Recipe Traditional

Resepi Nasi Tomato

Ayam Masak Merah dan Nasi Oren Yang Lazat

Nasi Tomato adalah nasi berwarna keperangan dipasangkan bersama ayam masak merah. Hidangan ini menjadi menu kegemaran rakyat tempatan kerana ia jarang disediakan direstoran. Yang paling menariknya, anda pasti akan menikmati satu bungkus nasi tomato ini sekali sebulan.

Terdapat pelbagai variasi nasi tomato yang disediakan oleh para penjual daripada warna nasi yang terang hingga ke pudar tapi masih lagi dapat memberi rasa yang menakjubkan. Warna nasi adalah kerana kuantiti pes tomato yang digunakan pada nasi tersebut. Seterusnya, dihidang pula bersama ayam atau daging masak merah serta salad sampingan seperti kerabu, timun, nenas bersama kuah kacang.

Bahan – bahan

Bahan Nasi

  • 4 cawan beras Basmathi
  • 3 cm halia, dipotong halus
  • bawang merah, dipotong halus
  • bawang putih, dipotong halus
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi

Bahan Ayam Masak Merah

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak sapi, seterusnya masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis.
  • Goreng sehingga kekuningan dan naik bau. (Berbau lazat)
  • Masukkan beras, kacau seketika selama 1 – 2 minit.
  • Masukkan air dan masak sehingga mendidih
  • Masukkan tomato sup, susu cair, dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering, perlahankan api, tutup tudung periuk serta tunggu sampai masak sepenuhnya.
resepi nasi tomato

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Masak Lemak Cili Api, Nasi Ulam Kelantan