kek lemon title

Resepi Kek Lemon

Pengenalan

Selain rasa buah lemon dan tekstur berwarna kuning lembut, kek ini digemari kerana ia amat mudah untuk dibuat. Bahan – bahan untuk membuatnya adalah sangat simple. Seperti mentega berkrim, gula, telur, buttermilk, tepung dan yang paling penting adalah BUAH LEMON! Kalau buahnya tertinggal macam mana nak buat kek rasa lemon kan kan.

Untuk mendapat rasa kek yang hebat dan pekat dengan kemanisan, anda boleh gunakan buttermilk tambahan. Akan tetapi anda boleh menggunakan wholemilk atau susu rendah lemak sebagai pengganti. Anda boleh gunakan samada gula perang atau gula pasir (untuk resepi ini, kita akan guna gula pasir.) Bahan terpenting jangan dilupakan, anda memerlukan 2 – 3 buah lemon. anda perlukan jus dan kulit buah sekali.

Secara tidak langsung, untuk mendapat kek yang sedap, gunakan tepung serbaguna yang telah diayak. Ayak tepung untuk mengeringkannya, dan ia akan membuat kek yang lebih lembut. Tepung kek yang biasa terlalu ringan untuk kek lemon ini, ia mudah rapuh. Jadi gunakan tepung serba guna dan ayakkan untuk mendapat hasil yang lebih baik. Ayak tepung dalam mangkuk besar, kemudian ukur 3 cawan dan ratakan. Setiap kali perkataan “diayak” muncul sebelum bahan, itu bermakna anda perlu ayak sebelum ukur. Anda juga boleh letakkan topping atau frosting bagi mencantikkan kek lemon ini. bagi frosting anda boleh guna samada keju berkrim atau krim mentega lemon ataupun kedua – duanya sekali! Hasilnya mungkin luar daripada imaginasi anda.

Masa penyediaan: 30 minitMasa masakan: 25 minit
Jumlah hidangan: 1 kekJumlah masa: 4 jam

Bahan – bahan

  • 3 cawan (345 gram) diayak tepung serba guna dan diratakan
  • 1 cawan (230 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1 dan 3/4 cawan (350 gram) gula pasir
  • 1 timbunan sudu besar kulit lemon yang dikisar, 2 buah lemon sahaja
  • 1/3 cawan (80ml) jus lemon segar, 2 buah lemon sahaja
  • 2 dan 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 biji telur besar, pada suhu bilik
  • 2 sudu teh ekstrak vanila tulen
  • 1 cawan (240ml) susu dadih, pada suhu bilik

Cara Penyediaan

  • Panaskan oven sehingga 180 °C. Griskan loyang kek anda dengan semburan anti – lekat. Selepas itu alas loyang tadi dengan kertas parchment, kemudian gris kertas parchment itu dengan semburan anti – lekat. (Kertas parchment dapat melicinkan kek keluar dengan lancar daripada loyang.)
  • Untuk membuat kek ini, anda perlu gaul tepung, serbuk penaik, baking soda, dan garam bersama sehingga sebati. Selepas sebati ketepikan bahan kering sementara anda buat bahan basah.
  • Seterusnya untuk bahan basah pula, gunakan hand mixer atau stand mixer (guna kelajuan tinggi) untuk gaul mentega dan gula bersama sehingga rata dan berkrim selama 3 minit. (Gosokkan sisi dan bahagian bawah mangkuk, jangan tinggal sisa satupun.) Masukkan dan gaul telur dan esen vanila sehingga digabungkan selama 2 minit.
  • Untuk stand mixer gunakan kelajuan rendah untuk bahagian ini. Campurkan bahan kering dengan bahan basah dan gaul perlahan – lahan sehingga sebati. Tambahkan susu mentega, kulit lemon, dan jus lemon sementara adunan tengah digaul. Gaul sehingga sebati. (Anda mungkin perlu menggunakan tangan anda untuk memastikan tidak ada gumpalan di bahagian bawah mangkuk.) Adunan akan menjadi sedikit tebal.
  • Tuangkan adunan secara rata ke dalam loyang kek. Bakar sekitar 25 – 30 minit atau sehingga kek dibakar. Untuk uji masak atau tidak, masukkan pencungkil gigi atau gunakan garfu di tengah kek. Sekiranya ia bersih, kek anda sudah selesai.
  • Biarkan kek lemon anda sejuk selama 5 minit di dalam loyang dan selepas itu pindahkannya ke rak dawai untuk sejuk sepenuhnya.
  • Akhir sekali, anda boleh hidangkan kek anda sekarang atau masukkan kek anda ke dalam peti sejuk untuk masa yang lain. (Untuk dapatkan potongan yang cantik, masukkan terlebih dahulu ke dalam peti sejuk selama 30 – 45 minit sebelum potong kek. Dengan ini kek masih keras dan tak rapuh apabila dipotong.)

Anda juga boleh mengikuti resepi – resepi lain seperti resepi biskut mentega kacang yang baru ini. Untuk melihat pelbagai fakta makanan, anda boleh tekan disini.