Cake

Resepi Cheesecake Original Dengan Graham Crust.

Cheesecake

Cheesecake amatlah sedap lebih – lebih lagi kalau ada topping dan isian. Antara variasi cheesecake yang ada adalah peanut butter, sprinkles, blueberry swirls, Snickers cheesecake, dan juga red velvet. Sebelum pergi lebih mendalam tentang isian dan topping tersebut, resepi ini hanya untuk membuat cheesecake yang original. Anda tidak perlu mencari resepi cheeses yang sangat lembut dan gebu lagi!

Cheesecake ini digabungkan pula dengan graham cracker crust, membuatkan ia lagi padu teruk. Tetapi macam mana nak buat? Untuk menghasilkan adunan yang terbaik, anda perlu bakarnya dalam loyang yang berisi air suam. Teknik ini akan menjadikan kek anda tidak kering dan lembut seperti jeli. Kalau anda teringin nak buat biskut isi Oreo, klik disini.

Masa Penyediaan: 45 minitMasa Masakan: 1 jam sahaja
Jumlah Hidangan: 12 kepinganJumlah Masa: 6 – 7 jam, 45 minit

Bahan – bahan

  • 1 cawan (200 gram) gula pasir
  • 4 (904 gram) cream cheese fullfat pada suhu bilik
  • 1 cawan (240 gram) krim masam lemak penuh, pada suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanila tulen
  • 3 biji telur besar pada suhu bilik
  • 1 dan 1/2 cawan (150 gram) serbuk biskut graham.
  • 5 sudu besar (70 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1/4 cawan (50 gram) gula pasir (untuk graham cracker crust nanti!)

Cara Penyediaan

  • Letakkan rak oven di kedudukan tengah dan panaskan oven sehingga 177°C.
  • Pertama sekali adalah membuat crust. Hancurkan biskut graham menjadi debu. Tuangkan ke dalam mangkuk sederhana.
  • Gaul gula dan mentega cair sehingga sebati (Campuran ini seakan pasir.) Anda tidak perlu griskan kuali. Tekan dengan kuat ke bahagian bawah dan sedikit ke sisi kuali springform antara 9-inci atau 10-inci.
  • Untuk memudahkan, tekankan dengan menggunakan bahagian bawah cawan pengukur dengan kuat. Selepas itu, bakar selama 8 minit. Keluarkan dari ketuhar dan letakkan kuali yang panas di atas aluminium foil. Aluminium itu akan digunakan untuk bungkus kuali bagi meletakkan dalam air. Biarkan crust sejuk dahulu sementara anda menyiapkan isian cheesecake.
  • Bagi isian cheesecake pula, anda perlu menggunakan senduk atau mesin pengadun (setkan pada kelajuan sederhana), gaul krim keju dan gula pasir dalam mangkuk besar sehingga campuran menjadi halus dan berkrim (2 minit dah cukup.)
  • Masukkan sour cream, esen vanila, dan jus lemon ke dalam adunan kemudian gaul sehingga sebati. Pada kelajuan sederhana, tambahkan telur satu demi satu, gaulkan sehingga sebati.
  • Untuk membantu mengelakkan kek keju mengempis dan merekah ketika sejuk, elakkan terlebih gaul adunan.
  • Seterusnya, sediakan air ke dalam loyang. Rebus air dalam periuk. Anda hanya memerlukan isian air 1 inci sahaja didalam loyang. Pastikan air cukup mendidih.
  • Semasa air sedang panas, bungkus aluminium foil di sekitar kuali springform. Tuangkan adunan cheesecake di atas crust tadi. Gunakan spatula getah atau sudu untuk meratakan ke lapisan yang sekata. Letakkan kuali di dalam loyang. Tuang air panas ke dalam loyang dengan hati – hati dan letakkan ke dalam oven.
  • Bakar cheesecake selama sejam atau sehingga bahagian tengah hampir siap. Setelah selesai, bahagian tengah kek keju akan goyang sedikit jika anda perlahan-lahan menggoyangkan loyang. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Biarkan cheesecake sejuk di dalam loyang dalam oven selama sejam.
  • Selepas itu, keluarkannya, kemudian sejukkan cheesecake pada suhu bilik. Tutup dan masukkan cheesecake ke dalam petisejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  • Gunakan pisau untuk melonggarkan kek yang sejuk. Dengan menggunakan pisau tajam yang bersih, potong kepingan kek untuk dihidangkan. Untuk kepingan yang cantik dan kemas, lap pisau dengan bersih selepas kerat dan celupkan ke dalam air suam di antara setiap kepingan.

Cheesecake sememangnya sedap walaupun tak letak topping diatasnya. Kalau diletaknya, konfem lagi sedap. Lepas makan terus dapat tidur dengan nikmat. Akan tetapi anda tak pernah tertanya – tanya kenapa cheesecake mendapat nama macam tu? siapa yang bagi nama ni? segala pertanyaan akan terjawab apabila anda tekan pautan ini. Makanan ini bukan sahaja digemari pada zaman ini malah ia telah terkenals sejak dahulu lagi zaman – zaman rom

Comments are closed.