Resepi Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita Ramadhan

Kuih tepung pelita adalah antara kuih muih tradisional yang kerap kali dijumpai di bazaar Ramadhan. Ada juga yang dijual pada hari biasa tapi susah untuk dijumpai ditepi jalan. Kuih ini adalah rata – rata paling mudah dan paling sedap untuk dimakan. Sekarang anda tak perlu lagi bersusah payah pergi ke bazaar kerana anda juga boleh mencubanya di dapur anda sendiri.

Kuih tepung pelita ini disarankan letak dalam daun pandan yang dipotong 4 kerat sehingga membentuk jadi bekas acuan. Jika tiada, anda boleh guna bekas plastik yang kecil.

Bahan – bahan Kuih

Bahan Lapisan Hijau

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur makan
  • 4 cawan air daun pandan
  • Pewarna Hijau!

Bahan Lapisan Santan

  • 2 1/2 cawan santan segar
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

  • Pertama sekali, sediakan lapisan hijau yang manis dan enak. Kisarkan 4 atau 5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya.
  • Satukan tepung beras, dan air kapur bersama air daun pandan untuk menjadi lapisan hijau ke dalam periuk.
  • Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Masak di dalam periuk sehingga sedikit pekat.
  • Masukkan daun pisang ke dalam bekas plastik. Isikan 1 – 2 sudu besar gula di atas daun pisang. Kemudian dituangkan lapisan hijau.
  • Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas diatasnya. Jika suka, boleh juga ditabur gula di atas lapisan hijau sebelum dituang lapisan santan.
  • Satukan santan segar, tepung beras dan juga garam dan masak atas kuali sambil dikacau sehingga kelihatan sedikit pekat.
  • Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam masa 10 minit sahaja.
  • Setelah hampir masak, angkat penutup pengukus dan biarkan beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan kuih tepung pelita.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Apam Balik Original, Resepi Asam Pedas Johor