Resepi Brownie Coklat Pekat dan Padat

Pengenalan

Ini adalah brownies buatan sendiri padat dan paling pekat dengan coklat yang akan anda cuba. Anda hanya memerlukan beberapa bahan asas, 1 mangkuk, dan yang paling best brownie ini siap hanya dalam masa 30 minit sahaja!

Menghasilkan Rasa Coklat Yang Pekat

Resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik dan baking soda. Huh, kenapa? Sebab kalau tambah serbuk penaik atau baking soda, ia akan menaikkan brownies dan menghasilkan ala – ala kek. Tetapi hari ini, kita semua nakkan brownie yang begitu padat dan rasa coklat itu berkali ganda. Sehinggakan pada langkah pertama kita akan gunakan coklat tulen sahaja. Coklat tulen adalah coklat 100% atau serbuk koko. Anda boleh membuat brownies dengan salah satu atau kedua-duanya sekali (lebih baik gunakan kedua-duanya.) Apa yang menarik ialah serbuk koko mempunyai rasa coklat yang lebih tulen kerana tidak dicairkan dengan susu ataupun gula. Ini menjadi brownie kita ini yang dihasilkan lebih kaya.

Selain itu, bar coklat biasanya dijual dalam 4 ounces (114 gram). Separuh akan dicairkan dan separuh lagi akan dicincang dan digaulkan ke dalam adunan bersama cip coklat.

brownie coklat yang pekat
Masa Penyediaan: 10 minitMasa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 1 loyang Jumlah Masa: 3 – 4 jam

Bahan – bahan

  • 3/4 cawan (175 gram) mentega tanpa garam
  • satu bar (113 gram) coklat semi-sweet dicincang
  • 2 cawan (400 gram) gula pasir
  • 3 biji telur besar pada suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila tulen
  • 1 cawan (85 gram) serbuk koko semulajadi atau proses tanpa gula
  • 1 cawan (125 gram) tepung serba guna yang diratakan)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 dan 1/4 cawan (225 gram) cip coklat semi-sweet
  • topping: 1 cawan (200 gram) cip coklat semi-sweet

Cara Penyediaan

  • Panaskan oven hingga 177 °C dan griskan panci 9 × 13 inci atau alaskan dengan aluminium foil atau kertas parchment. Tinggalkan overhang di sisi untuk mengangkat brownies yang sudah siap dan juga membuat pemotongan lebih mudah.
  • Dalam mangkuk (microwave-safe!), gabungkan mentega dan separuh bar (57 gram) coklat yang dicincang. Cairkan dalam masa 30 saat, gaul sebentar dan masukkan balik, ulangi sehingga ia menjadi sebati. Masukkan gula dan gaul sehingga sebati, kemudian masukkan telur dan vanila. Adunan akan berwarna coklat muda.
  • Masukkan serbuk koko, tepung, garam, baki bar coklat cincang dan cip coklat. Gaul kesemuanya bersama dengan senduk getah atau sudu kayu. Hati – hati adunan akan menjadi sangat tebal. Tuangkan ke dalam kuali yang telah disediakan.
  • Untuk topping brownie pula, letakkan cip coklat anda di atas brownie dan ratakan untuk mendapat rasa coklat yang padat pada setiap permukaan brownie. Dengan ini brownie anda sudah pasti pekat dengan rasa kecoklatan yang anda inginkan!
  • Selepas itu, bakar adunan selama 30 minit, kemudian uji brownie anda dengan pencungkil gigi. Masukkannya di tengah brownie. Sekiranya keluar dengan adunan yang basah, brownie anda siap lagi. Sekiranya hanya terdapat sedikit sahaja serbuk lembap, TAHNIAH! brownie anda sudahpun selesai.
  • Untuk cara yang lebih selamat, periksa setiap 2 minit semasa proses pembakaran. Hal ini kerana anda tidak mahu pencungkil gigi anda dalam keadaan yang bersih sebab itu menunjukkan brownie anda sudah terlalu masak dan tiada rasa lembap.
  • Keluarkan hasil anda daripada oven dan letakkannya di rak wayar untuk sejuk sepenuhnya sebelum dipotong menjadi petak kecil.
  • Kalau anda tidak mahu hidangkan dengan segera, anda boleh simpannya di dalam peti sejuk. Brownies anda boleh dibeku sehingga 3 bulan! Untuk hasil yang terbaik sejukkan semalaman di dalam peti sejuk kemudian bawanya keluar ke suhu bilik sebelum dihidangkan kepada keluarga anda.

Jika anda minat dengan resepi diatas, tekan disini untuk melihat yang lain dan jika anda ingin melihat pelbagai fakta haiwan dan makanan, sila tekan disini.