Resepi Daging Masak Phat Phet

Phat Phet adalah makanan yang berasal dari Thailand. Masakan yang simple lagi pedas ini berasaskan daging. Sebagai langkah berjaga – jaga, jika anda adalah seseorang yang alergik daging atau tak suka makan daging, anda boleh ganti dengan ayam.

Jika anda selalu makan di restoran Thai, mesti anda perasan satu benda yang membolehkan anda menangis sampai berair mata. Selalunya restoran Thai akan membuat ayam yang sangat pedas. Mungkin lidah kita sebagai Malaysian tak tahan sangat dengan rasa pedas. Jadi kita ubah masakan ini dengan guna cili merah berbanding menggunakan cili padi yang sepenuhnya.

Bahan – bahan

Bahan A

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm belacan
  • 4 batang serai – hiris nipis
  • ½ sudu besar lada hitam
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkal cili merah

Bahan B

  • ½ kg daging lembu
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • ½ cawan aie asam jawa
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 tangkai kacang panjang
  • Minyak Menumis

Cara Penyediaan

  • Tumbuk semua Bahan A iaitu bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, dan juga batang serai yang dihiris nipis.
  • Ambil lada hitam, cili padi, cili merah dan belacan, masukkan ke dalam bahan tadi dan campur sehingga sebati.
  • Anda boleh juga menggunakan mesin pengisar
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi dan kacau seketika sampai naik bau dan garing sedikit.
  • Masukkan daging dan kacau hingga sebati dan daging separuh masak.
  • Seterusnya masukkan kacang panjang sambil dikacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam, gula dan daun limau purut.
  • Tambah air lagi jika inginkan lebih kuah.
  • Renehkan hingga masak dan bolehlah matikan api dapur.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Sup Ikan Merah, Resepi Paprik Ayam