Cake

Resepi Kek Batik Biskut Marie Original

Kek Batik

adalah kek yang amat mudah untuk dibuat. Resepi kek ini hanya memerlukan biskut marie yang hancur dan dicampurkan dengan sirap coklat yang sedap. Jika anda nak tahu, kek ini hanya mengambil beberapa minit sahaja dalam sehari. Kek batik ini sudah pun mempunyai pelbagai variasi dari tahun ke tahun. Untuk mendapatkan resepi pelbagai variasi kek batik ini, anda boleh tekan disini.

Resepi Original

Resepi kek batik
Penyediaan : 15 minitMasak : 10 minit
Jumlah hidangan : 10 x 10Jumlah Masa : 25 minit

Bahan – bahan

  • 200 gram Serbuk Milo
  • 250 gram Mentega ( Masin! )
  • 3 sudu teh Serbuk Koko Unsweetened
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 paket besar Biskut Marie

Cara Penyediaan

  • Lapik loyang dengan kertas patchment untuk mudahkan keluar kek setelah masak.
  • Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana
  • Campurkan susu dan serbuk milo ke dalam periuk (Gaulkan dengan senduk).
  • Masukkan serbuk koko dan gaul sehingga sebati. ( Pastikan bahan dalam periuk cair! )
  • Patahkan biskut marie kepada 4, masuk dalam periuk dan sambung gaulannya.
  • Akhir sekali tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan sehingga mampat.
  • Simpan dalam peti sejuk selama 4 atau 5 jam sebelum boleh menikmatinya.

Untuk melihat resepi biskut coklat cip yang lembut dan kenyal klik disini.

Comments are closed.