Recipe Traditional

Resepi Kari Ikan Sembilang

Resepi Kari Ikan Sembilang Utara Maiii

Setiap orang ada cara memasak yang tersendiri mengikut kreativiti masing-masing. Bila di sebut sahaja masakan kari, pasti rasanya semua orang tahu bagaimana cara untuk memasaknya tanpa melihat sebarang buku atau nota. Jika ada juga yang masih tidak tahu caranya, di setiap belakang bungkusan serbuk kari dengan apa jua jenamanya yang ada di pasaran, pasti akan ada terselit cetakan resepi kari dan di sertakan cara-cara memasaknya langkah demi langkah. Justeru, itu menjadikan kerja memasak lebih mudah bagi semua orang. Akan tetapi, rasa pedas tapi enak yang di hasilkan oleh setiap individu itu adalah sedikit berbeza dari segi rasanya walaupun proses memasaknya adalah sama sahaja mengikut resepi turun temurun. Kali ini di bawakan resepi ringkas Kari Ikan Sembilang Ala Utara yang padu untuk anda! Tujuan resepi ini di kongsikan dan di sediakan kepada anda adalah untuk memastikan setiap hidangan dan masakan kari anda pasti berjaya dan semestinya hasilnya pasti sedap! Selamat mencuba!

Bahan – bahan

Bahan A

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit minyak masak

Bahan B

  • 5 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit air masak

Bahan C

  • 2 biji buah tomato
  • 4 batang kacang bendi
  • 2 ekor ikan sembilang segar
  • Air masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk biasa atau periuk tanah bersaiz sederhana besar. Seterusnya, tumiskanke semua Bahan A iaitu bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Pastikan di tumis sehingga naik bau wangi dan bawang-bawang tadi yang telah di mayang halus sebelum di tumis itu berubah warnanya menjadi keperang-perangan.
  2. Kemudian, masukkan dahulu Bahan B iaitu serbuk kari ikan yang telah di bancuh dengan sedikit air masak terlebih dahulu sebelum di campurkan di dalam tumisan tadi. Biarkan ia di tumis sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau-kacau selalu agar tidaklah hangit di bahagian bawah.
  3. Langkah seterusnya, masukkan pula air asam jawab dan santan pekat ke dalam periuk tersebut. Biarkannya mendidih seketika cuma.
  4. Setelah itu, bolehlah masukkan Bahan C pula iaitu kacang bendi dan ikan sembilang segar bersaiz sederhana besar yang telah di bersihkan dan di potong terlebih dahulu. Tambahkan sedikit demi sedikit air masak secukupnya mengikut kepekatan yang di kehendaki masing-masing. Selepas itu, kecilkan api dan biarkan kari mendidih agak lama sehingga pecah minyak dan kacang bendi menjadi lembut serta isi ikan sembilang masak sepenuhnya.
  5. Langkah terakhir, masukkan pula buah tomato yang telah di potong dan perasakannya dengan garam dan gula secukup rasa. Lalu biarkan di reneh sehingga pecah minyak lagi sekali. Setelah selesai semuanya, matikan api dapur dan siap di hidangkan bersama nasi panas.
kari ikan sembilang

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain: Resepi Stew Daging, Resepi Gulai Batang Pisang