Recipe

Resepi Donat Sprinkle

Pengenalan

Jadikan pencuci mulut yang istimewa dengan beberapa donat sprinkle yang besar ini. Ia dicelupkan dua kali ke dalam glaze vanila, ditambah rasa manis dengan sprinkle, dan yang paling best adalah ia amat mudah untuk dibuat. Selain itu donat ini mudah untuk diubahsuaikan menjadi mufin jika anda tidak mempunyai kuali donat tetapi itu cerita lain untuk hari yang lain.

Kenapa makanan pencuci mulut ini senang? Ia kerana tidak memerlukan pengadun elektrik dan ia hanya dibakar bukan digoreng dalam minyak. Selain itu, bahan tambahan hanya sprinkle dan glaze vanila. Oleh kerana ia dibakar, tekstur donat ini amat lembut, padat dan semestinya sedap untuk dimakan (seakan – akan mufin daripada donat goreng yang dijual di kedai). Anda mesti seronok membuatnya kerana ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ia juga sesuai untuk dihidangkan pada hari jadi atau hari raya.

donat sprinkle
Masa Penyediaan: 20 minitMasa Memasak: 10 minits
Jumlah Hidangan: 8 keping Jumlah Masa: 30 – 40 minit

Bahan – bahan

Donat

  • 1 cawan (125 gram) tepung serbaguna diratakan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu teh nutmeg
  • 1/3 cawan (65 gram) gula pasir
  • 1/4 cawan (60ml) susu
  • 1/4 cawan (60 gram) Greek yogurt
  • 1 biji telur besar
  • 2 sudu besar (30 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1 dan 1/2 sudu teh esen vanila tulen
  • 1/3 cawan sprinkle pelangi

Glaze

  • 1/4 cawan (60ml) susu
  • 2 cawan (240 gram) gula
  • 1 sudu teh esen vanila tulen
  • sprinkle tambahan sebagai topping

Cara Penyediaan

  • Panaskan ketuhar hingga 177 °C. Semburkan loyang donat anda dengan semburan anti-lekat.
  • Pertama sekali anda perlu membuat adunan. Gaul tepung, serbuk penaik, baking soda, nutmeg, dan gula pasir bersama dalam mangkuk sederhana sehingga sebati.
  • Seterusnya sediakan bahan basah dalam mangkuk lain. Campurkan susu, yogurt, dan telur serta gaul sehingga sebati. Masukkan mentega dan vanila, gaul sekali lagi sehingga sebati.
  • Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul semua sehingga sebati. Jangan overmix! (Adunan akan menjadi sangat pekat.) Uli adunan dengan perlahan untuk memastikan ia tidak mengeluarkan warna.
  • Masukkan adunan anda ke dalam cawan donat (untuk memudahkan anda, gunakan beg zip besar atau plastic dan gunting lubang kecil. Gunting lubang kecil pada sudut dari bahagian bawah dan masukkan adunan ke dalam setiap cawan donat, isi 3/4 hingga penuh.
  • Bakar adunan anda ke dalam oven selama 9 – 10 minit atau sehingga tepinya berwarna kecoklatan. Biarkannya sedikit sejuk sebelum anda glaze.
  • Seterusnya sediakan glaze. satukan bahan – bahannya dalam periuk bersaiz sederhana dengan api yang kecil. Gaul sehingga ia menjadi sebati. Angkat daripada api (Pastikan apinya ditutup!) dan segera masukkan donat anda, satu demi satu, ke dalam glaze yang panas. Anda hanya perlu celup setiap satu ke dalam periuk dan memindahkannya ke rak wayar di atas loyang untuk tahan titisan glaze. Jika anda mempunyai baki glaze lagi, celup sekali lagi untuk tambah perisa manis dua kali ganda. Taburkan dengan sprinkle tambahan.
  • Selepas siap semuanya, yang tinggal hanyalah untuk dihidangkan. Jika anda nak tahu donat adalah paling sedap untuk dimakan selepas siap atau pada hari yang sama.

Jika anda suka dengan resepi ini, anda pasti teruja dengan resepi biskut red velvet ini. Anda juga boleh dapatkan pelbagai fakta haiwan dan makanan disini.