oreo title

Resepi Brownie Oreo

Pengenalan

Brownie ini amat sedap dan mampu menarik senyuman anda ke telinga! Haaa nak tahu kenapa? Kerana anda akan melihat hasilnya yang mempunyai 2 lapisan perisa berbeza termasuk brownie buatan sendiri, Daripada tajuk pun dah tahu kan semestinya biskut oreo! Biskut oreo yang dipatah dua dan dimasukkan ke dalam. Segala perisa coklat dan cookie & cream bergabung dan memberi kelazatan yang tidak terhingga.

Apa yang anda akan lihat pada brownie ini adalah sangat tebal, fudgy, dan padat sehingga anda memerlukan garpu dan pinggan untuk dimakan.

brownie oreo
Masa Penyediaan: 10 minitMasa Memasak: 30 – 40 minit
Jumlah Hidangan: 1 loyangJumlah Masa: 3 – 4 jam

Bahan – bahan

Cara Penyediaan

  • Pertama sekali adalah panaskan oven sehingga 180 °C. Alaskan bahagian bawah dan sisi loyang (9 × 13 inci) anda dengan kertas parchment. Biarkan overhang diletakkan pada sisi loyang untuk senang mengangkat brownie anda yang sudah siap sekejap lagi (teknik ini juga adalah untuk membuat pemotongan lebih mudah!).
  • Sediakan adunan terlebih dahulu. Sebarkan ke dalam loyang yang telah siap. Adunan brownie buatan sendiri ini sama seperti yang sebelum ini (Jadi lakukan yang terbaik untuk menyebarkannya ke tepi.) Tidak semestinya ia nampak kemas dan rata.
  • Seterusnya ialah langkah yang paling sedap dan disukai ramai iaitu oreo! Tekankan 24 keping oreo anda tadi ke bahagian atas adunan. anda mahukan 6 baris x 4 Oreos untuk dapatkan rasa yang sama rata. (Nak lagi rasa cookie & cream yang padat, taburkan oreo hancur ke atas adunan.)
  • Bakar selama 30 minit di dalam oven. Selepas itu, uji masak atau tidak hasil anda dengan pencungkil gigi. Masukkan pencungkil gigi anda ke tengah – tengah brownie. Sekiranya keluar dengan adunan basah, ia tidak siap bakar lagi. Sekiranya hanya terdapat sedikit crumb yang lembap, maka ia sudah siap! (Periksa setiap 2 minit jika selepas anda mendapat adunan masih basah lagi sehingga anda mempunyai crumb lembap. Brownie buatan sendiri dengan oreo ini mengambil masa kira-kira 40 minit dengan pemeriksaan yang teliti.
  • Keluarkannya daripada oven dan letakkan di rak wayar untuk sejukkan sepenuhnya. Setelah sejuk, angkat kertas parchment keluar daripada loyang menggunakan overhang di sisinya.
  • Kerat brownie anda dengan bentuk petak (ambil sekali dengan oreo ye) dan hidangkan kepada keluarga anda ataupun anda seorang diri pun tiada masalah.

Untuk melihat pelbagai fakta haiwan dan makanan, anda boleh tekan disini.