Recipe Traditional

Resepi Mee Bandung Muar

Mee bandung adalah makanan yang digemari ramai terutama sekali orang Muar, Johor. Hidangan ini merupakan makanan warisan turun temurun yang digemari ramai terutama di Muar, Johor. Anda mesti terkejut dengan keenakan mee bandung asli yang sememangnya tiada tandingan.

Tambahan pula, anda perlu tahu yang hidangan ini bukannya berasal dari Bandung, Indonesia. Hal ini kerana perkataan ‘bandung’ membawa maksud ‘berganda’ atau ‘berkembar’ atau ‘berpasangan’ di mana mee ini dicampurkan dengan bahan – bahan hidangan yang lain.

Hidangan mee bandung ini merupakan gandingan mee dan telur sahaja. Daripada gabungan ini terciptalah namanya yang kini menjadi popular di seluruh Malaysia. Ia turut dilengkapi dengan bahan – bahan lain seperti cili, udang kering, rempah ratus asli dan sebagainya.

resepi mee bandung muar

Bahan – bahan

Bahan Utama

  • 1 bungkus mee kuning
  • 4 – 6 ekor udang basah
  • 1 – 2 ekor sotong – potong bulat
  • 50 gram udang kering
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng yang ditumbuk
  • Hirisan daging
  • Air rebusan daging yang diletakkan kiub ayam
  • 4 biji telur
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Mee kuning
  • Sawi

Bahan Kisar

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan

  • 3 keping tauhu goreng – hiris nipis
  • Bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi/limau nipis

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. 
  • Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. (Jangan kacau supaya telur tidak pecah!)
  • Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
  • Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Ayam Mentega Telur Masin, Resepi Kuih Puteri Mandi