangan.
  7. Ambil doh tadi dengan saiz yang kecil dan gentelkan menjadi bulat serta lekukkan pada bahagian tengah.
  8. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkannya untuk merebus doh.
  9. Apabila air mendidih, masukkan adunan kuih puteri mandi yang telah siap ke dalam air rebusan. Ia masak apabila doh terapung. Angkat dan toskan.
  10. Gaul sebati doh yang siap dengan inti kelapa. Siap untuk dihidangkan.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Ayam Mentega Telur Masin, Resepi Daging Masak Phat Phet