Resepi Ikan Patin Tempoyak Pahang

Hidangan Tradisi Pahang

Menu ikan patin tempoyak merupakan hidangan tradisi Pahang yang sememangnya sukar dilupakan. Kenapa susah sangat? KERANA keenakannya boleh membuat anda tidak terkata oleh kerana kemanisan ikan patin yang diperap bersama tempoyak dapat dirasai di hujung bibir anda. Anda boleh tambahkan lagi kelazatannya dengan dimakan bersama nasi putih atau anda boleh sahaja makan ikan itu begitu sahaja.

Secara lebih terperinci, pais ikan patin tempoyak ini mempunyai bau aroma yang begitu mengiurkan. Hal ini kerana selain daripada penggunaan tempoyak sebagai bahan utama, ia turut menggunakan daun kunyit dan daun pisang. Kedua – dua daun ini sememangnya dapat menguatkan lagi aroma ikan patin tersebut.

Bahan – bahan lain seperti bawang besar, halia, serai dan asam jawa akan memberikan gabungan rasa manis, pedas, masam dan manis. Empat gabungan ini pastinya membangkitkan selera makan anda. Hidangan yang dibakar ini juga dapat menjamin kesihatan yang lebih baik kerana tidak menggunakan kaedah menggoreng untuk menghasilkannya. Anda boleh nikmatinya pada waktu tengah hari ataupun malam.

resepi ikan patin tempoyak

Bahan – bahan

  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air
  • 1 biji cili merah
  • Segenggam cili padi merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  • Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  
resepi ikan patin tempoyak

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Mee Bandung Muar, Resepi Kuih Puteri Mandi