Recipe Traditional

Resepi Nasi Ulam Kelantan

Nasi Ulam Gabungan Melayu Thailand dan Indonesia

Sebut sahaja nasi ulam, pastinya masyarakat tempatan mengenalinya. Hidangan turun – temurun ini terdiri dari nasi putih yang dicampur bersama ulam – ulaman. Ia terdiri dari daun kaduk, pucuk gajus, hirisan bawang dan banyak lagi. Nasi ulam ini terdiri dari nasi putih yang dicampur bersama ulam – ulaman. Ia terdiri dari daun kaduk, pucuk gajus, hirisan bawang dan banyak lagi.

Bahan – bahan

Bahan Tumbuk Halus

  • 4 ulas bawang merah
  • 4 hiris halia
  • 2 hiris temulawak
  • 2 hiris kunyit
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang serai, hanya bahagian putih dihiris halus
  • 1 ekor ikan kembung / kerisi yang dibakar
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Budu

Bahan Ulam Hiris Halus

  • 10 helai daun serai kayu
  • 1 batang serai, hanya bahagian putih
  • 1/2 batang timun
  • 1 tangkai kacang panjang
  • 1 kelopak kobis
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 tangkai daun pudina
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 4 – 5 tangkai cili api, pilihan

Cara Penyediaan

  • Tumbuk kasak isi ikan dan ketepikannya ke dalam mangkuk
  • Tumbuk kelapa parut hingga halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
  • Satukan bersama isi ikan
  • Tumbuk pula serai hingga lumat. Masukkan garam dan gula diikuti lada hitam, halia, kunyit, temulawak dan bawang merah, tumbuk hingga halus.
  • Gaul bersama isi ikan, budu dan kerisek kelapa.
  • Perasakan secukupnya dan ketepikan untuk sementara waktu.
  • Seterusnya, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan diikuti bahan tumbuk tadi. Gaul sehingga sebati dan ditambah pula dengan hirisan ulam – ulaman.
  • Akhir sekali, hidangkan bersama sambal belacan, perahan limau kasturi, ikan goreng celup tepung, telur masin, daging atau ayam bakar atau udang goreng atau ayam goreng.
resepi nasi ulam kelantan

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Masak Lemak Cili Api, Resepi Soto Ayam