Resepi Gulai Batang Pisang

Resepi Gulai Dari Kampung

Siapa sangka yang Gulai Batang Pisang ini adalah hidangan utama yang popular di Baling Kedah. Hidangan ini terutamanya amat terkenal dikalangan masyarakat kawasan perkampungan. Bahan yang digunakan untuk membentuk suatu bau yang mampu memikat selera orang ramai adalah umbut pisang atau rias pisang yang merupakan bahagian tengah batang pisang yang lembut serta berwarna putih.

Tambahan pula, resepi ini kebiasaannya dibuat sebagai hidangan majlis kenduri – kendara. Manakala ia dimasak bersama daging lembu bertulang ataupun untuk lebih sedap lagi daging kambing. Akan tetapi itu dulu, sekarang anda boleh jumpai gulai ini di pasar ramadhan sebagai menu berbuka puasa yang begitu istimewa dan juga di sesetengah gerai makan kampung yang sering mendapat permintaan orang ramai lebih – lebih lagi orang setempat.

gulai batang pisang

Bahan – bahan

Bahan Gulai

  • Daging lembu / Daging Kambing
  • Rias pisang, bahagian dalam batang pisang yang lembut
  • Santan
  • 1 Paket Serbuk Kari Daging (bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Tumis

  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Merah
  • 1 Inci Halia
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • 2 Pelepah Daun Kari

Cara Penyediaan

  • Ambil 1 Rias pisang (bahagian dalam batang pisang yang lembut.) dengan memotong batang pisang secara serong dan bersihkan tali – tali getah yang ada.
  • Lumurkan batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit.
  • Seterusnya, sediakan bahan – bahan tumis iaitu bawang merah, bawang putih dan halia seperti yang dinyatakan diatas sementara kawah atau periuk dipanaskan.
  • Tumiskan bahan – bahan tumis seperti bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga menjadi warna keperangan.
  • Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air ke dalam kawah / periuk tadi. Biarkan bahan tersebut masak dan mendidih sehingga pecah minyak lalu masukkan sedikit garam ke dalamnya atau secukup rasa.
  • Selepas ramuan disiapkan, anda bolehlah masukkan daging yang dipotong kecil – kecilan ke dalam kawah / periuk. Jika ada bahagian tulang atau isi perut, anda disarankan masuk kedua – dua bahagian terlebih dahulu. (Masakkan sehingga daging menjadi lembut.)
  • Sesudahnya anda pastikan daging tersebut empuk, barulah anda masukkan batang pisang tadi.
  • Akhir sekali, masukkan santan setelah ramuan tadi dah sebati dan biarkan ia mendidih dan masak.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain: Resepi Tumis Asparagus, Resepi Tumis Kacang Panjang Telur Masin, Resepi Tenggiri Panggang Keledek, Resepi Kari Udang Belimbing Buluh