Resepi Nasi Lemak Malaysia

Nasi Lemak Original Malaysia

Pada 31 Mac 2021 ini, resepi terakhir pada bulan ini semestinya resepi paling terulung dan ternama di Negara Malaysia. Bukan sahaja rakyat jelata sahaja yang minat bahkan orang luar pun minat dengannya. Inilah yang dinamakan nasi lemak.

Nasi lemak boleh dipasangkan dengan pelbagai lauk pauk. Daripada ikan bilis goreng, ayam goreng, ikan haruan, daging goreng kepada kerang rebus pun ada. Rata – rata dijual dengan harga yang berpatutan. Semakin banyak lauk ditambah, semakin banyak duit anda dihabiskan.

Negara jiran juga ada yang cuba menggayakan nasi lemak tersendiri tetapi yang asli pastinya menggamit selera orang ramai. Bahan yang perlu ada pada nasi lemak adalah timun, kacang goreng, telur dan paling penting adalah sambalnya. Jika tiada sambal, maka itu bukan nasi lemak.

Bahan – bahan

Bahan Nasi Lemak

  • 3 cawan beras
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah – hiris
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air – boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
  • 1 helai daun pandanĀ 
  • secubit garam
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 helai daun pandan

Bahan Sambal

  • 6 sudu besar chili giling
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 biji bawang tumbuk – hiris
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 biji bawang besar – ditumbuk
  • sedikit air asam jawa
  • segenggam ikan bilis ( sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
  • sedikit gula, garam, dan perasa

Cara Penyediaan

  • Pertama sekali, anda perlu basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan airnya.
  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.
  • Masukkan air dan santan ke dalam periuk kemudian masak sehingga mendidih.
  • tambah garam dan kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan beras yang sudah ditoskan tadi ke dalam periuk nasi.
  • Kemudian tuangkan santan dan masak seperti biasa.
  • Tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.
  • Apabila ia sudah mendidih, masukkan ikan bilik yang sudah digoreng tadi.
  • Jika rasanya belum mencapai kelazatan yang anda inginkan, tambah garam dan gula sehingga cukup rasanya.
  • Akhir sekali, tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.
resepi nasi lemak

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Nasi Tomato, Resepi Roti Jala