strawberi title

Resepi Biskut Strawberi Sedap Sehingga Merah Bibir

Biskut Strawberi

ini dibuat 100% daripada strawberi sebenar tanpa menggunakan perasa tiruan. Diadaptasi daripada biskut coklat, setiap biskut mentega ini amat lembut dan rapuh di tengah-tengahnya kerana dipenuhi dengan buah merah berair. Bukan sahaja itu, biskut ini juga diisi dengan taburan gula dan aising yang manis. Biskut berwarna merah terang ini benar-benar unik dan berkali ganda manis!

Strawberi

Sebelum itu anda perlu tahu yang ia amat susah untuk menghasilkan pastri atau biskut berperisa yang dibuat hanya daripada buah yang sebenar. Perisa strawberi tiruan terlalu banyak digunakan kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang kebaikan buah strawberi ini, anda boleh tekan disini.

Sebab itu, anda perlu kreatif dalam masakan.Alihkan perhatian anda kepada biskut buatan sendiri, dan membuat biskut strawberi yang manis. Dengan menambah strawberi hancur yang segar, taburan gula kasar, dan juga gula halus. Maka terhasil laa biskut dengan rasa buah kesukaan ramai yang sebenar! Semua ini akan terjadi kalau diletakkan usaha yang kuat.

Masa Penyediaan: 1 jamMasa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 30 biskutJumlah Masa: 2 jam sahaja

Bahan – bahan

  • 3/4 cawan (120 gram) strawberi dihancur
  • 2 cawan (250 gram) tepung serbaguna yang diratakan
  • 1/2 cawan (100 gram) gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila tulen
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan (115 gram) mentega tanpa garam sejuk
  • 1/3 cawan (80ml) susu wholemilk sejuk
  • 1 biji telur besar sejuk
  • pilihan: gula kasar untuk topping

Icing Biskut

  • 1 cawan (120 gram) gula
  • 2-3 sudu (30 – 45 ml) susu atau krim berat
  • 1/4 sudu teh esen vanila tulen
  • pilihan: 1 timbunan jem strawberi

Cara Penyediaan

  • Pertama sekali anda perlu fokus kepada strawberi. Jika anda menggunakan strawberi segar, potong strawberi menjadi kepingan kecil. Lap menggunakan tuala untuk menghilangkan kelembapan. (Jangan sampai ia cair.) Semakin basah buah, semakin sukar untuk digabungkan dengan adunan. Bekukan buah segar yang dicincang semasa anda menyediakan bahan adunan yang lain. Semakin sejuk, semakin baik!
  • Untuk langkah seterusnya, anda perlu melakukannya dengan tangan supaya anda tidak gaul adunan secara berlebihan secara tidak sengaja. Gaul tepung, gula, serbuk penaik, dan garam bersama dalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan potongnya ke dalama bahan kering.
  • Gaul susu, telur, dan ekstrak vanila bersama-sama dalam mangkuk kecil sehingga sebati. Tuangkan ke dalam campuran tepung / mentega tadi. Dengan menggunakan sudu besar atau spatula getah, gaul kesemuanya sehingga hampir sebati. Hati – hati dohnya akan menjadi tebal, dan melekit. Elakkan uli terlalu kuat.
  • Seterusnya, anda perlu hati-hati dengan buah tadi. Jangan terlalu kuat, sehingga menjadikan doh melekit. Beberapa buah yang dihancurkan tadi tidak akan digunakan untuk doh. Anda boleh menambahkannya ke dalam bebola doh semasa membentuk biskut.
  • Tutup doh biskut dan sejukkan di dalam petisejuk sekurang-kurangnya 45 minit atau sehingga 1 hari.
  • Panaskan oven hingga 191° C. Lapikkan dua baking sheet dengan kertas parchment.
  • Dengan menggunakan sudu pengukur sudu atau sudu biskut sederhana, bentukkan doh menjadi bebola kira-kira 1 1/2 sudu besar setiap doh. (Sekiranya menggunakan ukuran Tablespoon, itu akan menjadi satu sudu besar adunan.) Tekankan buah yang ditinggalkan tadi ke bahagian atas bola. Susun pada jarak 3 inci di atas loyang. Sekiranya anda nak perapan yang sedap, taburkan setiap bebola doh dengan gula kasar.
  • Selepas itu, bakarkan biskut selama 15 – 16 minit atau sehingga tepinya namapak kecoklatan.
  • Siap dan angkat daripada oven. Biarkan biskut sejuk di atas loyang selama 5 minit.
  • Untuk icing pula anda boleh menggunakan garpu. Gaulkan gula tadi dengan 2 sudu besar (30ml) susu wholemilk atau heavy cream sehingga sebati. Seterusnya, tuangkan esen vanila dalam mangkuk kecil dan gaul sekali lagi.
  • Masukkan 1 sudu besar susu atau krim untuk menipiskan jika perlu. (Ini perlu untuk icing tidak terlalu pekat terutamanya jika anda menggunakan krim.)
  • Pilihan: Kalau anda nak rasa strawberi lagi, tambahkan jem strawberi ke dalam adunan. Akhir sekali letakkan icing ke atas biskut anda.
strawberi

Jika anda minat dengan resepi biskut ini, mesti anda lebih suka dengan resepi yang mudah untuk dibuat sebelum ini, biskut coklat bark digabung dengan mentega kacang dan juga oreo.