Cookie

Resepi Coklat Truffles Yang Padat dan Sedap

Coklat Truffles

Coklat Truffles ini boleh dibuat oleh tangan anda sendiri. Resepi ini sangat berkrim dengan penambahan mentega. Mungkin anda sudah biasa dengan truffles tetapi resepi ini mampu membuatkan anda terpesona dengan kesedapannya. Setelah anda campurkan kesemua bahan tersebut, letakkan campuran ini ke dalam petisejuk dan biarkan ia sejuk. Seterusnya, keluarkan dan ulinya menjadi bebola kecil. Anda juga boleh meletakkan topping kegemaran anda pada coklat truffles dan menambah kenikmatan rasa yang menakjubkan! Jika anda berminat dengan sejarah kewujudan makanan yang mudah untuk dibuat ini, sila tekan disini.

Hasil resepi ini sedikit melekit tetapi kesedapan truffles amat berbaloi untuk dimakan bersama atau seorang diri. Kalau anda berminat dengan resepi corndog cheese meleleh, anda boleh klik disini.

Coklat Truffles
Masa Penyediaan: 30 minitMasa Memasak: tiada
Jumlah Hidangan: 20 truffleJumlah Masa: 2-3 jam, 30 minit

Bahan – bahan

  • 226g coklat dicincang (milk chocolate, dark chocolate ikut pilihan anda)
  • 160ml krim pekat (120ml jika guna milk chocolate)
  • pilihan: 1 sudu besar mentega tanpa garam, dilembutkan hingga suhu bilik
  • pilihan: 1/2 sudu teh esen vanila

Cara Penyediaan

  • Masukkan coklat ke dalam mangkuk kalis api.
  • Panaskan krim pekat sehingga mendidih. Anda boleh memanaskan diatas dapur atau di dalam mikrowave oven.
  • Anda boleh masukkan mentega sebagai pilihan jika anda nak. Selepas itu tuangkan krim pekat ke dalam adunan dan ratakan diatasnya. Biarkan krim dan coklat sejuk selama 5 minit.
  • Selepas itu, masukkan vanila esen (pilihan anda!) kemudian kacau sehingga coklat itu betul-betul cair.
  • Letakkan sekeping bungkus plastik pada permukaan adunan dan sejukkan selama 2-3 jam.
  • Anda boleh menggunakan icecream scoop untuk mendapatakan saiz bebola yang sempurna atau gunakan tangan anda untuk cara yang tradisional. (Hati – hati ia amat melekit!).
  • Selepas siap uli adunan menjadi bola, masukkan ke dalam bekas. Simpan bekas pada suhu bilik selama 3-4 hari atau di dalam petisejuk sehingga 2 minggu.
  • Akhir sekali, hidangkan coklat truffles yang sedap amat ini kepada keluarga anda atau anda seorang diri (lagi banyak anda boleh makan).