Resepi Kek Sprinkle Pelangi Cepat Dan Mudah

Pengenalan

Tiada kek yang boleh membuat anda ingat kembali kenangan zaman budak – budak dahulu seperti kek sprinkle. Kek sprinkle yang mempunyai pelbagai warna di atasnya dan kelazatan isi yang tak terhingga. JIka diberi peluang lagi, anda mungkin mahu mencubanya sekali lagi. Nasib anda amat baik kerana versi kek buatan sendiri ini lebih lembut, lembap, dan dipenuhi dengan sprinkle warna – warni. Ini adalah kek lapisan tunggal, jadi sangat sesuai untuk hidangan keluarga atau sambutan yang kecil. Topping kek dengan krim mentega vanila untuk sambutan harijadi!

Rasa yang berkrim, lembut dan halus, krim mentega vanila ini sangat sesuai untuk kek hari jadi, kek cawan, kek cawan coklat, biskut dan banyak lagi. Petuanya adalah pastikan anda gunakan heavy cream atau susu pada suhu bilik. Jika anda gunakan yang sejuk, ia boleh menyebabkan krim mentega pecah dan hancur dengan sekelip mata. Sebab itu, anda perlukan mentega suhu bilik, jadi tentukan cecair yang diukur semasa anda mengeluarkan mentega. Untuk resepi kek muffin pisang, klik disini.

kek sprinkle
Masa Penyediaan: 20 minitMasa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 8 kepingJumlah Memasak: 3 jam sahaja

Bahan – bahan Utama

  • 1 dan 1/2 cawan (180 gram) tepung kek yang diratakan
  • 6 sudu besar (85 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/3 cawan (80 gram) sourcream pada suhu bilik
  • 2 putih telur besar pada suhu bilik
  • 1/4 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan (150 gram) gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila tulen
  • 1/3 cawan (80ml) susu keseluruhan, pada suhu bilik
  • 1/2 cawan (70 gram) sprinkle (perlu warna – warni!)

Bahan – bahan Vanilla Buttercream

  • 3/4 cawan (170 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 3 cawan (360 gram) gula
  • 3 sudu besar (45ml) heavy cream, setengah atau susu wholemilk pada suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Garam! secukup rasa

Cara Penyediaan

  • Panaskan oven hingga 180°C. Griskan loyang kek bulat 9 × 2 inci, lapikkan dengan kertas parchment (kerat bentuk bulat), kemudian gris kertas kertas.
  • Kertas parchment mengelakkan kek daripada melekat kepada kuali. Untuk pastikan tidak melekat lagi, semburkan spray antilekat sebagai gris.
  • Untuk membuat bahagian kek, anda perlu gaul tepung kek, serbuk penaik, baking soda, dan garam bersama.
  • Dengan menggunakan senduk atau mesin pengadun, gaulkan mentega dengan kelajuan tinggi sehingga sebati dan berkrim dalam masa 1 minit sahaja. Seterusnya, masukkan gula dan gaul dengan kelajuan tinggi sehingga sebati lebih kurang 1 minit.
  • Langkah seterunya, gaul telur putih hingga sebati, kemudian tambah sourcream dan esen vanila. Gosokkan sisi dan bahagian bawah mangkuk (Jangan tinggalkan sisa.) Tuangkan bahan kering ke dalam bahan basah. Setkan mesin pengadun kepada kelajuan rendah dan tuangkan susu secara perlahan – lahan. Gaul dengan kelajuan rendah sehingga semua bahan digabungkan. Jangan overmix!
  • Tuangkan adunan secara rata ke dalam loyang kek yang telah disediakan.
  • Bakar selama 30 minit. Selepas 15 minit, tutupkan kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan bahagian atas dan sisinya menjadi terlalu coklat atau terbakar.
  • Untuk menguji kek anda masak atau tidak, masukkan pencungkil gigi di tengah – tengah kek. Sekiranya keluar dengan bersih maka kek anda sudah selesai.
  • Biarkan kek sejuk sepenuhnya di dalam loyang yang dipasang di rak dawai. Kek mesti sejuk sepenuhnya sebelum dibekukan.
  • Seterunya adalah penyediaan buttercream. Gaul mentega dengan kelajuan sederhana sehingga berkrim kira-kira 1 minit. Masukkan gula, heavy cream, dan esen vanila. Gaul pada kelajuan rendah selama 30 saat, kemudian naik ke kelajuan sederhana tinggi dan pukul selama 2 minit penuh.
  • Tambahkan gula sehingga 1/4 cawan (30 gram) lebih banyak jika frosting anda terlalu nipis atau gunakan heavy cream krim berat jika frosting anda terlalu tebal. Masukkan secubit garam jika frosting terlalu manis.
  • Sapukan frosting ke seluruh bahagian atas secara rata. Gunakan spatula aising untuk hasil yang ohsem. Letakkan topping anda dengan sprinkle, jika mahu.
  • Akhir sekali, hidangkan kek ini kepada ahli keluarga anda atau kepada tetamu anda. Jika ada lagi sisa, jangan dibuang ye. Tutup kek yang tak habis dengan ketat dan simpan dalam tupperware pada suhu bilik sehingga 1 hari ataupun di dalam petisejuk sehingga 5 hari.

Untuk melihat pelbagai fakta haiwan dan makanan, anda boleh tekan disini.