sandwic title

Resepi Biskut Sandwic Ais Krim Cip Coklat

Pengenalan

Biskut aiskrim sandwic ini merupakan makanan yang terlalu menakjubkan. Nak tahu kenapa? inilah 4 sebab mengapa:

  • Cip coklat yang berlebihan!
  • Aiskrim sejuk dan amat memuaskan (gunakan rasa kegemaran anda untuk kepuasan tak terhingga)
  • biskut sandwich ais krim tersendiri
  • dan ia amat menyeronokkan! Pasti anda akan buat lagi

Adakah anda tahu apa itu? Biskut sandwic cip coklat diisi dengan ais krim vanila dan digulung dalam cip coklat mini. Mula – mula kita akan menghasilkan biskut. Doh biskut ini menghasilkan biskut yang lembut dan ini sangat penting dalam resepi biskut sandwic ais krim ini. Ini kerana anda tidak mahu biskut anda keras dan crispy. Kemudian kalau biskut ini dibekukan, semestinya menjadikan lebih sukar untuk digigit. Sebaliknya, mulakan dengan biskut lembut yang sedikit lentur dan kenyal, walaupun beku.

Untuk perasa biskut pula, anda hanya tambahkan sedikit cip coklat sahaja! Selesai untuk biskut, kita teruskan pada aiskrim. Gunakan perisa aiskrim kegemaran anda (kalau boleh guna perisa vanilla untuk mendapat penampilan yang hebat dan menikmati 2 rasa pada masa yang sama.) Selepas itu gulung sisi aiskrim dengan cip coklat sebanyak mana yang anda mahukan.

Biskut sandwic cip coklat
Masa Penyediaan: 2 jam 30 minitMasa Masakan: 10 – 15 minit
Jumlah Hidangan: 25 Jumlah Masa: 4 jam

Bahan – bahan

  • 2 dan 1/4 cawan (281 gram) tepung serbaguna diratakan
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3/4 cawan (170 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 3/4 cawan (150 gram) gula pasir
  • 1 biji telur besar pada suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila tulen
  • 1/2 cawan cip coklat
  • satu bekas ais krim penuh ( ambil perisa yang anda suka! )

Cara Penyediaan

  • Gaul tepung, serbuk penaik, dan garam bersama dalam mangkuk sederhana dan ketepikan.
  • Selepas itu, dengan menggunakan hand mixer atau stand mixer, gaul mentega dalam mangkuk dengan kelajuan sederhana sehingga rata dalam masa 1 minit. Masukkan gula pasir dan gaul sekali lagi sehingga berkrim, kira-kira 2 minit.
  • Masukkan telur, dan vanila ke dalam. Gaul dengan kelajuan tinggi sehingga ia menjadi sebati dalam masa 1 minit. Gosokkan sisi dan bahagian bawah mangkuk dan pukul lagi jika perlu digabungkan.
  • Masukkan bahan kering ke bahan basah dan gaul selembut – lembutnya hingga sebati. Seterusnya, ambil cip coklat tadi dan taburkan ke dalam adunan. Sekiranya adunan kelihatan terlalu lembut, anda boleh tambah 1 sudu besar tepung.
  • Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian yang sama. Alaskan setiap bahagian ke atas sehelai kertas parchment sehingga ketebalan sekitar ¼. Doh yang diuli boleh dibentuk apa pun, asalkan setebal ¼ inci.
  • Masukkan kepingan dengan kertas parchment antara keduanya ke atas loyang. Sejukkan sekurang-kurangnya 1-2 jam atau sehingga 2 hari pun boleh. Sekiranya sejuk selama lebih dari beberapa jam, tutup bahagian doh atas dengan sehelai kertas parchment.
  • Setelah sejuk, panaskan oven sehingga 177 °C. Alaskan 2 loyang besar dengan kertas parchment atau silikon baking mats. Keluarkan salah satu kepingan doh daripada peti sejuk dan gunakan pemotong cookie bulatan 2.5 inci. Selepas potong menjadi bulat, uli semula adunan yang tinggal dan terus potong sehingga semua digunakan. Ulangi langkah ini dengan kepingan doh yang kedua.
  • Susun biskut di atas loyang berjarakkan 2 inci dan bakar selama 10 – 11 minit sehingga anda nampak warna kecoklatan di bahagian tepinya. Biarkan biskut sejuk di atas loyang selama 5 minit kemudian pindahkan ke rak dawai untuk sejuk sepenuhnya sebelum digabungkan menjadi sandwic ais krim.
  • Langkah terakhir adalah membuat biskut sandwic. Ambil satu sudu besar ais krim dan gabungkan di antara dua biskut. Ini langkah yang paling menarik kerana anda dapat menggulung sisinya dalam taburan cip coklat sebanyak mana anda nak! Bekukan sandwic sehingga siap dimakan.
biskut sandwic aiskrim cip coklat

Untuk melihat fakta haiwan dan makanan, tekan disini

Untuk melihat resepi yang lain, tekan disini.