Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Hitam Paling Mudah Ala-Ala Kenduri

Daging Masak Hitam atau Daging Hitam adalah pilihan yang tepat jika sudah tiada idea untuk masak sesuatu lauk untuk dimakan bersama seisi keluarga. Hasilnya pasti akan sangat memuaskan hati dan sangat sedap di makan dengan nasi panas ataupun pulut kuning. Resepi yang sangat mudah ini hanya dengan menggunakan bahan – bahan wajib yang tentu biasa terdapat di dapur rumah anda. Tidak hanya dapat dinikmati di waktu kenduri atau majlis perkahwinan sahaja yang menjadi menu wajib di setiap majlis kenduri, malah dengan resepi ringkas daging hitam ini, anda dapat menjamu selera sesiapa sahaja pada bila – bila masa yang anda mahukan di rumah anda.

Bahan – bahan

Bahan Perapan

  • 1 kg daging batang pinang (tenderloin)
  • 1 labu bawang Bombay (bawang besar merah)
  • 1 paket kecil rempah kurma
  • 1 paket kecil kari daging
  • 40 gram atau 2 sudu besar kerisik

Bahan Kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 3 sudu besar cili kering

Bahan Menumis

  • 3 cm atau 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu besar puri tomato
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • ¼ cawan kicap pekat
  • ¼ cawan kicap manis
  • ¼ cawan sos tiram
  • Minyak masak dan air masak sedikit
  • Garam dan gula perang secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Dalam satu bekas besar atau loyang, satukan daging yang telah dipotong kecil dengan ke semua bahan perapan termasuk bawang yang telah ditumbuk secara lumat. Perapkan selama lebih kurang sehari atau semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.
  2. Langkah seterusnya, panaskan 2 hingga 3 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis bersama bahan – bahan yang telah dikisar sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan cili kisar lalu tumis sehingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan puri tomato.
  4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap dan kacau sehingga sebati. Masukkan pula daun pandan dan tuangkan sedikit air.
  5. Didihkan dan masak sehingga daging cukup empuk. Sekali-sekala kacau bagi mengelakkan di bahagian bawah terhangus.
  6. Setelah daging empuk, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan air asam jawa. Didihkan sehingga sebati. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit lagi air mengikut kesesuaian.
  7. Langkah terakhir, sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula perang secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan buah tomato yang telah dihiris ke dalam masakan ini. Hidangkan lauk daging masak hitam ini bersama nasi panas. Ia sangat sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi tomato, nasi minyak atau nasi beriyani.

Tekan disini untuk melihat kepelbagaian resepi yang telah dikongsi.

Artikel lain: Resepi Laksam Putih, Resepi Kek Lemon, Resepi Biskut Mentega Kacang, Resepi Donat Sprinkle