Donat title

Resepi Donut Coklat Frosted

Mengapa Anda Menyukai Donut Bakar Ini:

Donut coklat frosted buatan sendiri dibakar, ( bukan digoreng ye ) dan dihiasi dengan lapisan coklat tebal. Resipi mudah untuk donut yang lembut dan padat ini akan menjadi makanan sarapan kegemaran anda setiap hari. Tutup sepenuhnya dengan topping kegemaran anda dan anda akan makan lebih daripada satu! Anda juga boleh turuti resepi lain dengan tekan disini.

Antara sebab yang anda perlu membuat resepi ini adalah kerana:

  • Mesra kanak-kanak
  • Tidak perlu pengadun elektrik
  • Bakar sahaja
  • Rasa seperti donat dari kedai roti kegemaran anda
  • Lembut, padat, dan sedap
  • Manis!
  • Ada coklat frosting di atasnya!
  • Anda boleh letak topping ( mana – mana yang anda suka! )
Masa Penyediaan:Masa Memasak:
Jumlah Hidangan:Jumlah Masa:

Bahan – bahan

Donut

  • 1 cawan (125 gram) tepung serbaguna yang diratakan
  • 1/4 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh nutmeg
  • 2 sudu besar (30 gram) mentega tanpa garam cair suhu bilik
  • 1 biji telur besar
  • 1/3 cawan (65 gram) gula perang ringan yang dibungkus
  • 1/4 cawan (60ml) susu ( mana – mana jenis susu pon boleh )
  • 1/4 cawan (60 gram) yogurt ( mana – mana jenis yogurt pon boleh )
  • 1 dan 1/2 sudu teh esen vanila tulen

Coklat Glaze

  • 1/2 cawan (90 gram) cip coklat semi – sweet
  • 2 sudu besar (30 gram) mentega tanpa garam
  • 2 sudu teh sirap jagung ringan
  • 2 sudu teh air
  • sprinkles (warna – warni)

Cara Penyediaan

  • Panaskan oven dahulu sehingga 180°C. Semburkan loyang donat dengan spray anti – lekat.
  • Pertama sekali anda perlu buat adalah donat. Gaul tepung, serbuk penaik, baking soda, dan pala bersama dalam mangkuk sederhana.
  • Seterusnya, gaul telur, gula merah, susu, dan yogurt sehingga sebati. Masukkan mentega yang cair dan esen vanila ke dalam bahan basah tersebut dan gaul sekali lagi sehingga sebati. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sehingga sebati. (Jangan terlalu banyak percampuran. Adunan akan sangat pekat!)
  • Masukkan adunan ke dalam bekas donut. Anda boleh menggunakan beg zip besar untuk memudahkan kerja. Potong di sudut dari bahagian bawah beg dan masukkan adunan ke dalam setiap cawan donut. Isikan sebanyak 2/3 hingga 3/4 daripada penuh.
  • Kemudian, bakar selama 9 – 10 minit atau sehingga tepinya berwarna kecoklatan. Keluarkan hasil anda daripada oven dan bakar adunan yang lain. Biarkan donut yang dah siap sejuk dahulu sebelum letak glaze coklat.
  • Setelah donut dah siap bakar, anda boleh teruskan membuat glaze coklat. Sebagai permulaan, letakkan cip coklat, mentega, sirap jagung, dan air ke dalam mangkuk sederhana. Cairkan dalam masa 20 saat dalam mikrowave dan gaul setiap kali siap 20 saat tersebut. Proses ini dibuat sehingga ia cair sepenuhnya dan sebati. Masukkan bahagian atas donut ke dalam glaze coklat dan kemudian tutup dengan taburan. Saya hanya menuangkan taburan ke dalam mangkuk yang dalam dan mencelupkan bahagian atas donut ke dalamnya. Anda mungkin akan mempunyai sisa glaze lagi. Ambil glaze yang tinggal tadi dan jadikannya sebagai ais krim.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang sejarah donut, anda boleh tekan disini.