Resepi Brownies Nutella Sedap Teramat

Brownies Nutella

Perasaan makan makanan bercoklat amat menyedapkan. Lebih – lebih lagi tentang brownies yang berkedut dan lembut bila dimakan. Seperti mana – mana resepi brownies, ada dua bahan coklat yang boleh digunakan. Antaranya serbuk koko dan juga dark chocolate. Tetapi ada lagi perisa coklat yang hebat yang boleh digunakan untuk adunan ini. Ia amat berkrim dan sangat tebal yang kita semua kenal sebagai Nutella. Kalau anda nak resepi kek batik yang sedap klik disini.

Nutella Brownies
Masa Penyediaan: 10 minitMasa Memasak: 36 minit
Jumlah Hidangan: 12 kepingJumlah Masa: 3-4 jam, 36 minit

Bahan – bahan

  • 1/3 cawan (72g) mentega tanpa garam, cair pada suhu bilik
  • 1/2 cawan (100g) gula perang (soft brown sugar!)
  • 2 biji telur besar (Gred B) pada suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 dan 1/4 cawan (370g) Nutella
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan (94g) tepung serbaguna (diratakan)
  • 3/4 cawan (135g) cip coklat semi-manis

Cara Penyediaan

  • Panaskan oven sehingga 177°C. Griskan bahagian bawah dan sisi loyang persegi 8-inci atau 9-inci dengan aluminium foil atau parchment.
  • Dengan pengadun tangan atau mesin pengadun jika ada, gaul mentega dengan kelajuan yang tinggi dalam mangkuk besar sehingga sebati dan berkrim dalam seminit.
  • Masukkan gula perang dan gaul sekali lagi dengan kelajuan tinggi selama 1-2 minit sehingga berkrim. Pastikan sisi dan bahagian bawah mangkuk tiada cebisan yang tertinggal.
  • Sekarang setkan kelajuan pada rendah, tambah telur dan esen vanila dalam bahan gaulan. Gaul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan 1 cawan Nutella dan garam. Gaul sehingga sebati dan menjadi gebu.
  • Setkan sekali lagi pada kelajuan rendah untuk masukkan cip coklat. (Gaul secara perlahan-lahan).
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah siap tadi. Letakkan 1 sudu teh baki 1/4 cawan Nutella di atas adunan. Ratakan Nutella ke atas adunan. Jika anda nak, taburkan sedikit garam laut (Optional!)
  • Bakar brownies selama 32-36 minit. Cucuk dengan toothpick atau garpu untuk tentukan siap ke tidak. Kalau beberapa cebisan lembap keluar, maka brownies anda sudahpun siap. (Brownies mungkin mengambil masa beberapa minit lebih lama setiap oven berbeza.)
  • Akhir sekali biarkan brownies sejuk sepenuhnya. Setelah sejuk, potong menjadi segi empat. Simpan di dalam bekas atau peti sejuk selama 3-4 hari. (tengok2 satu hari jer dah habis)
Nutella Brownies Siap

Untuk mendapat tahu tentang brownies yang pertama dibuat dalam sejarah dunia ini, tekan disini untuk membacanya.