Resepi Ikan Salmon Serbuk Rangup

Resepi Ikan Salmon Rangup Krup Krap

Buat yang ketandusan idea untuk memasak hidangan yang sihat dan sesuai untuk diet anda, apa salahnya kalau sesekali cubalah untuk masak makanan barat pula seperti Ikan Salmon Serbuk Ranggup! Ikan salmon merupakan ikan yang mempunyai pelbagai nutrien bagi kesihatan tubuh badan manusia, baik pada bayi dan juga ibu mengandung. Salah satu kandungan yang ada dalam ikan salmon ini ada lemak omega-3 yang merupakan protein berkualiti tinggi penting dalam kehidupan seharian kita. Sebab itu harganya agak mahal diluar sana, tetapi percayalah bahawa anda akan sangat jimat jika dimasak sendiri di rumah anda dan sedia untuk di nikmati seisi keluarga. Ikan salmon juga adalah ikan yang sangat berkhasiat yang boleh dimasak dalam pelbagai cara tidak seperti jenis-jenis ikan yang lainnya. Tetapi istimewanya, kali ini dibawakan Resepi Ikan Salmon yang sangat ranggup di atas dan isinya lembut berjus di dalamnya untuk anda cuba. Gerenti sedap!

Bahan – bahan

Bahan Kentang

  • 100 gram kentang
  • 50 gram labu
  • 20 gram hirisan bawang besar
  • 50 gram krim putar
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Bahan Serbuk Rangup

  • 20 gram serbuk roti
  • 10 gram mentega
  • 20 gram campuran kacang
  • Secubit serbuk kepingan cili

Bahan Lain

  • 250 gram ikan salmon
  • Sedikit mentega
  • Sedikit bawang putih
  • 50 gram bunga kubis
  • 50 gram brokoli
  • 20 gram buah tomato ceri
  • 20 gram lada benggala
  • 30 gram campuran salad
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Cuci dahulu ikan salmon yang telah di potong secara memanjang itu dengan air yang bersih dan keringkan dengan kain atau tisu kertas. Selepas itu, gaulkan ikan salmon itu dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga rata.
  2. Perap sehingga setengah jam sahaja, lalu panggang ikan salmon tadi dengan sedikit minyak zaitun sehingga masak rata.
  3. Untuk membuat serbuk rangup, campurkan semua bahan iaitu, serbuk roti, mentega, campuran kacang dan serbuk kepingan cili. Pastikan ke semua bahan digaul dengan rata dan di simpan di tempat sejuk.
  4. Kemudian, untuk membuat kentang berlapis, ketiga-tiga bahan iaitu kentang, labu dan bawang haruslah dipotong secara nipis. Selepas itu, sapukan sedikit mentega ke dalam bekas membuat kek yang bulat. Susun kentang, labu dan bawang bergilir-gilir sehingga bahan-bahan tersebut habis digunakan ke semuanya.
  5. Langkah seterusnya, campurkan krim putar, telur dan garam secukup rasa. Lalu tuangkan campuran tadi ke atas lapisan kentang, labu dan bawang tadi.
  6. Panaskan ketuhar sehingga suhu 160 darjah Celsius dan masukkan bekas membuat kek yang telah di isi dengan bahan-bahan tadi ke dalam ketuhar. Bakar selama 25 minit sahaja. Setelah selesai, sejukkannya dan potong mengikut cita rasa dan kreativiti sendiri.
  7. Langkah terakhir, untuk menghiaskannya, panaskan kuali dan letakkan sedikit sahaja mentega dan sedikit bawang putih yang telah ditumbuk kasar untuk tujuan menumis sayur-sayuran seperti bunga kubis, brokoli, buah tomato ceri dan lada benggala. Perasakan ia dengan garam secukup rasa dan ketepikan dahulu.
  8. Letakkan campuran serbuk rangup di atas ikan salmon yang telah di panggang tadi. Kemudian, bakar sekejap di dalam ketuhar hanya sehingga serbuk rangup tadi bertukar warna menjadi kekuning-kuningan.
  9. Akhir sekali, susunkan ke semuanya iaitu sayuran, ikan salmon dan kentang tadi di atas pinggan yang sama. Hiaskan dengan campuran salad yang segar dan sedia untuk dimakan.

Tekan disini untuk melihat kepelbagaian resepi yang telah dikongsi.

Artikel lain: Resepi Kurma Ayam, Resepi Ayam Ros Merah, Resepi Daging Masak Hitam, Resepi Laksam Putih, Resepi Kek Lemon